EA 9

2.3K 198 22
                                    

Hari kedua pekerjaan. Aqiesha memasuki ruangan lobi syarikat. Langkah laju diatur menuju ke lif.

Sepanjang berjalan, dia melihat ramai perempuan tersengih memandangnya kemudian berbisik dengan rakan sekerja.

"Selamat pagi Aqief."

Aqiesha memandang ke arah kaunter. Dia melihat Seri yang melambai-lambai ke arahnya. Apa pulak masalah dia ni.

Aqiesha mengangkat tangan rendah membalas lambaian Seri. Dia kemudian menuju ke lif.

"Fikir aku lesbian ke?" kata Aqiesha perlahan.

'Haih. Nasib kau lah Aqiesha. Nak sangatkan? Ambik. Semua perempuan usya kau.' desis Aqiesha.

Aqiesha keluar dari lif apabila sudah sampai di tingkat 15. Dia menghampiri meja yang didudukinya iaitu bekas meja Arif.

"Hai awak." Aqiesha menoleh.

Seorang perempuan menegurnya.

"Saya Yuna. Nama awak?" perempuan itu mengenalkan dirinya.

"Aqief." jawab Aqiesha ringkas.

"Ermm umur awak berapa?" tanya Yuna.

"23."

"Mudanya..." Yuna nampak kecewa. Dah sah-sah Yuna lagi tua ni.

"Umur awak berapa?"

"Tak payah lah tahu. Tapi takpe. Perbezaan umur tak menghalang cinta kita."

Aqiesha membuat muka jijik apabila mendengar kata-kata Yuna.

"Ehem."

Aqiesha mengalih pandangan. Dia terus berdiri apabila terlihat Ezzaril yang berdiri berhampiran meja.

Wajah Yuna pucat.

"Kau buat apa dekat sini? Menggatal?" jerkah Ezzaril kepada Yuna.

Terangkat bahu Aqiesha dan Yuna.

"Maaf tuan." ucap Yuna.

"Kau datang kerja nak kerja ke nak menggatal. Umur dah 30 tapi nak cari yang 20-an. Pergi balik tempat kau." jerkah Ezzaril.

Yuna laju melangkah ke tempatnya semula. Sempat Aqiesha lihat air mata Yuna yang bertakung.

"Ermm. Tuan, tak rasa kasar sangat ke?" soal Aqiesha kepada Ezzaril.

"Kau sibuk apa. Masuk bilik aku." suara Ezzaril kembali seperti biasa.

Ezzaril masuk ke biliknya. Aqiesha segera mengambil iPad sebelum masuk ke bilik Ezzaril.

"Aku ada apa hari ni?"

"Hari ni tuan cuma ada dinner dekat Hotel Lulissa pukul 8.30 malam." kata Aqiesha.

'Hotel Lulissa? Itu hotel ibu. Habislah aku.' bisik hati Aqiesha.

"Aqief. Malam ni kau ikut aku pergi dinner tu." arah Ezzaril.

Habislah kau Aqiesha.

"Errr. B-baik tuan." Aqiesha akur.

"Dah. Kau pergi buat nescafe untuk aku."

Aqiesha menunduk sedikit sebelum keluar dari bilik Ezzaril. Dia menuju ke pantri.

Sepeket nascafe dikeluarkan dari kabinet lalu dituang isinya ke dalam mug. Satu sudu gula dimasukkan. Lalu dimasukkan air panas.

Aqiesha membawa air itu ke bilik Ezzaril.

"Tuan ni air tuan."

"Letak situ."

Ezz Aqiesha [C]Where stories live. Discover now