EA 25

4K 187 5
                                    

Angin bayu bertiup lembut menyapa wajah. Permandangan dari atas bangunan ini memukau pandangan.

Tiba-tiba pinggangnya terasa dipeluk dari belakang. Siapa lagi kalau bukan suami kesayangannya.

"Sayang buat apa dekat luar ni? Kan sejuk. Nanti demam macam mana?" Ezzaril berkata.

Aqiesha tersenyum lebar.

"Kan sayang pakai jaket ni." balasnya. Pelukan Ezzaril memberikan kehangatan kepadanya.

Selesa.

Ezzaril memusingkan tubuh Aqiesha menghadap ke arahnya. Hidung isterinya dicuit.

"Ye lah tu."

Mereka berdua ketawa sebelum Aqiesha kembali memusing menghadap bandar Quebec, Kanada. (author baru lepas tengok kdrama goblin)

"Cantik kan?" tanya Aqiesha.

"Ya. Tapi tak secantik sayang."

Aqiesha memukul lembut lengan Ezzaril. Ada-ada je lelaki yang bergelar suaminya itu.

"Tak sangka kan kita dapat bersama." ujar Ezzaril sambil memandang ke arah kota indah itu.

"Itu lah. Sedar tak sedar 11 tahun dah kita kenal. 8 tahun berpisah."

"4 bulan menyamar jadi lekaki semata-mata nak dekat dengan abang."

"Abang. Jangan cakap pasal tu lah. Malu." marah Aqiesha. Peristiwa tahun lepas sungguh memalukan.

Entah kenapa dia tak berfikir panjang sebelum menukar identiti sebagai lelaki semata-semata nak dekat dengan Ezzaril.

Ezzaril ketawa. Sejujurnya peristiwa itu juga bagaikan mimpi ngeri baginya di mana dia tersuka Aqiesha yang menyamar sebagai Aqief.

Habis difikirkan bahawa dia gay.

"Comel lah sayang ni." kata Ezzaril lagi kemudian dia mengetatkan pelukannya.

Mereka diam seketika sebelum Aqiesha bersuara.

"Abang..."

"Hmm?"

"Rindu kan zaman sekolah dulu? Ramai kawan, belajar sama-sama. Dengar cikgu membebel."

Aqiesha terbayang-bayangkan zaman persekolahannya. Bersekolah dari umur 5 tahun hingga 17 tahun.

"Rindu. Yang paling abang rindu perangai nakal budak depan abang ni." Ezzaril mencium pipi Aqiesha berkali-kali.

"Mana ada sayang nakal lah. Sayang budak baik tau." Aqiesha berjata sambil mengelak dari ciuman Ezzaril.

"Ye lah tu. Ingat abang tak tahu sayang tackle abang sebab dare je kan?"

Aqiesha terkaku mendengar soalan Ezzaril. Air liur ditelan kesat.

"Sayang. Kenapa diam? Jawablah soalan abang."

Perlahan-lahan Aqiesha memusingkan badannya ke belakang. Dia memberikan sengihan kepada Ezzaril.

Dia membuka mulutnya seolah-olah sedang menguap.

"Sayang dah ngantuk lah abang. Nak pergi tidur." Aqiesha ingin meloloskan diri dari pelukan Ezzaril.

Namun Ezzaril lebih cepat meletakkan tangan di balkoni memerangkap Aqiesha di tengah-tengah.

"Sayang nak lari ke?" soal Ezzaril dalam nada berbisik.

Aqiesha menggelengkan kepalanya.

"Mana ada. Sayang nak tidur."


"Sayang..."

"Hmm."

"You said no secret between us right?"

"I did?"

"Yes you did? So now abang nak tahu pasal dare yang sayang kena buat ke atas abang." kata Ezzaril.

Aqiesha masih tersengih-sengih. Sekali lagi dia menguap. Kali ni bukan menguap main-main tapi menguap betul-betul.

Berair mata Aqiesha akibat menguap.

"Kalau sayang cerita esok boleh tak? Sayang dah ngantuk lah " kata Aqiesha. Dia perlu mengecas tenaganya.

Esok nak jalan-jalan lagi di seluruh kota ini.

Ezzaril yang melihat mata Aqiesha yang berair itu menganggukan kepalanya. Tanhan dialihkan dari penghadang balkoni.

"Jom tidur. Tapi janji, esok bagitahu abang."

"Ya. Sayang janji."

Mereka berdua masuk ke dalam bilik. Masing-masing membaringkan diri di atas katil.

Ezzaril menarik Aqiesha ke dalam pelukkannya. Muka Aqiesha disembamkan ke dadanya.

"Good night abang. I love you."

"I love you too."






Ezz Aqiesha [C]Where stories live. Discover now