Kun berasa hairan, dia berasa hairan dengan perangai Winwin yang tiba tiba berubah. Dia perasan masa diorang sambut krismas dekat dorm, Winwin berkelakuan pelik.
Dia kelihatan kerap bersama Yuta.
Mungkin disebabkan mereka nak shippers YuWin melepaskan rindu mereka begitu. Kun faham jadi dia tidak cemburu buta.
Lagipun Yuta dan Hansol masih bersama. Tapi sekarang ni, Winwin kelihatan dingin dengan Kun.
Kun tanya dia dua tiga patah, Winwin jawab dia sepatah sahaja. Dia juga tidak menatap mata Kun semasa Kun bercakap dengannya. Dia seolah olah ingin menghindari Kun.
Malam 30 December itu, Kun mendekati Winwin yang sedang main game dengan Yangyang di ruang tamu dorm mereka. Dia menyentuh bahu Winwin dan itu menyebabkan Winwin memandangnya sekilas dan kembali menatap skrin telefonnya.
Kun mendengus perlahan, dia mengambil tempat duduk disebelah Winwin dan semestinya Winwin memberi ruang kepada Kun.
Lama dah dia tidak bermanja dengan Winwin. Lama mereka tidak meluangkan masa bersama. Sejak era resonance, mereka masing masing sibuk mempromote album resonance 2020.
Baru sahaja Kun nak menyandarkan kepalanya pada bahu Winwin, Winwin bangkit dari tempat duduknya. Dia menjawab panggilan dan melangkah keluar dari dorm.
Hati Kun terusik sedikit apabila Winwin berkelakuan begitu tetapi dia cuba fikir positif. Dia anggap itu hanya kebetulan tetapi entah kenapa hatinya rasa terusik sedikit dengan kelakuan Winwin.
Kun bangkit dari tempat duduk dan menuju dapur. Dia mencuci mukanya pada singki dapur.
Tiba tiba dia terfikir Winwin sudah hilang rasa sayang dengannya. Dan dia juga syak Winwin menjawab panggilan seseorang yang Kun tidak kenal.
Lebih tepat call skandal.
Mereka berdua sudah bersama sejak Sm Rookies lagi iaitu 2016-2020.
7 tahun kot bersama.
Tapi tak mustahil kalau Winwin sudah hilang rasa sayang dengan Kun. Manusia pun boleh berubah. Begitu juga dengan Kun dan Winwin.
"Kun ge. "Kun memusingkan badannya, kelihatan Winwin sudah bersiap untuk keluar. Dalam beberapa hari ni Winwin asyik keluar dan Kun tidak tahu kenapa.
"Sicheng nak keluar ke? "Tanya Kun, hanya Kun sahaja yang berani panggil Winwin begitu. Member yang lain tidak berani panggil dia dengan nama asli, lagipun mereka tidak biasa dengan real name Winwin.
Winwin mengangguk kepala, tanpa menunggu jawapan dari Kun, Winwin terus pergi. Kun perasan, Winwin tidak memanggilnya 'sayang'.
Winwin selalu memanggilnya sayang kalau mereka sendirian, tetapi kali ini Winwin langsung tidak memanggilnya sayang.
Kun cuba berfikir positif tetapi air mata mula mengalir pada pipinya. Entah kenapa hatinya tiba tiba rasa sakit. Lantas dia mengesat air matanya.
Dia terus naik ke tingkat atas.
ⓦⓘⓝⓚⓤⓝ
Jam menunjuk pukul 11 malam dan Kun masih belum tidur. Dia mundar mandir di ruang tamu dorm mereka. Member yang lain sudah larut dibuai mimpi.
Dia sedang menunggu Winwin. Winwin keluar dari dorm dari pukul 6petang dan sampai sekarang belum balik.
Dia risau dengan Winwin, bukan hanya risau sebagai kekasih Winwin tetapi sebagai leader juga. Dia berkali kali call Winwin dan Winwin tidak jawab panggilan.
YOU ARE READING
Your Favourite NCT Ships ✅
FanfictionJust NCT oneshot or two shot or three shot stories