" Fina..."
Tersentak Afina apabila bahunya disentuh Papanya. Spontan tubuhnya bangun pandang Papa yang ada di depannya. Air liur diteguk kasar. Menggeletar hebat tubuh kecilnya bila Luke turut ada di sebelah Papanya.
" Papa panggil Fina dari tadi, kenapa tak jawab? Fina okay?" Kepala Afina diusap lembut.
" Fi-fina okay. Pa, Fina balik dulu ya." Fina mengambil beg tangan halusnya.
Air coklat yang ditinggal dari lagi tadi dibiarkan saja tanpa diminum. Tak ada mood nak minum disebabkan kejadian Luke mengotori bibirnya. Bencinya pada Luke melebihi segala-galanya.
" Papa ada kerja lepas ni. Papa suruh Luke hantarkan Fina. Boleh?"
" Tak apa. Fina boleh balik sendiri. Fina balik dulu." Fina menyalami tangan Papanya. Tak bagi langsung peluang pada Luke untuk menghantarnya. Lekas Fina berlari masuk ke dalam lif. Nasib Afina baik bila lif itu sudah terbuka.
" Wait!"
Afina mengetap kuat bibirnya bila Luke berjaya menahan lif daripada tertutup. Debaran makin berdetak apabila Luke masuk bersama dengannya dalam satu lif. Dahlah hanya dia saja yang ada bersama Luke. Aduh!
" Kenapa lari?"
Afina mengundur ke belakang. Makin kuat giginya diketap. Takut bila Luke sudah ada betul-betul di depan matanya saat ini.
" Aku tanya...kenapa lari?" Afina menolak kuat Luke menjauh darinya.
Kemas pinggangnya dirangkul. Ketat bagai tak mahu lepaskan dia daripada lari jauh daripada lelaki itu.
" Sa-saya nak balik..." Afina menahan suaranya dari bergetar takut.
" I'm asking you once again. why you avoiding me?"
" Saya tak mengelak dari awak." laju ayat itu meluncur laju keluar dari bibir Afina.
Luke ketawa sinis. Afina yang masih meronta itu ditatap geram. Tajam anak mata Luke memanah anak mata berkaca Afina.
" Tak mengelak? Habistu berlari tak cukup tak tanah sebab tak nak aku hantar bukan itu menunjukkan kau cuba menjauhkan diri dari aku?" selar Luke penuh garang.
Dengan kudrat yang ada, Afina menolak kuat tubuh Luke menjauh.
Ting!
Buka saja pintu lif, laju Afina berlari menuju ke parking kereta. Terketar-ketar tangan Afina menggeledah beg tangannya mencari kunci kereta.
" Hey!" terjerit Afina apabila beg tangannya dirampas Luke.
Cekap tangan lelaki itu mendapatkan kunci keretanya. Senyum sinis lelaki itu menampak apabila kunci kereta sudah ada di dalam tangannya. Pintu dibuka. Penuh selamba, tubuh Afina ditolak masuk ke dalam kereta Afina.
" Apa yang awak cuba buat ni?"
" Shut up beauty..."
Luke menghempas kuat pintu. Usai masuk ke dalam kereta Fina. Enjin dihidupkan dan terus kereta Fina dipandu laju keluar dari syarikat Papanya Fina. Lencun muka Afina dengan airmata. Takut kalau Luke buat hal. Luke bukan boleh kira sangat!
" Awak, awak nak bawak saya pergi mana ni? Ni bukan jalan ke rumah saya." Suara Afina kedengaran getar takut akan lelaki itu.
Luke diam tanpa jawapan. Senyuman sinisnya makin melebar apabila muka Afina pucat lesi tidak berdarah. Afina meliar matanya ke jalan. Terbuntang mata Afina apabila keretanya sudah terparking elok berdekatan dengan kondo milik Luke.
" Saya nak balik! Hantar saya balik sekarang!" ronta Afina kuat.
Tak sempat Afina menjerit, mulutnya sudah ditampal dengan pita pelekat. Luke keluar dari kereta. Pintu dibuka dan tubuh Afina dicempung masuk ke dalam kondonya.
YOU ARE READING
My Obsession Is You ( COMPLETE )✔️
RomanceBook 16 [ αfiπα & Luk€ ] " Lepaslah lelaki tak guna! Awak nak apa lagi?" " I want you..." bisik Luke menggoda. Afina tertawa kuat. Sinis sekali tawa itu bergema di dalam bilik mewah itu. Semua yang dikatakan Luke semestinya gila...