EA 16

2.5K 182 8
                                    

"Hai, Zaril ada?"

Aqiesha menggerakkan bebola matanya memandang wanita di hadapannya.

Dia mengawal pandangannya kepada wanita itu. Pandangan tak suka.

"Ada. Cik boleh masuk."

Warda tersenyum senang. Kaki laju melangkah ke dalam bilik pejabat Ezzaril.

Aqiesha di luar sudah kembang kempis hidungnya. Sejak seminggu lepas berita Ezzaril bercinta dengan wanita bernama Warda itu tersebar.

Ada yang mengatakan bahawa Warda adalah bakal tunang Ezzaril

Aqiesha sakit hati. Nasib baik ada Seri yang menenangkannya. Jika di rumah, dia meluahkan segalanya pada Airys.

Airys ada juga menyuruhnya move on dari cinta pertamanya tapi susah.

Seakan usahanya ingin mengejar Ezzaril sia sia sahaja.

Interkom berbunyi. Aqiesha mengalihkan pandangannya.

"Qief, buatkan teh dan kopi."

Aqiesha mendengus. Bukan dia tak tahu masuk saja ke dalam bilik itu nanti, ada je  aksi manis yang harus dia tengok.

Nak tak nak Aqiesha kena buat juga. Dia menuju ke pantri.

Selesai saja buat air, dia menghantar ke bilik Ezzaril. Pintu dibuka seiring dengan nafas panjang.

"Nah, tuan." air diletakkan di atas meja.

"Awak ni nakal lah, Zaril." Warda tergelak.

Ezzaril turut tergelak.

"Aqief. Lepas lunch nanti aku masuk kerja lambat sikit. Nak date dengan Warda."

Hati Aqiesha bagaikan direntap. Kalau lah dia yang berada di tempat Warda itu.

"Baik, tuan. Ada apa-apa lagi?"

Ezzaril menggeleng sebelum menyambung perbualan dengan Warda.

Dengan langkah sebal Aqiesha meninggalkan bilik itu.

Hilang saja Aqiesha di sebalik pintu, perbualan antata Ezzaril dan Warda terhenti.

"Aku tengok Aqief tu lain macam je. Dia suka dekat kau juga ke?" Warda memulakan bicara.

"Aku tak tahu. Tapi apa pun kita berjaya buat berita aku gay tu hilang."

"Kau patut tunaikan janji kau dekat aku nanti."

"Ye lah." Ezzaril membuat wajah bosan.

Nur Warda Izzahani. Sepupu sebaya Ezzaril dan antara yang paling rapat dengan Ezzaril.

Kepulangan Warda ke Malaysia setelah 10 tahun menetap di Perancis bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.

Langsung Ezzaril meminta bantuan daripada Warda untuk berpura-pura menjadi kekasihnya.

Warda pun bersetuju tanpa bantahan. Tapi dalam hatinya turut berasa ragu-ragu dengan Ezzaril.

Betul ke Ezzaril sukakan PA lelaki itu.

"So lepas ni aku nak pindah Pahang pula. Kau nanti macam mana? Takut pula rumors tu datang balik." kata Warda.

"Aku rasa tak datang balik. Orang akan ingat kita ni long distance relationship."

Air kopi disisipnya. Entah kenapa dia tiba-tiba sukakan kopi buatan Aqiesha.

Seolah-olah ada perisa yang ditambah ke dalam kopi itu menjadikan ianya lain dari yang lain.

"Kau betul-betul suka dia ke?"

Ezzaril tersedak mendengar soalan Warda. Terbatuk-batuk dia dibuatnya.

"Kan aku dah cakap, aku tak suka dia." bidas Ezzaril tegas.

"Aku tanya je yang kau beria-ria sampai tersedak ni kenapa?"

"Dah kau tanya soalan gila."

Warda diam. Dalam fikirannya menyatakan ada yang tak kena pada Aqiesha.

💚💚💚💚💚

"Seri." buat kesekian kalinya nama Seri disebut.

Seri pula sudah naik meluat dengan Aqiesha yang dari tadi menyebut namanya.

"Kau nak apa, Qies." balas Seri sambil menyelak kerjanya.

Hari ini Seri berpuasa dan hanya duduk di kaunter reception. Aqiesha juga turut berada di situ kerana selera nak makannya hilang.

Ada baiknya jika dia melepak dengan Seri di kaunter reception.

"Seri."

Seri menggulingkan biji matanya. Kerusi beroda itu dipusingkan menghadap Aqiesha yang duduk di kerusi beroda lain.

"Biar aku teka. Kau jealous kan dengan Tuan Ezz dan Cik Warda."

Aqiesha mengeluh perlahan sebelum mengangguk sekali.

Hatinya rasa tak tenteram melihat Ezzaril dan Warda. Dia cemburu.

"Tu lah kau. Lambat ambil tindakan. Kan dah melepas. Aku dah cakap jujur je." balas Seri berselang tawa.

"Tapi aku takut. Macam mana kalau dia tak terima kalau aku jujur." Aqiesha berwajah masam.

"Itu risiko yang kau kena tanggung sebab menipu dia."

"Seri." Aqiesha merengek perlahan. Badannya dikendurkan di atas kerusi itu.

"Eh, Aqief. You ok ke?" tegur seseorang yang tiba-tiba muncul di kaunter itu.

Aqiesha terkejut lalu cepat-cepat membetulkan cara duduknya. Sampai nak terjatuh dibuatnya.

Seri di sebelahnya melepaskan tawa besar. Kelakar betul tengok Aqiesha gelabah.

"Ehem. Saya ok je. Kenapa?" jawab Aqiesha.

"Kenapa I nampak you tak ok? You ada masalah ke? Share lah dengan I." pekerja wanita bernama Aisha itu berkata.

"Nope. I'm ok. Kalau saya rasa nak share, saya share dengan Seri je."

Wajah Aisha bertukar muram. Dia menjeling Seri sebelum berjalan pergi.

"Wow. Nampaknya kau bagi masalah lagi dekat aku, Qies." mata Seri menikam tajam Aqiesha.

"Sorry..." Aqiesha tersengih.

Bukan dia tak tahu yang sekarang ni ramai tak suka Seri kerana Seri rapat dengannya.

Seri menggeleng perlahan. Pasrah lah.

TING

Aqiesha membuka telefon pintarnya. Mesej dari Ezzaril dibukanya. Mesti pasal kerja.

Saya tak masuk petang ni. Nak jumpa parents Warda.

Deg

Mata mula berair sambil memandang Seri. Seri mengangkat kening ke arah Aqiesha.

"Seri..." badan dikendurkan lagi di atas kerusi itu.

"Kenapa?"

"Diorang nak kahwin. Ezzaril pergi jumpa parents Warda."

"Weh serius lah?" Seri merampas telefon pintar Aqiesha.

"Dah weh. Baik aku berhenti kerja je lah. Sia sia je apa yang aku buat ni."

"Lah give up terus. Kalau macam tu sampai bila-bila pun tak dapat."

"Maksud kau?"

"Baru jumpa parents kan belum kahwin lagi."

"SERI..."

Ezz Aqiesha [C]Where stories live. Discover now