Bab 8

4.4K 173 9
                                    

Afina tersengih memanjang. Bahagia hidup bila dia sudah bisa pulang. Keluhan berat kedengaran keluar dari bibir Luke tapi Afina endahkan saja. Malas layan! Luke dah merayu banyak kali tapi Afina tetap dengan keputusannya. Afina tak nak! Nak balik!

" Beauty..."

Afina buat pekak. Pemandu di depan hanya menggeleng saja. Aneh dengan dua pasangan ini. Biasanya Luke pasti akan bermesra dengan setiap perempuan yang dia keluar tapi yang ni, takde mesra pun. Yang dia nampak, Afina macam tak nak layan Luke. Kasihan... Hahaha

" Aku panggil kau ni... Dengar tak?"

Afina buat mata ke atas. Tubuhnya dipeluk. Penuh terpaksa dia pandang raut wajah tampan Luke. Geramnya pada Luke yang tak habis-habis suka kacau dia.

" Awak nak apa?" kasar Afina bertanya.

Luke buat muka. Tubuh Afina diangkat duduk diatas pahanya. Afina sudah termalu bila pemandu sudah tengok lain macam dia dengan Luke.

" Awak, malulah orang tengok! Lepaskan saya."

" Tak nak... Kita patah balik nak tak?" rengek Luke manja. Meminta agar Afina tukar fikiran.

Pinggang Afina dirangkulnya. Erat sekali. Afina yang menunduk sejak tadi dipandang lama. Berharap Afina tukar fikiran balik.

" Tak payah nak patah balik. Apa-apapun yang terjadi... Saya nak balik. Awak jangan nak mungkir janji." Afina sudah gelisah tidak menentu. Takut kalau si Luke betul-betul tak nak bagi dia balik.

" Tapi..."

" Please... Awak jugak yang berjanji. Janganlah mungkir. Saya tak suka lelaki yang mungkir janji." akui Afina.

" Kalau aku tak mungkir janji kau akan suka aku?" teruja suara Luke bertanya.

Muka Afina sudah bertukar warna. Merah menyala. Deheman kecil dibunyikan. Rasa macam dah hilang suara. Mungkin kerana soalan maut daripada si Luke.

" Nah minum." Luke sua air botol mineral pada Afina.

Dengan bismillah, Afina minum rakus air mineral. Hampir saja Afina tersembur air bila Luke tak lepas pandang dia. Afina tersedak. Terbatuk-batuk Afina. Merah mata Afina.

" Hey, macam mana boleh tersedak ni?" tegur Luke dengan gelengan kepala. Alahai... Kalau ya pun dahaga, jangan sampai minum rakus macam tu.

" Sorry, saya memang tak boleh orang tengok saya makan atau minum. Malu." Afina mengaku akan hal sebenar.

Luke tertawa kecil. Muka Afina yang berona merah dicium sayang. Geramnya dengan perbuatan Afina yang selalu buat dia ketawa. Macam mana nak lepaskan Afina andai macam ni?

" Janji dengan aku boleh?" Tangan halus Afina digenggam erat. Afina buat muka cemberut. Memang lelaki mat salleh suka pegang-pegang eh? Perlu ke pegang?

" Janji apa?" bermalasan Afina menyoal.

" Janji jangan dekat dengan lelaki lain. Aku tak suka."

Afina merentap kasar tangan Luke. Tajam mata Afina pandang ke dalam anak mata Luke. Sesuka hati dia saja nak arah orang itu ini. Siapa Luke nak control hidup dia? Mama pun takde control macam ni. Rimaslah!

" Awak ingat, awak ni siapa? Tak perlu saya ikut cakap awak. Ikut suka sayalah nak dekat dengan lelaki lain pun. Kalau saya nak cari suami macam mana kalau tak boleh dekat dengan lelaki lain?" soal Afina garang.

" Kau boleh kahwin dengan aku." Mudahnya Luke berkata sebegitu.

Afina tepuk dahi. Beristighfar Afina bila Luke mudahnya nak masuk islam kerana dia. Bukannya Afina tak suka cuma kalau boleh, masuklah islam sebab Allah. Bukan sebab dia.

