GURU yang bertentangan dengan mereka mencekak pinggang menatap setiap pelajar nakalnya itu. Beberapa kali, hembusan nafas dikeluarkan. Beberapa kali, guru tersebut membolak-balik di hadapan mereka.Manakala, pelajar-pelajarnya itu tidak heran sama sekali malah ada yang makan sambil berdiri, ada yang menguap tanda kebosanan dan ada juga memeluk tubuh tanpa merasa perasaan bersalah.
Guru tersebut berhenti lalu menatap sekali lagi setiap wajah pelajarnya itu.
"Kamu semua tahu tak apa yang kamu semua dah buat sekarang ni!" soal guru tersebut dengan tegasnya.
"Kami panjat tembok sekolah, cikgu. Aduh! Duh! Duh!..Kau pesal ha..." seloroh Melianna tanpa memandang sekeliling lalu pinggangnya dicubit oleh Farhanna yang memandang tajam ke arahnya.
Bukan hanya Farhanna yang memandang tajam bahkan guru dan rakan - rakannya juga memandang dengan pandangan tajam ke arahnya. Tidak jadi dia mahu membalas cubitan itu balik setelah direnung begitu. Dia memandang ke arah lain dengan buat-buat riak tak bersalahnya itu.
"Tau pulak kesalahan yang kamu buat tapi takkkkk pernah sekali pun kamu perbaikinya. Haish...degil!" guru itu memarahinya sambil bercekak pinggang. Perasaannya kini seperti mahu mencekik sorang-sorang setiap anak muridnya itu.
"Maafkan kami cikgu..sebenarnya...kami hanya memanjat tembok je..tak main kat luar sekolah pun...jejak kaki kat luar sekolah pun tak lagi" Kata Erdina dengan lemah lembutnya sambil senyuman dibibir.
"Korang ingat cikgu percaya?" Sindir guru itu.
"Kamu semua nak apa sebenarnya? Kamu tahu tak rekod disiplin semakin menjadi-jadi sejak kamu semua pindah dekat sekolah ni"
" Teruk sangat ke rekod sekolah cikgu?" tanya Arabella.
Guru itu membuka buku rekod sekolah dan menghulur kepada Arabella. Ternganga mulutnya melihat rekod sekolah yang telah mereka lakukan. Dia menghulurkan rekod itu kepada Qalisha.
Qalisha yang melihat akan rekod itu merenung lama manakala rakan-rakannya hanya berdiam saja. Mereka tidak berani untuk bercampur ketika Qalisha sedang berfikir.
"Erm..takde la banyak mana...setakat 89 rekod disiplin yang kitaorang buat"
"Cukup 100 kitaorang berhenti la. Kan?" ujar Qalisha dengan tenang. Mereka mengangguk laju.
"Sabar la cikgu..sebentar je 100" ujar Erdina.
"Sabar kamu kata...mana ada orang buat sampai 100..kalau ada pun kena buang sekolah dah"
"Haisy...jangan sampai saya cabar korang!" tengking guru itu.
"Cabar? Apa yang cikgu nak buat sampai cabar kitaorang? cikgu kan tahu kami pantang dicabar" Ujar Qalisha. dingin.
"Haahh...cikgu cabar kamu sekolah dekat Sekolah Elite. Cikgu nak tengok betapa senang ke tak kamu semua buat masalah dekat sekolah tu" Cabar guru itu.
"Fine. Kita deal. Jika kami boleh buat rekod kat sekolah tu. We are Winner" Ujar Arabella.
YOU ARE READING
RAENE
Teen FictionRAENE 5 remaja perempuan dicabar oleh guru kelasnya. Iaitu, mereka harus pergi ke sekolah tersebut dan belajar di sana sehingga habis SPM. Sekolah itu amat ketat dengan peraturan disiplin. Lebih-lebih lagi, mereka itu amat sukar mematuhi arahan disi...