BILIK PENGETUA
"Serius la..kau cabar diorang? Macam budak-budak la kau ni" Ujar Pengetua di Sekolah Alite. Hajjah Zalimah.
"Aku bukan apa, Zal. Aku geram tau tak? Diorang tu tak dengar kata sungguh. Puas aku denda..tetap degil" Luah Rashida sambil berpeluk tubuhnya.
"Aku faham tapi kan...aku pelik satu hal?" Ujar Hajjah Zalimah.
"Pelik apa?" Ujar Rashida.
"Kenapa kau hantar diorang dekat sini? Kau pun tahu kan..sekolah ni bukan tempat untuk bermain-main. Peraturan sekolah ni sangat ketat. Aku takut diorang yang tak selesa" Ujar Zalimah.
"Aku hantar dekat sini supaya cikgu dekat sini boleh disiplinkan budak-budak tu. Aku percaya yang budak-budak tu baik tapi degil sikit. Tapi kau jangan risau, bab akademik...diorang memang pandai cuma..perangai tu je..problem sikit" Terang Rashida sambil tersengih. Zalimah mengelengkan kepalanya. Dia 2X5 je dengan budak-budak tu.
"Berdasarkan akademik, memang diorang pandai. Aku akan letak diorang dekat Atlet Classroom. Aku juga akan suruh cikgu-cikgu dekat sekolah tu pantau diorang."
"Kau jangan risau aku dengan cikgu lain ada...conform diorang payah nak langgar peraturan sekolah." Ujar Zalimah.
"Tapi kan aku..tak bagitau pun pasal peraturan sekolah ni" Jelas Rashida. Kepalanya digaru sambil tersengih.
"Kau tak bagitau? Kau tahu tak peraturan sekolah ni ada 50 peraturan tahu tak? Sekarang aku rasa diorang tengah mengamuk rasanya" Gertak Zalimah.
***
30 Minit yang lalu,
Mereka mengikuti guru Rashida sambil mata tidak lepas meninjau tempat yang mereka lalui.
"Cikgu? Mana pengetua?" Tanya Qalisha yang berjalan seiring dengan guru itu. Guru Rashida memhentikan langkahnya lalu menghadap pelajarnya.
"Depan tu bilik pengetua. Biar cikgu yang bercakap dengan pengetua. Kamu semua tunggu dekat ruang tu. Nanti ada staff pejabat datang, dia akan bagitau apa yang perlu awak semua buat" Jelas Rashida, gurunya.
"Okay" Mereka menggangguk dan patuh setiap tutur kata yang diperkatakan oleh guru itu. Lagipula, guru itu datang untuk menolong mereka mendaftar dekat sekolah ini. Jadi, mereka harus bertolak ansur dengan guru itu. Betul tak?
Tanpa membuang masa, mereka menunggu di ruang itu. Mereka berlabuh di sofa itu sambil bermain telefon mereka. Kecuali seorang yang ke hulu ke hilir akibat kebosanan menunggu staff yang dikatakan oleh gurunya.
"Mana staff ni, aku dah bosan ni" Ujar Melianna.
"Lek arr..nanti datang la tu..weh jom selfie" Ujar Bella sambil menayangkan telefonnya.
"Jom!" Mereka yang dengar perkataan SELFIE terus mendekati Bella. Kecuali seorang, melianna. Dia kurang gemar mengambil gambar. Kalau nak pun, atas mood dia sendiri.
Qalisha mengelengkan kepalanya melihat telatah rakan-rakannya yang kekanak-kanakan itu. Syira menoleh ke arah seorang wanita yang berjalan sambil memegang buku yang agak tebal. Wanita itu mungkin staff di sekolah ini. Mungkin, itu staff yang dikatakan oleh gurunya.
"Maaf, ni yang datang bersama cikgu Rashida ke?" Tanya Wanita itu. Terkejut mereka yang sibuk berselfie, setelah mendengar pertanyaan yang tiba-tiba itu. Mereka kembali ke tempat yang diduduki mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
RAENE
Teen FictionRAENE 5 remaja perempuan dicabar oleh guru kelasnya. Iaitu, mereka harus pergi ke sekolah tersebut dan belajar di sana sehingga habis SPM. Sekolah itu amat ketat dengan peraturan disiplin. Lebih-lebih lagi, mereka itu amat sukar mematuhi arahan disi...
