EA 17

2.5K 193 5
                                    

Benda biasa bagi Aqiesha apabila Warda datang untuk makan tengah hari bersama Ezzaril.

Semakin hari semakin rapat pula mereka dan Aqiesha semakin cemburu.

Lalu je Warda mesti jelingan diberikannya. Dia tak suka. Faham tak?

"Aqief." suara Warda memanggilnya. Eh yang ni bukan benda biasa.

Aqiesha berdiri apabila wahah Warda menyapa matanya.

"Ada apa cik Warda."

"Jom lunch dengan saya. Zaril busy lah."

Hah?!

"Lunch dengan cik Warda?" Aqiesha meminta kepastian.

"Ya." Warda mengangguk bersama senyuman manis. Tapi sorry Aqiesha tak terpikat sebab sama jenis.

HAHAHAHA

"Jom lah. Teman kan saya." pujuk Warda.

Aqiesha perlahan-lahan menganggukkan kepalanya. Dia bangun dari kerusi yang didudukinya.

"Ok jom."

Mereka berdua bergandingan menuju ke lif pejabat untuk turun ke tingkat bawah.

Sampai di ruangan lobi, sempat Aqiesha memberi isyaeat kepada Seri bahawa dia akan lunch bersama Warda.

"Naik kereta saya lah. Awak drive boleh?" tanya Warda sambil menghulurkan kunci keretanya.

"Boleh cik Warda." balas Aqiesha.

Kereta mini cooper kuning milik Warda dipandu ke sebuah restoran yang tidak jauh dari pejabat.

"Apa nama penuh awak?" tanya Warda setelah pelayan selesai mengambil order mereka.

"Nama saya pendek je. Aqief bin Adini."

Gugup Aqiesha dibuatnya apabila berhadapan dengan Warda.

Bukan apa, risau kalau identitinya dapat dihidu oleh Warda. Tak pasal-pasal dia dibuang kerja.

"Berapa lama awak kerja dengan Zaril?"

"Baru sebulan cik Warda."

"Eh tak payah lah panggil cik Warda. Panggil Warda je dah cukup. Kita santai-santai je." kata Warda.

Aqiesha membuat kesimpula bahawa Warda ni bukan lah seperti perempuan lain. Patut lah Ezzaril suka.

"Warda dengan Tuan Ezz bila nak kahwin?" giliran Aqiesha pula menanyakan soalan kepada Warda.

Warda melepaskan tawa sopan menyebabkan Aqiesha berkerut dahi.

"Kami takde apa-apa hubungan lah."

Hah?!

"Maksud Warda?"

"Kami cuma sepupu. Zaril suruh saya menyamar jadi girlfriend dia sebab nak hilangkan khabar angin pasal dia tu tak normal."

Terasa mahu bersorak Aqiesha di hadapan Warda ketika itu. Dia masih ada peluang untuk mendapatkan Ezzaril kembali.

"Lah ye ke. Ingatkan Warda betul-betul girlfriend Tuan Ezz."

"Takde lah."

Aqiesha mengangguk-anggukan kepalanya. Bibir yang ingin mengukir senyuman ditahannya.

"Minggu depan saya kena pindah ke Pahang. Stay sana dengan family saya."

"Warda tak nak stay sini ke?"

"Family saya dah buat keputusan nak pindah ke sana. Jadi saya kena ikut juga."

Aqiesha mengangguk-angguk faham.

"Aqief. Kalau saya tanya ni, awak jangan marah tau." Warda bermukadimah.

"Tanya lah."

"Awak ada apa-apa perasaan pada Zaril ke?"

Aqiesha mengawal reaksinya. Dah agak dah mesti ini soalan yang Warda nak tanya.

Jawapannya mesti lah ya. Tapi itu sebagai Izz Aqiesha.

"Eh apa Warda merepek ni? Mesti lah tak. Saya normal lah Warda. Takkan lah saya nak suka dekat orang sama jenis dengan saya." Aqiesha ketawa kekok namun dikawal supaya nampak betul.

Kenapa lah soalan ni juga yang muncul dalam fikiran Warda. Nasib baik Aqiesha bijak mengawal reaksinya.

"Saya tanya je. Bagus lah kalau tak."

Aqiesha tersengih. Tapi sengihannya menghilang apabila dia ternampak 4 susuk tubuh yang dikenalinya.

Alamak. Tok abah, tok umi, abang Azriel dan kak Hanan.

"Aqief. Are you ok?"

Aqiesha mengalihkan pandangannya.

"Ok. Erm Warda. Saya kena balik pejabat sekarang. Saya terlupa buat kerja yang Tuan Ezz suruh."

Cepat-cepat Aqiesha bangun dari kerusinya. Not 50 ringgit dikeluarkan dari dompetnya lalu diletakkan di atas meja.

"Saya belanja. Saya pergi dulu."

"Awak tak nak saya hantar je?"

Tanpa membalas soalan, Aqiesha terus pecut meninggalkan restoran.

Teksi yang kebetulan lalu ditahannya. Dia meminta pakcik teksi itu untuk membawanya pulang ke pejabat.

Aqiesha melepaskan nafas lega. Nasib baik dia sempat lari.

Kalau lah tok umi, tok abah dan Azriel melihatnya confirm dia kena kurung seminggu.

Fuhh

Aqiesha berjalan ke lobi syarikat. Dia menuju ke arah kaunter reception di mana Seri berada.

"Weh, kenapa yang kau berpeluh ni?" tanya Seri melihat Aqiesha yang nampak tak terurus itu.

"Aku lunch dengan Cik Warda." balas Aqiesha.

"Lepas tu?"

"Kau terjumpa keluarga aku dekat sana. So aku lari tinggalkan cik Warda dan balik sini."

"Kau tinggalkan cik Warda macam tu je? Gila kau. Kalau Tuan Ezz tahu masak kau weh. Cik Warda tu girlfriend Tuan Ezz."

"Tak lah. Diorang sepupu je."

Seri menunjukkan wajah pelik.

"Mana kau tahu?"

Aqiesha menceritakan apa yang diberitahu oleh Warda tadi kepada Seri.

Seri juga agak terkejut dengan hubungan sebenar Ezzaril dan Warda.

"So, kau still ada peluang lah ni?"

Aqiesha tersengih lebar.

"Maybe."

Ezz Aqiesha [C]Where stories live. Discover now