" Luke... Listen here."

Afina tarik nafas dan hembus lembut. Cuba kawal dirinya daripada hambur marah. Kalau nak ajak orang masuk islam, kena berlembut. Tak boleh nak marah-marah. Slow-slow bagi Luke faham. Kalau faham, alhamdulillah. Kalau tak faham, astaghfirullah ajelah jawabnya.

" Islam ini indah dan sangat mudah. Awak tak boleh main remeh je. Jangan disebabkan saya, awak masuk islam sebab... Boleh jadi bila awak masuk islam sebab saya, andai satu hari nanti saya dah tak ada awak akan masuk balik agama awak." Afina menjelaskan lemah lembut.

Luke diam. Fokus mendengar setiap yang keluar dari bibir Afina. Lembut saja tutur kata Afina buat bait kata perempuan itu tersemat betul-betul di dalam hatinya.

" Jadi... Please. Sebelum buat apa-apa keputusan. Fikir dulu. Semua benda tidak perlu dibuat mudah tapi semua benda perlu difikir terlebih dahulu sebelum bertindak. More better." Afina tersenyum.

" Dah sampai Cik."

Afina mengangguk. Luke menarik kasar tangan Afina. Merah menyala muka Afina apabila bibirnya menjadi sasaran Luke. Lama. Afina menolak kuat tubuh Luke dan...

Pang!

" Mula dari hari ini... Awak jangan muncul depan mata saya lagi. Saya benci awak!" hambur Afina penuh kemarahan.

Pemandu yang ada di depan berkerut dahi. Tak faham dengan apa yang berlaku. Masakan tidak, tadi dia bermain dengan telefon pintarnya. Takut kalau si kawan baiknya mesej tapi bila dengar sesuatu bunyi buat dia terkejut. Wow! Kena tampar? Uish! Dahsyat!

" Jalan sekarang." keras suara Luke.

Pipinya diusap lembut. Sakitnya bila ditampar Afina. Tapi lagi hatinya sakit bila Afina sudah tinggalkan dia. Kini Afina sudah tiada di sisinya. Luke sandar tubuhnya di atas kerusi. Lemahnya macam ni. Rasa macam dia pulak nak demam kalau macam ni.

Telefonnya dicapai. Nombor Afina yang dicuri di dail. Tidak sampai beberapa minit, suara Afina sudah kedengaran di corong talian.

Tenang menusuk ke dalam jiwanya bila suara itu kedengaran di halwa telinganya. Luke hanya diam. Masih mahu mendengar suara Afina.

" Hello... Ada orang tak? Siapa ni?" Afina berdecit geram bila tak ada suara yang menjawab akan pertanyaannya.

" Kalau rasa nak telefon sebab benda tak berfaedah. Baik tak payah!" Afina sudah berang. Geram bila dipermainkan.

Luke memejam erat matanya. Hatinya merintih mahukan Afina saat ini. Di depannya. Tapi Luke tahu itu adalah mustahil sekali.

" I miss you... Beauty."

Afina terkelu. Diam terus Afina dari hambur marah untuk kali ketiga. Suara Luke kedengaran sebak dan tertahan daripada menangis. Afina mengetap kuat giginya. Serba salah pulak tiba-tiba. Gila betul!

" I want you... My beatiful angel."

Tatkala ayat itu keluar dari bibir Luke, maka airmata kian jatuh dicelah mata lelaki itu. Luke palingkan mukanya ke arah tingkap kereta. Dipejam erat matanya.

Benarlah... Lelaki akan kalah dengan rindu. Rindu pada perempuan ini. Perempuan yang makin hari makin memenuhi hatinya.

" Dah. Tak payah nak mengarut. Stop calling me. Bye!"

" Bye beautiful..."

Luke memeluk telefon pintarnya. Membayangkan Afina yang dia peluk saat ini. Tak henti bibir itu mengumam nama Afina. Pemandu berumur tiga puluhan itu hanya menggeleng. Tak tahu nak tolong macam mana sedangkan dia sendiri failed bab cintan-cintun. Jadi ada baiknya dia diam aje.

My Obsession Is You ( COMPLETE )✔️Where stories live. Discover now