BAB 4

54 3 0
                                        

ERDINA merenung ke arah langit yang menerangi cahaya bulan. Di benaknya, dia selalu terbayangkan wajah lelaki yang tidak diketahui.

9 tahun yang lalu,

"Ambik beg dia! Cepat!" Arah Darwish sambil  kedua tangannya berpeluk tubuh dengan senyuman sinisnya

Mereka mengepung gadis itu lalu setelah mendengar arahan ketuanya mereka terus mangambil beg gadis itu secara paksa.

"Jangan la..ini beg saya! Kenapa awak semua buli saya ha! Saya tak buat apa-apa pun dekat awak!" Luah Farhanna sambil menarik kembali begnya.  Pada masa ini. Farhanna berumurn 7 tahun. Darwish menepis tangan Farhanna yang ingin mengambil begnya.

Namun, kudrat seorang perempuan tidak boleh dibandingkan dengan kudrat lelaki. Lelaki lebih kuat daripada perempuan. Jadi, begnya dirampas dan dipegang oleh salah seorang yang menepungnya. Lebih terperincinya adalah kawan rapat Darwish, Haziq.

Beg itu dilemparkan ke arah Haziq. Setelah mendapatkan beg itu, Darwish dengan kejamnya mengeluarkan barang-barang yang ada di dalam beg Farhanna ke atas tanah yang berdebu. Senyuman sinis di bibir jelas kelihatan setelah melihat wajah Farhanna yang ingin menangis kerana barangnya yang bertaburan di tanah. Tambahan lagi, buku yang baru dibeli oleh Ayahnya .

"Kau tanya kenapa kami semua buli kau? Oh..kau tak ingat rupanya" Perli Darwish sambil mendekati Farhanna denga perlahan.

Mata Darwish menikam mata Farhanna yang ketakutan. Kedua belah tangan gadis itu bergetar. Gadis itu menunduk sambil mengenggam tangannya.

"Takpa! Biar aku ingatkan balik...Kau! Disebabkan kau! Aku..dengan yang lain kena marah tau tak?!" Marah Darwish. Yang lain mengangguk setuju sambil tersenyum sinis.

"Aku? Sebab aku kata dekat cikgu yang kau ponteng ke?" Soal Farhanna dengan polosnya.

"Kau tanya lagi?! Kau tahu tak? Aku paling  benci orang macam kau ni?!"

"Haish! Kalau kau tak kata dekat cikgu yang aku ponteng..aku takkan kena denda la. Papa aku takkan marah aku, kau tau tak?!" Lampias Darwish. Wajahnya merah dan tangannya mengupal penumbuk.

"Memang patut pun kau kena" Desis Farhanna sambil menunduk ke bawah.

"Kau ingat aku tak dengar apa yang kau kata tadi hah! Kau memang nak kena!" Darwish yang tadi menggengam penunbuknya mula melayangkan penumbuknya ke arah gadis itu.

Bush!

Terbeliak mata Darwish yang tiba-tiba ditumbuk. Dia jatuh terduduk akibat tumbukan secara tiba-tiba itu. Tepi mulutnya pecah disebabkan tumbukan itu. Matanya yang memandang bawah kini mula memandang orang yang berani menumbuknya.

Badan Farhanna kaku ketika melihat pergaduhan di hadapannya. Dia menekup mulutnya sambil memandang dua lelaki yang berdebat.

"Kau! Berani eh kau tumbuk aku?" Soal Darwish.

"Kenapa aku tak berani? Takkan aku nak tengok kau pukul perempuan?" Ujar lelaki itu dengan tenang.

"Kalau aku nampak kau sentuh dia? Lebih dari ni lagi kau dapat. Faham tak?!" Tengking lelaki itu.

haziq dan gengnya membantu Darwish berdiri.

"Kau tunggu apa lagi? Nak aku tumbuk sekali lagi?" Ugut lelaki itu.

"Siap kau nanti! Aku akan balas balik apa kau dah buat dekat aku. Jom!" Darwish dan gengnya meninggalkan mereka berdua.

Lelaki itu berbalik tubuhnya menghadap Farhanna sambil senyuman tipis di bibir. Dia mengutip barang-barang yang bersepah di tanah. Sambil itu, dia mengelap barang yang dicemari oleh debu tanah.

RAENETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang