EA 24

3.3K 172 1
                                    

Aqiesha bergolek-golek di atas katilnya. Fikiran bercelaru. Betul ke Ezzaril tu?

Tipu.

Tapi macam betul. Alamak. Macam mana ni?

"Ezzaril betul-betul nak kahwin dengan aku ke?"

"Saya suka dekat awak. Awak nak tak kahwin dengan saya?" ada nada lega di hujung soalan.

Aqiesha terkaku di tempatnya. Mimpi apakah ini?

Ezzaril mengajaknya kahwin???

"Jadi nak tak? Kita cipta mahligai cinta kita. Diserikan dengan bakal anak-anak kita?"

"S-saya... Ermm."

"Awak masih cintakan saya kan? Saya takkan pernah bertukar title crush awak kepada ex crush awak. Kan?" tanya Ezzaril.

"Saya..." Aqiesha kelu. Tak tahu nak balas. Terasa macam segalanya mimpi.

"Qies." panggil seseorang membuatkan Aqiesha dan Ezzaril terus menoleh.

Dalam hati, Aqiesha lega. Elya datang menyelamatkannya dari suasana awkward ini.

"Kenapa kau kat sini? Semua orang cari kau nak tangkap gambar sama-sama." ujar Elya lalu mendekati.

"Ouh ye ke. Ha jom lah." Aqiesha meninggalkan Ezzaril.

Elya sempat memandang Ezzaril sekilas sebelum berjalan bersama Aqiesha.

Beberapa langkah, Aqiesha berhenti. Nafas ditarik panjang.

"Kau dah kenapa?" tanya Elya. Aqiesha tak membalas pertanyaan Elya sebaliknya duw memusing badan ke arah Ezzaril.

"Awak... Boleh la hantar rombongan meminang... Secepat mungkin." sejurus berkata, Aqiesha terus berjalan laju menuju ke dewan.

Elya dan Ezzaril masing-masing terpinga-pinga.

KLAK

Pintu bilik Aqiesha dibuka tiba-tiba. Aqiesha dari berbaring terus bangun duduk bersila.

"Lailahaillallah. Tak bersiap lagi? Dah pukul 8 dah sayang oi. Pukul 10.30 nak pergi akad nikah." bebel Datin Sri Khadija melihat cucunya yang belum bersiap.

"Awal lagi lah." balas Aqiesha.

"Awal apa? Nanti jalan jammed apa semua, pukul berapa nak nikahnya? Pergi bersiap sekarang. Ya Allah apa nak jadi lah dengan cucu bertuah aku ni." Datin Sri Khadija menggelengkan kepalanya.

Aqiesha tersengih. Dia bangun dari katil menuju ke walk-in-closet. Nasib baiklah dia dah mandi.

Baju putih berlabuci yang digantung di dalam almari menyapa matanya. Senyuman terukir di bibirnya.

"Next level of the life."

Baju putih itu diambilnya.

💚💚💚💚💚

"Ahmad Ezzaril bin Ahmad Saif."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Izz Aqiesha binti Izz Adini dengan mas kahwinnya seribu satu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Izz Aqiesha binti Izz Adini dengan mas kahwinnya seribu satu ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdulillah."

Ezzaril mengerling ke arah Aqiesha yang berada di atas pelamin. Senyuman diberikan kepada wanita itu.

"Ha pergi lah sarung cincinnya." Dato' Sri Hariz menepuk bahu Ezzaril.

Ezzaril tersengih nervous sebelum bangun ke arah pelamin yang cantik.

Dia duduk di sebelah Aqiesha yang menunduk. Cincin yang dihulurkan oleh kakaknya diambil.

"Assalamualaikum bidadari." ucap Ezzaril perlahan. Sekadar dia dan Aqiesha saja mendengarnya.

"Waalaikumsalam syurga." balas Aqiesha. Kepala diangkat memandang Ezzaril yang lengkap berbaju melayu.

"Oit berangan ke?" kepala Ezzaril tertunduk apabila ditepuk dari belakang.

"Auch. Sakit lah." Ezzaril memarahi Khairil, kawan baiknya.

"Yang kau tu berangan kenapa? Jom lah masuk. Kau nak berjemur sampai bila kat sini?" balas Khai.

Dia pun tak tahu lah yang diberangankan oleh Ezzaril. Masa-masa genting ni lah nak buat hal.

"Tu. Bakal bidadari syurga kau dah sampai dah. Jom." tangan Ezzaril terus ditarik memasuki masjid.

Ezzaril duduk di atas kuisyen menghadap tok kadi. Dia menelan air liur gugup. Rasa macam nak pergi bersunat pula.

Seketika kemudian, keluarga sebelah Aqiesha masuk ke dalam masjid. Ezzaril terpaku melihat Aqiesha yang manis bertudung dan memakai pakaian pengantin.

"Fokus." satu suara berbisik padanya. Terus Ezzaeil tersedar.

Setelah selesai tok kadi membaca khutbah nikah, Azriel mengambil tempat sebagai wali untuk menikahkan adiknya.

Mereka berjabat tangan.

"Ahmad Ezzaril bin Ahmad Saif."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan adikku Izz Aqiesha binti Izz Adini dengan mas kahwinnya seribu satu ringgit tunai."

"Aku nikahkan dia..."

Ezzaril memejam matanya rapat apabila tersedar akan kesilapannya. Dalam hatinya menyumpah seranah kerana memalukan diri sendiri.

Beberapa tetamu melepaskan tawa mereka.

"Takpe. Kita cuba sekali lagi. Relaks ok." kata Azriel.

Ezzaril menganggukan kepalanya. Nervous.

"Ahmad Ezzaril bin Ahmad Saif."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan adikku Izz Aqiesha binti Izz Adini dengan mas kahwinnya seribu satu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Izz Aqiesha binti Izz Adini dengan mas kahwinnya seribu satu ringgit tunai."

"Sah?"

"SAH!"

Ezz Aqiesha [C]Where stories live. Discover now