KINI, mereka sudah memenuhi ruangan mesyuarat peribadi mereka. Mereka mula membuka komputer mereka masing - masing untuk melihat maklumat tentang Sekolah Elite.
"Okay! Aku akan send maklumat melalui group chat kita. Korang boleh tengok setiap apa yang aku selidik. Tapi aku selidik selama seminggu je la. " Ujar Qalisha sambil jarinya sibuk mengetik butang komputer itu.
"Melalui maklumat yang kau bagi ni, sekolah ni bukan sekolah calang-calang orang . Kalau tengok dekat sini..mereka datang naik kereta mewah" Ujar Erdina sambil jarinya mengelus dagunya. Sesekali, keningnya berkerut.
"Dasar...kereta ferrari siak!! Kau ada! aku takde" Kesal Farhanna.
"Kan! Kereta semewah ni bawak ke sekolah. Tak ada yang curi ke? Dan bukan ke ambil lesen kereta pada umur 17 tahun? Tapi kalau lihat kat sini, tempat letak kereta memenuhi setiap ruang garaj kereta. Ini bermaksud terlalu ramai yang datang menaiki kenderaan. Takkan la Form 5 ramai? Kalau ramai pun takkan la banyak sampai macam ni sekali?" Soal Arabella bertalu-talu.
"Arabella kusayang, terlalu banyak soalan awak sehinggakan pening saya mahu menjawabnya. Okay! Saya jawab satu per satu. Okay? Memang ambil lesen kereta pada umur 17 tahun tapi jika dilihat dari data ini..sekolah ini juga mempunyai pelajar tingkatan 6. Jadi, tidak mustahil la jika banyak kenderaan di garaj kereta. Jika pasal kecurian..tidak ada sebarang berita tentang kecurian kereta. Maknanya, kawalan pergerakan di sekolah itu begitu ketat sehinggakan tiada sesiapa yang berani membuat hal di sekolah itu" Jawab Qalisha. dengan panjang.
Mereka mengganguk setuju ketika bait bicara yang dilontarkan oleh Qalisha. Setiap percakapannya benar belaka dan tiada satu pun salah.
"Kalau pasal disiplin, mereka memang ketat dalam mengawal setiap aktiviti murid. Bahkan, akan ada guru yang memantau setiap kawasan yang selalu dilalui oleh pelajarnya" Ujar Erdina. . Tangannya menongkat kepalanya setelah penat melihat data-data dari sekolah tersebut.
"Weh! Kejap! Kejap! Kalau sekolah tu ketat dengan disiplin, macam mana kita nak buat masalah dekat sekolah tu? Kita memang masuk dalam kandang buaya lah weh!!" Rengek Arabella .
"Tapi kan...aku tak pernah dengar pulak..ada kandang buaya...bukan kandang harimau ke?" Soal Melianna yang terlihat bengap.
"Mel gak eh...this is my istilah..saya sorang je tahu maksudnya" Ujar Arabella sambil tanganya menepuk bahu rakkannya itu. melianna melopong mulutnya tanda paham apa yang dimaksudkannya.
Mereka mengeluh lalu bersandar pada kerusi milik mereka. Mereka mengelamun seketika kerana lelah dengan perbincangan tadi.
Lama-lama mereka terbuai dengan kesepian di dalam bilik itu, muncullah idea daripada fikiran Arabella. Bibirnya mengukir senyuman menandakan ada berita baik yang ingin disampaikan.
"Guysss!!! Apa kata macam ni..setiap seorang buat plan...macam mana nak buat masalah dekat sekolah tu? Jika plan tu sama..maka kena buat idea lain..tak boleh sama. Jika dikumpulkan, plan tu mesti banyak kan?" Ujar Arabella dengan semangat.
"Betul jugak. Bagus idea kau tu. Okay! Setiap sorang harus buat 10 plan untuk rancangan kita ni. Kalau sama, buat balik. Macam mana? Setuju?" Soal Qalisha.
"Serius arr...kalau 10...kering otak aku nak pikir setiap plan..takkan la 10?" Rengek Farhanna.
"Tapi kalau kita tak buat 10 plan seorang..sudah pastimya kita kalah dalam taruhan ni kau tahu tak?" Soal Erdina.
"Betul jugak! Kita buat jelah plan dulu...lagipun..kita ada masa 3 hari je lagi. Lepastu, terus pergi ke sekolah tu" Setuju Farhanna.
"Eh! Aku check maklumat ni.. Sekolah ni ada asrama. Best ke tak eh asrama dia " Soal Melianna.
ANDA SEDANG MEMBACA
RAENE
Teen FictionRAENE 5 remaja perempuan dicabar oleh guru kelasnya. Iaitu, mereka harus pergi ke sekolah tersebut dan belajar di sana sehingga habis SPM. Sekolah itu amat ketat dengan peraturan disiplin. Lebih-lebih lagi, mereka itu amat sukar mematuhi arahan disi...
