[ 8. Misteri ]

18 5 19
                                    

"Tom!! Fire Spread." Jerit Sam dan melompat ke arah rasaksa yang digelar Kraken itu.

Rasaksa itu ingin menangkap Samurai namun gagal apabila kakinya terkena gelombang api dari Tom. Peluang ini digunakan oleh Sam dan Hans untuk membunuh makhluk ini tetapi gagal apabila mereka berdua ditangkap menggunakan ekor milik Kraken bagaikan sotong.

"SwordsThunder!!! " Tom terus menikam jantung rasaksa itu namun usahanya juga gagal.

"HAHAHAHA!!!" Rasaksa itu mulai ketawa.

Dushh!!!

Tom ditendang. Badannya dihempas di dinding yang jauh jaraknya. Kini Hans dan Sam pula dihempas jauh di dinding bagai Tom.

"Tom!! Kau okey??" Soal Hans cemas.

"K-kau nampak aku sihat ke?" Jawab Tom. Darah mulai keluar dari mulutnya.

'Sempat lagi dia buat lawak!!' Marah Hans.

"Sam..." Baru sahaja Hans memandang ke arah Samurai, jasad rakannya itu hilang. 

Hiyargh!!!

Samurai mencantas kaki rasaksa itu namun gagal juga. Sekali lagi Samurai ditendang jauh tepat di dadanya membuatkan sut Samurainya retak. Terbeliak mata Samurai apabila tendangan itu membuatkan jantungnya bagaikan bergegar dari dalam.

buarkk!!

Darah terpecik keluar dari mulut Samurai. Kini Hans pula menyerang bertubi-tubi rasaksa itu dengan pedangnya. Nasib mereka bertiga masih gagal. Nasib Hans lebih parah, bukan sahaja ditendang malah dia dipijak oleh Kraken.

Perlahan-lahan Tom bangun kini badannya mulai bercahaya. Dengan pantas dia melompat ke arah rasaksa tadi. Tentakel Kraken berjaya menangkap Tom dan ia diketatkan bagai ular sawa mematahkan tulang mangsa.

"Mati."

Kedua mata Samurai bewarna merah bernyala. Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan mendekati rasaksa tadi yang sibuk membelasah kedua rakannya.

zuupp!!

Samurai hilang sekelip mata. Dengan pantas dia muncul dibelakang Kraken dan mencantas tentakelnya dengan pantas. Kini sasaran Samurai di kakinya pula dan tanpa membuang masa, kaki kanan yang memijak Hans dicantas. Rasaksa itu hilang kawalan lalu jatuh.

"Hans bangun. Kita kalahkan bedebah ni." Samurai cuba mengejutkan Hans.

"Tom!! Kau masih boleh berlawan?" Samurai mula bertanya pada Tom.

Tom mengangguk.

Hans dibawa untuk duduk di hujung arena. Kini Tom dan Samurai yang tinggal.

"Baiklah semua, kini tinggal mereka berdua. Bolehkah mereka berdua mengalahkan rasaksa itu?" Suara Richard mula memecahkan suasana.

"Tom, kita buat macam dalam gua haritu. Aku akan umpan dia masuk dalam bilik dan nyalakan api. Aku keluar je, kau tutup guna Glacier Wall." Kata Samurai.

Tom sekali lagi mengangguk.

Kraken tadi mula bangun walaupun kakinya tiada. Kini, dia bagaikan serigala jadian menyerang Tom dan Samurai yang sibuk bersembang.

Samurai dan Tom berpecah, namun jangkaan Samurai salah. Rasaksa itu mengejar Tom bukannya dirinya. Sekali lagi Samurai menjadi asap dan muncul di belakang badan Kraken.

Kerana terkejut, rasaksa itu berdiam diri. Samurai tersenyum disebalik topeng. Dia mula melompat dan mencantas kepala Kraken tanpa membuang masa. Tom pula mengeluarkan Fire Thunder untuk membakar rasaksa itu.

boomm!!!

Darah terpecik di sekitar arena. Samurai seperti biasa memegang kepala rasaksa itu sebagai trofi. Orang ramai mula bersorak atas kejayaan mereka berdua tetapi tidak dengan Anthony. Ini kali pertama kepala rasaksa itu dapat dicantas dengan mudah oleh Samurai, orang yang baru memasuki Guild Slayer.

"Jadi, apa keputusan tuan Anthony untuk ketiga-tiga pahlawan ini?" Richard mula menuju ke arah Sir Anthony yang masih tidak percaya dengan kejadian yang berlaku.

"B-baiklah, dengan ini...m-mereka bertiga akan menjadi pemburu terbaik di sini." Ucap Sir Anthony.

Kesemua penonton di arena tersebut bersorak sekali lagi. Tom terus melutut dan cuba mengatur nafasnya. Penat yang dirasakan setelah melawan rasaksa itu.

Tetapi tidak dengan Samurai. Disebalik topinya, mata lelaki itu memandang tajam ke arah Sir Anthony yang kelihatan risau.

BERSAMBUNG

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 01, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Last Demon Hunter [ HIATUS ]Where stories live. Discover now