MarkHyuck

847 49 2
                                    

Jam dinding menunjuk pukul 4 petang. Kelihatan seorang pelajar lelaki sedang duduk di dalam bilik tahanan tanpa berbuat apa apa.

Seoramg guru sedang mengawasinya.

Encik Jackson Wang.

Mark ditahan kerana telah tidur di dalam kelas. Sekarang dia berada di kelas tahanan selama dua jam. Tinggal beberapa minit lagi, dia bakal keluar dari bilik tahanan.

Mark menguap, sejujurnya dia berasa mengantuk.

Hari ni ialah hari Kk jadi banyak pelajar yang balik lewat sebab Kk.

"Mark, kamu boleh keluar sekarang. Jangan ulangi kesilapan kamu lagi. "Ujar Encik Jackson. Mark hanya mengangguk kepala. Dia meraih begnya dan berjalan keluar dari bilik tahanan.

Sepanjang perjalanan dia melalui koridor, banyak mata mata yang melihatnya. Yelakan memandangkan dirinya femes, jadi ramai perempuan yang lihat dia. Malangnya dia tidak mempunyai minat dengan sesiapa kecuali Jenna.

Yoon Jenna jalah girlfriend dia sejak mereka berumur 16 sampai sekarang. Tapi dia selalu je dengar kahbar angin yang Jenna selalu bersama dengan lelaki lain.

Mark tidak marah sebab dia tahu Jenna seorang yang open minded. Tetapi Renjun dan Lucas selalu memberitahunya yang Jenna memang nak curang dengannya.

Mulanya dia nak percaya tetapi dia lebih percayakan Jenna. Jadi dia tidak menganggap Jenna curang.

Langkah Mark terhenti. Dia seolah olah ternampak ada dua orang di dalam kelas kosong, lantas dia berundur sedikit dan mengintai disebalik jendela kelas.

Benar!

Ada dua orang di dalam kelas kosong.

"Dia tak marah ke? "Tanya lelaki itu. Gadis yang berdiri di depan lelaki itu tertawa kecil, dia melingkarkan lengannya pada leher lelaki itu.

"Dia takkan marah punya sebab dia bodoh. "Ujar gadis itu. Mata Mark membulat apabila dia mengetahui gadis itu ialah Yoon Jenna.

Girlfrind dia sendiri curang di depan matanya. Tangan Mark membentuk penumbuk, giginya diketatkan. Hatinya membuak buak api kemarahan.

Belum sempat dua orang itu bercium, Mark pun menyerbu masuk. Jenna terkejut dengan kehadiran Mark langsung menolak dada lelaki itu supaya lelaki itu menjauhinya.

"M-mark. K-kau buat apa sini? "Tanya Jenna, kedengaran suara Jenna bergetar. Mark tersenyum sinis memandang Jenna, dia mendekatikan dirinya dengan Jenna. "Kau rasa bodoh ni buat apa kat sini? Bodoh ni ternampak girlfriend dia curang. Bodoh sangat kan. "Ujar Mark.

Jenna menundukkan kepalanya. Dia tidak berani nak tatap wajah Mark. Mark beralih memandang lelaki itu, Park JongGang.

Jonggang merupakan seatmate Mark dalam kelas sekaligus kawan baik Mark dalam kelas. Dia tidak menyangka yang Jonggang mengkianatinya.

"Tak sangka aku kawan dengan pembelot. "Ujar Mark, Jonggang tidak berani nak tatap mata Mark. Tatapan Mark masa itu sangat tajam. Kalau boleh ia dapat menembusi wajah Jonggang.

"Mark, ia bukan seperti yang kau lihat. "Jenna cuba untuk memegang tangan Mark tetapi Mark menepisnya dengan kasar. "Nak explain ke? Camne kau nak explain kalau aku dah nampak dengan mata sendiri. "Ujar Mark.

"Mark, kitorang bukan nak kiss. Kitorang cuma.. Cuma"Jenna hilang kata kata, dia mengigit bawah bibirnya. Dia berusaha mencari alasan yang bernas untuk Mark.

"Kalau bukan kiss, dah tu apa? Pembersihan gigi melalui bibir pasangan? Aku tak bodoh la betina. Menyesal aku kenal kau dulu. Dahlah, kita putus jangan pernah cari aku sebab aku tak hingin dengan kau. "Ujar Mark lalu pergi. Jenna memanggil nama Mark berkali kali tetapi Mark tidak menghiraukan panggilan tersebut.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now