BAB 5

55 4 0
                                        


DANIAL dan Dania keluar dari kereta dengan kalut untuk melihat siapa yang hampir dilanggar oleh mereka berdua.

"Maaf, kami tak nampak tadi" Ujar Dania sambil membantu Syahirah berdiri.

"Mata kau buta ke? Kalau aku kena langgar tadi macam mana?..korang nak tanggungjawab ?! Kalau aku mati macam mana hahh?!" Marah Melianna bertalu- talu. Perasaan marahnya membuak-buak akibat sakit dipunggungnya. Perit.

"Aku tak sengaja la..lagipun kau tak kena langgar pun kan" Ujar Danial yang geram dengan gadis di hadapannya kini.

"Abang" Dania menjegil matanya kepada abangnya. Danial melihat adiknya sekilas. Dia memejamkan matanya sambil tarik nafas lalu hembus kasar.

"Okay? Aku minta maaf sebab hampir langgar kau. Okay?" Ujarnya.

Melianna menjeling sekilas lelaki di hadapannya kini. Dia boleh lihat yang lelaki ini marah tetapi silapnya juga..siapa suruh bawak kereta laju-laju.

Danial memeluk tubuh sambil melihat Adiknya dan Gadis yang hampir dilanggarnya.

Dania mengutip barang-barang yang keluar dari beg. Melianna yang melihat orang luar mengutip barangnya lalu menepis tangan Dania.

"Jangan sentuh barang-barang aku" Ujar Melianna dingin. Danial yang melihat adiknya ditepis mula naik angin.

"Eh! Suka hati kau je kan tepis tangan adik aku?! Kau siapa?" Ujar Danial bengang.

"Aku siapa? Ada kena mengena dengan kau ke? Takde kan? Suka hati aku la nak tepis tangan siapa pun? Ada aku kisah?" Ujar Melianna selamba sambil duduk mencangkung dengan menatap tajam lelaki yang panas baran ini.

"Kau!" Baru Danial mahu memarahi, adiknya memegang tangannya. Tanda sabar dengan keadaan sekarang.

"Awak..erm..basikal awak rosak ni..apa kata awak tumpang sekali dengan kami?" Tawar Dania.

"Ha? Rosak?" Melianna yang tidak sedar yang basikalnya rosak terus membelek basikalnya.

"Alamak! Rosak la pulak. Macam mana aku nak pergi sekolah ni?" Soal Melianna sambil menepuk dahinya.

"Awak nak pergi sekolah mana?" Soal Dania. Melianna memandang tajam sambil Dahinya dikerut.

"Asal? Kau nak antar?" Perli Melianna. Lain yang dipikir, lain pula dikata. Dania mengangguk laju sambil tersenyum. Terbeliak anak matanya ketika Adiknya setuju mahu menghantar gadis yang tidak dikenali.

"Tak payah! Aku boleh pergi sendiri" bantah Melianna. Melianna mengalas begnya lalu melangkah. Akan tetapi, ada tangan yang menghalanginya.

"Saya rasa jauh la kalau awak nak jalan. Abang saya boleh hantar awak pergi ke sekolah. Boleh eh?" Kata Dania. Dia sebenarnya berasa bersalah dengan apa yang berlaku sehingga rosak basikal. Jadi, untuk kurang rasa bersalah. Dia ingin menolong apa yang boleh dia tolong.

"Tanya abang kau tu dulu. Kalau dia kata boleh? Aku akan tumpang" Ujar Melianna sambil menjeling Danial.

Dania melihat abangnya yang berpeluk tubuh lalu membuat muka kesiannya. Abangnya yang melihat adiknya, menjeling sekilas. Buat-buat tak tahu.

"Abang! Boleh la.." Pinta Adiknya. Abangnya menyerah kalah. Dia paling sayang akan adiknya. Macam mana dia nak tolak setiap permintaan adiknya. Lagipun, hanya adiknya yang dia punya di dunia ini.

"Okay la. Jom masuk. Dah lambat ni" Ujar Danial lalu memasuki kereta helaxnya. Adiknya tersenyum riang lalu menarik tangan Melianna masuk ke dalam kereta.

"Boleh tahu tak awak ni nama apa? Umur berapa? Sekolah dekat mana?" Soal Adiknya bertalu setelah kereta mula menjalani perjalanannya.

"Amboi banyak nya.okay..okay..aku akan jawab...nama aku Melianna..Ermm..umur aku 17 tahun..Sekolah Elite" jawab Melianna.

RAENETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang