"WEH minah ! Mata kau letak kat mana hah? Habis baju aku kena air kau" Marah Ryan dengan tantapan tajam.
"Heh! What! What..you..say!!" Jerit Bella .
Bella menepuk-nepuk mukanya agar sedar akan realiti yang menghempuknya sekarang ni.
"Cantik tapi bukan test aku" Desis Ryan. Ryan juga terpaku dengan kecantikan dan style gadis dihadapannya kini tetapi melihat dari sikapnya, gadis ini bukan gadis yang lemah lembut. Sikap gadis ini kelihatannya kasar dan suka marah. Ini yang difikirkannya. Dia tersedar kembali lalu mula memerli kembali gadis di hadapannya.
"La pekak rupanya..sayang..muka cantik tapi pekak" Perli Ryan dengan menatap tajam wajah gadis dihadapannya ini.
"Kau kata aku pekak?! Weh la! Kau ingat aku tak nampak yang kau langgar aku! Kau ingat aku tak nampak yang kau tengah bagi flying kiss dekat perempuan entah mana sebelum kau langgar aku! Aishh!! Dah la playboy! Buaya pulak tu! Dasar lelaki!" Hambur Bella sambil tangannya bercekak pinggang.
Ketika ini, dia betul-betul marah dengan lelaki di hadapannya. Kalau boleh dia nak je sepak teranjang tetapi dia masih waras untuk melakukan disini. Lagi pula dia tidak suka bergaduh di depan orang.
"Eh! Eh! Berani kau panggil aku playboy eh! Eh, kejap aku tak nak gaduh sebenarnya...aku nak ganti rugi" Ujar lelaki itu.
"Asal kau pulak yang mintak ganti rugi? Aku yang patut mintak ganti rugi" Berang Bella sambil tangannya bercekak pinggang.
"Aish! Macam ni..kau ganti rugi baju aku..aku ganti rugi air kau, macam mana?" Cadang lelaki itu.
Atyqah mengerutkan dahinya. Dia keliru dengan lelaki ini. Apa yang dia nak sebenarnya?
"Aku rasa tak untung la kalau nak ganti rugi" Ujar Bella sambil memuncungkan bibirnya. Dahinya dikerutkan tanda bingung dengan lelaki di hadapannya kini. Jika dilihat dari akal fikirannya seperti lelaki ini ada gangguan mental.
"I don't care! Baju aku ni dah la basah! Kau kena bertanggungjawab" Marah Ryan.
"Yelah! Yelah! Sakit telinga aku kau tahu tak!" Marahnya dengan lantang lalu mula melangkah dari hadapan Ryan.
"Eh! Eh! Minah ni...suka hati dia je bawak jalan" Bebel Ryan lalu mengikuti Bella tanpa dia ketahui.
***
GELAS diletak lalu Erdina mengeluh kecil kerana dia sudah merasakan kebosanan tahap Gunung Everest kerana menunggu 3 orang sahabatnya itu.
Melianna yang mendengar keluhan daripada sahabatnya memandang sahabatnya dengan tanda tanya. Telefon yang tadinya menjadi perhatiannya dimasukkan ke dalam beg berwarna kelabunya itu.
"Kenapa" Soal Melianna.
"Memang kita dua orang je ke yang tinggal dekat kafe ni?" Soal Erdina.
"Ramai je aku tengok..tukan ada orang. Kau tak nampak ke?" Jawab Melianna sambil memandang sekeliling kafe.
"Ish! Bukan la! Geng kita..tinggal kita dua orang je duk sini..lama sangat la diaorang pergi.." Bebel Erdina sambil bersandar pada kerusi itu.
"Sabar la...nanti diorang sampai la tu..minum air kau tu sampai habis" Pujuk Melianna .
"Dah dua kali aku minum..nanti tak pasal- pasal aku ke hulu ke hilir keluar tandas" Erdina menunjukkan gelas kepada Syahirah.
Melianna ah tersengih macam kerang busuk mula membujuk supaya Erdina bertenang walaupun diri dia sendiri sudah naik bosan menunggu.
ANDA SEDANG MEMBACA
RAENE
Teen FictionRAENE 5 remaja perempuan dicabar oleh guru kelasnya. Iaitu, mereka harus pergi ke sekolah tersebut dan belajar di sana sehingga habis SPM. Sekolah itu amat ketat dengan peraturan disiplin. Lebih-lebih lagi, mereka itu amat sukar mematuhi arahan disi...
