Pang!
Pijar pipi Afina apabila ditampar sang Papa. Kian banjir airmata Afina ke pipi mulusnya. Matanya dipejam rapat apabila tubuhnya hampir dipukul sang Papa. Nasib baik Esfan menegah. Tak membiarkan pergaduhan makin larat.
" Pa, kalau dengan memukul tetap masalah tidak akan selesai. Cuba cakap dengan Fina elok-elok. Esfan percaya, Fina jadi mangsa orang. Bukan Fina mintak jadi macam ni. Please Pa, jangan ikut hati. Andai ikut hati, maka binasa. Cukuplah. Fina tak perlu dihukumi. Eloknya Papa tanya dia sendiri. Berdepan secara lembut. Bukan cara memukul sebegini." lembut Esfan menasihati Papa tirinya itu.
Panjang berjela agar si Papa faham yang semua ini berlaku bersebab dan Papa perlu menghakimi dari segi jawapan yang akan Fina hamparkan. Tak perlu memukul kuat sampai begini rupa.
Janganlah marah! Kalaupun sedang marah, kendalikan lisan dan tangan.
" Okay. Fine!"
" Kalau Papa tengah marah. Ada eloknya Papa duduk. Jangan berdiri macam ni. Makin marah Papa nanti." tegur Esfan lagi.
Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, "Apabila salah seorang dari kalian marah dalam kondisi berdiri maka hendaknya dia duduk. Kalau marahnya belum juga hilang maka hendaknya dia berbaring." (HR. Ahmad).
Datuk Iskandar merengus geram. Duduknya dilabuhkan. Matanya masih menatap tajam Afina yang terduduk dengan linangan airmata. Lega sedikit rasa bila duduk. Tak adalah rasa nak marah sangat macam tadi.
" Papa nak tahu, siapa lelaki yang telah mengandungkan Fina. Jujur dekat Papa sekarang!"
" Papa..." Esfan memberi amaran.
Datuk Iskandar buat muka. Anak perempuannya itu ditatap geram. Tak sabar nak dengar jawapan dari bibir Afina. Siapa tah jantan yang tak guna sangat sampai buat Afina macam ni. Tak sengaja ditampar Afina. Bila marah jadi macam nilah. Nak bincang pun susah!
" Lu-luke."
" Hah?!"
Semua di ruang tamu itu terkejut dengan nama lelaki yang disebut Afina. Anggukan dari Afina membuktikan lagi lelaki yang mengandungkan Afina adalah lelaki mat salleh yang pernah datang ke majlis Mamanya tempoh hari.
" Bi-bila?" tergagap Mama bertanya.
Terkejut budaya apabila berita ini sudah sampai di halwa telinganya. Tak terkata bagaimana perasaan yang tergambar. Begitu terkejut!
" Beberapa hari lepas majlis Mama." jawab Afina susah payah.
" Time Fina telefon Mama, Fina ada dalam rumah Luke?" laju Esfan menyoal.
Afina mengangguk.
" Sebenarnya Fina ada dalam kondo milik Luke. Mula-mula ketika Fina nak pergi rumah Sarah, Fina dah rasa tak sedap hati. Fina kena culik bila nak masuk dalam kereta. Esoknya Fina sedar-sedar ada dalam kondo Luke. Maafkan Fina Papa, Mama. Fina memang tak ada niat nak malukan Papa dan Mama. Fina tak sangka semua ini boleh berlaku. Maafkan Fina..." pinta Afina sayu bercampur dengan sebak.
Terduduk lemah Mama Afina. Esfan juga tak terkata. Papa lagilah. Semuanya sudah terbukti dari segala yang dikata Afina. Tak sanggup nak terima tapi itulah yang sebenarnya terjadi.
" Berapa bulan dah kandungan Fina?" Kali ini suara Papa kedengaran kendur. Tidak marah-marah macam tadi. Mungkin sudah boleh terima akan kenyataan yang terjadi. Nasi dah jadi bubur dan Datuk Iskandar tak boleh nak buat apa.
" Dua bulan Pa." Afina senyum nipis.
" Fina nak gugurkan kandungan Fina?" kini giliran Mama Afina menyoal.
Afina senyum lagi. Kali ini lebih berseri. Senyuman itu juga nampak ikhlas dari sebelumnya. Perutnya yang masih tak nampak diusap lembut.
" Tak. Fina tak nak buat dosa dah. Cukup dengan dosa Fina yang telah Fina buat. Takkan Fina nak tambah lagi? Sedangkan baby dalam perut Fina tak bersalah. Tak patut Fina gugurkan macam tu saja." Afina mempertahankan kehadiran baby dalam perutnya.
