Bab 1

8.7K 222 8
                                    

Permintaan dari @im_aireena

Luke buat mata ke atas. Langkah Mamanya diikut saja sehingga masuk ke dalam sebuah dewan mewah. Malasnya nak ikut Mama padahal dia sudah berjanji dengan Nadia untuk janji temu dan sekarang disebabkan Mamanya, dia terpaksa ikut. Guna kuasa vote sebagai seorang ibu kan? Haih... Malas!

" Mama, kita buat apa dekat sini sebenarnya? Luke malaslah. Luke nak balik." rengek lelaki itu dengan suara lemah. Nak balik!

" Kita jumpa kawan Mama kejap. After this kita balik okay? Luke bukan selalu jalan dengan Mama. Selalu mengelak kerana itu Mama buat keputusan nak bawak Luke ke rumah kawan Mama." penuh makna Datin Melati berkata.

Dah tahu agenda Luke yang mahu berdating dengan si Nadia. Ada baiknya lelaki itu ikut dia. Tak adalah buat benda tak berfaedah dengan si Nadia itu. Kurang berkenan Datin Melati pada perangai gedik dan kurang ajar Nadia itu. Mintak dijauh jadi menantu. Ish!

" Hmm... Yelah. Tapi Mama jangan lama sangat. Rimaslah dekat sini. Semuanya pakai kain kapan. Dah nak mati agaknya."

Pak!

" Apa cakap macam tu? Tak baik tau. Kain kapan inilah yang tolong mereka masuk syurga. Daripada si Nadia yang free hair macam orang gila." sedas Datin Melati menembak tepat pada dada anak lelakinya itu.

Luke hanya diam seribu bahasa. Nak melawan rasanya macam kurang ajar. Walaupun Luke akui yang dia seorang jahat macam syaitan tapi tak adalah sampai nak lawan cakap Mama. Masih hormat dekat Mamanya.

" Mama masuk bilik kawan Mama kejap. Nanti dah selesai kita balik."

Luke mengangguk saja. Bayang Mamanya masuk ke dalam sebuah bilik dikerling sekilas.

" Kenapalah Mama ajak aku pergi sini. Pishang macam ni!" Gumam Luke sendiri.

Luke menebarkan matanya ke sekeliling. Matanya tertancap pada seorang gadis yang sedang makan sendiri. Senyuman sinis terbit di bibir. Mengapa tidak dia gunakan kuasa playboy dia? Pasti perempuan itu akan tergoda dengannya kan?

Penuh megah Luke mahu berjalan ke arah perempuan itu. Tapi belum sempat melangkah lebih, ada seorang lelaki lain yang sudah duduk di sebelah perempuan itu. Automatik langkahnya terhenti. Diketap kuat giginya. Geram!

" Kacaulah! Aku baru nak usik dulu." Luke mengumam sendiri.

Tadinya muka cemberut sudah hilang bila lelaki yang duduk di sebelah perempuan itu sudah pergi. Tak lengahkan masa, terus Luke mengambil tempat di sebelah perempuan itu.

" Hye baby..." sapa Luke menggoda.

Afina yang sedang makan ketika itu hampir tersembur makanan bila dia disapa secara tiba-tiba. Paling pantang kalau ada orang tegur dia time makan. Tak boleh ke kalau bagi dia makan dalam keadaan tenang? Tadi abang kacau. Sekarang lelaki ini pulak? Ish!

" Yes, boleh saya bantu?"

Tatkala kedua mata itu bertemu maka berbuahlah debaran yang kuat sehingga tulang rusuk lelaki itu hampir lemah dengan panahan mata cantik itu. Bila kibaran telapak tangan di lalukan pada muka baru Luke tersedar dari lamunannya.

" Excuse me? Okay tak?"

" Tak okay." laju bibir itu bersuara.

Tak lepas mata perempuan bertudung itu dilihatnya. Tadinya dia menghina perempuan bertudung, tapi sekarang mengapa perempuan bertudung ini menariknya agar terus menatap ke dalam anak mata itu?

Afina buat muka. Muka blur lelaki tampan itu menghilangkan seleranya nak makan. Afina tak suka bila mata lelaki itu meratah setiap pelusuk mukanya. Macam nak makan pun ada. Gila!

Tak sempat Afina membawa lari makanannya, tangannya sudah digenggam erat lelaki itu. Cuba direntap tapi makin kejap genggaman lelaki itu.

" Lepaskan tangan sayalah! Apa yang awak nak ni?"

" Duduk."

Afina menggeleng. Tak nak dia duduk dengan lelaki gila macam ini. Walaupun kacak, kalau gila buat apa? Tiba-tiba pegang tangan orang. Tak ada tangan ke?

" Lepaslah! Orang tengok kita berdua!"

" Aku takkan lepaskan kau!"

Terjerit kecil Afina bila tangannya ditarik sehingga terduduk diatas paha lelaki itu. Matanya dengan mata lelaki otu bersambung. Dapat dirasai deruan nafas hangat lelaki itu pada mukanya.

" Lepaskan saya! Apa awak buat ni?" Afina cuba menolak tapi lelaki itu cekap mengenggam kedua tangan kecilnya.

" I won't let you go..."

Afina mengetap kuat giginya. Pandangan orang ramai begitu memalukan dia. Tak tunggu lama, muka yang sudah senget mahu menciumnya itu ditampar kuat.

Pang!

Nasib baik semua orang dalam dewan itu semuanya leka kerana sedang bercakap, kalau tak. Pasti Luke malu ditampar oleh seorang gadis.

" Awak jangan jadi kurang ajar! Saya bukan perempuan murah yang awak pernah sentuh sebelum ini!"

Afina bangun dari paha lelaki itu. Laju kakinya berlari masuk ke dalam bilik yang sudah tersedia di belakang dewan. Nak lari dari lelaki itu. Tak sempat pintu ditutupnya.

Lelaki yang kejar dia tadi sudah rempuh masuk. Terpelanting jatuh Afina di atas lantai. Takut Afina melihat lelaki yang sudah mengunci pintu itu.

" Apa awak cuba buat ni? Keluarlah! Saya jerit nanti!" kuat suara Afina memekik.

Matanya meliar mencari akan benda untuk memukul lelaki itu tapi yang buat Afina sakit hati bila tak ada barang yang dapat dia lempar. Kosong tanpa apa-apa. Hanya ada satu katil mewah saja dalam bilik ini.

" Apa kata kita berseronok? Lagipun dah sesuai ni. Katil... Aku dan kau. Aku jamin kau suka punya."

Afina menggeleng laju. Langkahnya dibawa mengundur ke belakang. Diketap kuat giginya bila belakang badannya sudah bertemu dengan dinding. Tawa sinis dari lelaki itu menakutkan Afina.

" Tolonglah jangan buat saya macam ni... Saya bukan perempuan yang awak pernah sentuh."

" Aku takkan apa-apakan kau. Jangan risau."

" Huh?"

Luke tertawa kecil. Muka blur perempuan ini buat dia geram. Pipi perempuan itu diusap tapi ditepis kasar oleh Afina. Afina tak suka disentuh!

" I want you..."

Afina menelan air liur kasar bila muka lelaki itu dekat dengan mukanya. Hangat bibirnya bila bersatu dengan bibir lelaki itu. Ditolak kasar dada lelaki itu.

" Forever..."

Lelaki itu tersenyum sinis sebelum keluar dari bilik meninggalkan Afina sendiri.

My Obsession Is You ( COMPLETE )✔️Where stories live. Discover now