EA 18

2.6K 184 3
                                    

Hari berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar sudah hampir 4 bulan Aqiesha bekerja sebagai PA kepada crushnya.

Aqiesha bersiap awal. Dia mahu menyediakan sarapan untuk dirinya dan juga Airys.

Takkan asyik nak harapkan Airys je buat sarapan setiap hari. Dia juga perlu tolong.

Dia mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat nasi goreng.

Siap saja nasi goreng buatannya, dia menghidangkannya di atas island table di dapur.

"Morning Qies."

"Morning. Duduklah. Pagi ni aku buat sarapan untuk kita."

"Aku tahulah. Dekat atas tadi dah boleh bau dah kau punya aroma nasi goreng yang membuatkan perut aku bergendang sakan." kata Airys.

Aqiesha ketawa kecil. Macam-macam lah budak Airys ni.

"Kau ada kelas ke pagi ni?" tanya Aqiesha yang turut melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Airys.

Air nescafe 3 in 1 di dalam mug dihirupnya.

"Kelas aku pukul 10.30 nanti. Aku nak pergi rumah ibu kejap. Rindu."

"Oh. Nanti kirim salam dengan ibu dengan ayah ehh. Cakap dekat diorang Izz Aqiesha kesayangan diorang ni rindu diorang."

"Amboi. Sampai kesayangan tu." Airys ketawa kecil.

Dia tak cemburu dengan hubungan rapat antara Aqiesha dengan orang tuanya kerana dia faham Aqiesha yang sudah kehilangan mama dan papa kandungnya.

Cuma tak boleh lah lebih-lebih. Nanti tak pasal-pasal dia di'anaktiri'kan.

"Alah kau pun tahu kan. Aku mana ada mama dengan papa dah." ujar Aqiesha sayu.

"Aipp. Apa pepagi yang indah ni nak sedih-sedih. Kalau rindu, kau sedekahkan al-fatihah dekat diorang dan doakan diorang." kata Airys.

"Thanks Airys sebab ingatkan aku." Aqiesha tersenyum.

Bukan senang nak jumpa kawan macam Airys. Kawan yang susah senang bersama.

"Oklah. Aku pergi kerja dulu. Ingat tau. Kirim salam."

"Ok."

Aqiesha menapak keluar dari dapur setelah mencuci pinggan dan cawan yang digunakannya.

Dia menuju ke tempat motornya diparking. Enjin dihidupkan lalu motor dibonceng ke tempat kerja.

💚💚💚💚💚

Ktak ktuk ktak ktuk

Bunyi tapak kasut tumit tinggi memenuhi ruangan tingkat 15 syarikat RedXGame Co.

Terangkat kepala Aqiesha yang sedang membuat kerja yang diberi oleh Ezzaril apabila mendengar bunyi itu.

"Bunyi tapak kasut ke tapak kaki kuda tu?" soal Aqiesha perlahan bersama kerutan di dahi.

Dia melihat seorang gadis yang manis bertudung menghampirinya. Apabila gadis itu sampai dia hadapannya, dia terus berdiri.

Kenalah hormat kan.

"Ezzaril ada?" tanya gadis itu bersama senyuman manis.

"Ada. Cik nak jumpa dia ke?"

Gadis itu mengangguk.

"Cik ada buat appoinment?" tanya Aqiesha.

"Tak ada. Tapi saya kawan dia, Tiara."

"Oh. Cik tunggu sekejap ye."

Aqiesha mencapat telefon pejabat menelefon Ezzaril.

"Tuan, ada orang nak jumpa. Nama dia Tiara." kata Aqiesha apabila talian disambungkan.

Ezz Aqiesha [C]Where stories live. Discover now