" Fina tak nak jumpa Luke? Bagitahu dia. Suruh dia bertanggungjawab." arah Esfan selaku abang yang begitu prihatin pada si Afina.
" Tak perlu abang. Fina tak nak dia tahu."
" Kenapa tak nak saya tahu?!" Kini suara Luke sudah memetir di muka pintu.
Terbuntang mata Afina dengan kemunculan Luke secara tiba-tiba. Tunak matanya pandang ke dalam anak mata Luke. Sebu rasa hati dengan rasa yang bercampur baur. Ada rindu yang menyinggah bila raut wajah kacak itu menjadi sasaran matanya.
" Lu-luke..."
" Assalamualaikum. Maaf saya mencelah. Boleh saya masuk?" Biarpun Luke ada rasa gentar apabila muka tegang Papa dan Esfan begitu menampak tapi dikuatkan juga hatinya untuk berdiri.
" Waalaikummusalam. Masuklah." jemput Mama Afina.
Luke memanggil Mama dan Papanya masuk sekali dengannya. Dalam diam, Papa dan Esfan tersenyum. Bersyukur bila Luke datang tepat pada waktu dan semestinya Luke mahu bertanggungjawab dengan setiap perbuatannya.
" Duduklah dulu. Kita berborak dulu." ajak Datuk Iskandar.
" Kejap. Sebelum tu... Izinkan Luke mintak satu permintaan?"
Berkerut dahi semua manusia yang ada di ruang tamu dengan tingkah Luke yang aneh. Luke merapati Datuk Iskandar. Tangan besar itu dengan beraninya dipegang dan dibawa pada mukanya.
" Tumbuk Luke. Demi atas dosa yang Luke telah lakukan. Tumbuklah sebanyak mana yang Datuk nak. Yang penting boleh buat Datuk puas."
Untuk itu,
Buk!
Buk!
Buk!
Bertubi-tubi tumbukan itu kena pada muka Luke. Afina yang tak tahan dengan keadaan tegang ini terus menahan Datuk Iskandar.
" Stop Papa."
Dipeluk erat tubuh Papanya itu. Sayu Afina pandang muka Luke. Banyak lebam disebabkan penumbuk yang dihadiahkan Papanya buat si Luke.
" Kau tak nak tumbuk aku sekali?" tanya Luke pada Esfan.
Esfan menggeleng dengan senyuman manis.
" Tak elok andai aku selesaikan semua ini dengan memukul kau. Aku masih sayangkan tangan aku. Aku tak nak pukul kau. Sakit..." gurau Esfan tenang.
Luke tertawa kecil. Esfan nampak tenang saja dengan semua yang berlaku. Andai ada perempuan yang dapat lelaki seperti Luke ini pasti bahagia kan? Selalu tenang dalam apa jua keadaan. Untungnya... Tak macam dia. Huh! Useless!
Tahu pun kau. Selama ni tak tahu? Hahaha dah lama tahu, nak buat macam mana dah gila dekat Fina kan? So teruskan jelah jadi jahat.
" Aku bagi free. Memang tak nak pukul aku?" sekali lagi Luke menguji.
" Andai free dapat ubah Fina pada mula. Insya Allah aku buat. Tapi... Pukul kau tak ubah apa-apa. Malah lagi menunjukkan aku ni tak matang dalam selesaikan masalah." seperti tadi. Esfan masih tenang dalam berkata. Sungguh Luke bangga dengan Esfan. Sangat cool!
" Apa yang kau buat dekat sini?" Terus straight to point Datuk Iskandar bertanya.
" Saya nak pinang Fina. Terus kahwin. Saya tak nak orang nampak perut Fina yang makin membesar. Ada eloknya perkara baik dipercepatkan?" Luke angkat kening tanpa serba salah.
Afina keras kejung di tempatnya. Semua bait kata yang keluar dari bibir Luke buat dia pegun di atas lantai begitu saja. Matanya menatap anak mata Luke. Luke mengenyit mata menggoda pada Afina. Afina alih matanya. Malu bila Luke cuba menggoda. Kedengaran tawa halus dari Luke makin buat muka Afina merah. Aduh!
" Mari kita bincang dulu."
Luke laju duduk di atas sofa di depan bapa mertua. Tidak gentar berbalas pandangan. Nak takut apa sedangkan dia dah terima balasan tadi. Tunggulah! Akan dia dapatkan Afina jadi miliknya!
YOU ARE READING
My Obsession Is You ( COMPLETE )✔️
RomanceBook 16 [ αfiπα & Luk€ ] " Lepaslah lelaki tak guna! Awak nak apa lagi?" " I want you..." bisik Luke menggoda. Afina tertawa kuat. Sinis sekali tawa itu bergema di dalam bilik mewah itu. Semua yang dikatakan Luke semestinya gila...