Recommend song: long slow distance by nct127
Lucas baru sahaja selesai latihan bola keranjang, dia mengambil tuala kecil dan mengelap peluh yang membasahi dahinya.
Tidak lama lagi pertandingan bola keranjang bakal mula. Lucas mengambil botol minumannya. Dibukanya lalu diminum.
Matanya ternampak seorang lelaki mendekatinya.
Kim Jungwoo.
Kim Jungwoo merupakan sahabat baiknya sejak kecil lagi. Mereka berdua selalu terlihat bersama.
Ada yang mengatakan mereka ialah kekasih tetapi sebenarnya bukan. Lucas ada girlfriend dari sekolah lain.
Sekolah mereka ialah sekolah khas lelaki, jadi tak hairanlah sekolah mereka tak ada perempuan.
"Kau dah habis traning ker? "Tanya Jungwoo apabila dia sudah berdiri depan Lucas. Jungwoo juga baru sahaja habis latihan bola sepak.
Dia sudah mandi tadi, kini dia hanya menunggu Lucas untuk bersiap sebelum mereka balik. "Dah, jom teman aku. "
Jungwoo hanya mengangguk kepala. Dia mengikut Lucas ke tandas lelaki. Lucas menanggalkan bajunya lalu dilempar ke arah Jungwoo dan Jungwoo menangkapnya.
"Thanks. "Ujar Lucas lalu masuk ke dalam bilik air. Jungwoo hanya tersenyum, dengan perlahan senyumannya pudar. Dia melipat baju Lucas lalu dimasukkanya ke dalam beg Lucas.
Dia duduk di kerusi panjang yang ada di dalam tandas.
Walaupun mereka berdua ialah sahabat, ada satu rahsia yang Lucas tidak ketahui dalam diri Jungwoo.
Jungwoo gay.
Jungwoo tak pernah bagitau Lucas yang dia gay kerena Jungwoo jatuh hati dengan Lucas.
Dia rela memendamkan perasaannya daripada dia bagitau Lucas dan seterusnya merosakkan hubungan kawan mereka. Dia sangat sayang hubungan kawan mereka.
Dia rela rasa sakit apabila dia nampak Lucas dengan girlfriend dia iaitu Gabriella.
"Wei kau termenung. "Lucas melambaikan tangannya depan wajah Jungwoo. Jungwoo tersentak, matanya berkelip berkali kali.
"Kau dah selesai? "Tanya Jungwoo. Lucas hanya mengangguk kepala. Dia sudah berpakaian lengkap dan bersedia nak balik.
"Jom balik. Jangan termenung. "Ujar Lucas lalu menarik lengan Jungwoo. Dia membawa Jungwoi pergi.
Mereka menuju tempat letak motosikal. Lucas duduk di atas motosikal, dia memakai topi keledar. Lucas menghulurkan satu lagi topi keledar pada Jungwoo.
Jungwoo menyambut topi itu lalu memakainya. Dia pun naik di belakanh Lucas. "Sedia? "
"Dah. "Ujar Jungwoo. Lucas pun menghidupkan enjin motosikal lalu pergi. Hanya meninggalkan kepulan asap putih di kawasan sekolah.
💔
Jungwoo sedang berlatih bola sepak di padang sekolah mereka. Tanpa dia sedar, Lucas sedang memerhatikan dirinya. Terbit satu senyuman pada wajahnya.
YOU ARE READING
Your Favourite NCT Ships ✅
ФанфикJust NCT oneshot or two shot or three shot stories