Maaf.

27 2 2
                                    

Aku hilang dilamunan rindu nan sepi,
Aku terkurung dalam ruangan gelap milik resahku,
Tidak pernah aku menjemput kau untuk masuk menemaniku.

Dalam gelisahku kau datang,
Datang membawa cahaya membuka ruang oksigen untuk aku bernafas semula,
Menginterpretasi semula tafsir cinta dalam sudut kalbuku,
Menarik jutaan sinar ultravoilet masuk mencuit muka pucatku.

Dalam sedu sedanku,
Lagi pelukanmu, membebaskan aku
Dalam berat langkahku,
Lagi tarikan tanganmu meringankan dayaku.

Maaf,

Kerana mungkin aku telah jatuh cinta,
Jika ianya hanya merepotkan jadi biarkan saja,
Aku tak pernah kisah tentang apa yang aku rasa.

Cukup sekadar kau berada di situ,
Cukup sekadar kau menarik aku untuk melangkah keluar dari gelap malamku,
Cukup sekadar kau memberitahu bahawa aku tak apa-apa
Cukup sekadar aku lihat muka kau.

Maaf,

Kerana mungkin aku telah jatuh cinta.

KelamWhere stories live. Discover now