Dunia.

37 4 1
                                    

Dalam dunia ini bermacam ragam,
ada yang mengusik kalbu,
ada yang mencuit hati,
tetapi adakah dunia ni sama sentiasa

Tidak...
Masa di dunia berbeza,
begitu juga manusia,
pelbagai ragam dan cuaca,
bermacam sketsa dan cerita,
tidak kira suka atau duka.

Manusia mudah menilai baik buruk
mereka juga mudah menerima dan menolak,
tapi manusia tidak pernah asing dengan menghukum,
sudah memang lumrah dan hukum dunia manusia dicipta sebegitu

Kuasa atau harta menjadi ukuran,
kebahagiaan?
tentulah ditentukan melalui taraf dan kedudukan,
rupa menjadi neraca,
makin cantik makin mahal tetapi kualitinya berkompromi.

Aku pernah dipaksa, ditekan serta direndahkan,
aku memilih pilihan aku sendiri,
tidak mengira latar belakang,
aku mengikut rasa cinta dan bukan kerana darjat,
aku sanggup berkongsi susah serta senang,
mula dari bawah hingga ke puncak,
aku?
hidup susah bukan sesuatu yang asing,
cuma dunia ini makin asing untuk aku.

KelamWhere stories live. Discover now