Bab 14

4.8K 156 0
                                    

Afina merenung jauh di atas dada langit. Ketika ini dia sedang berada di pondok kecil dekat dengan kolam di rumahnya. Keluhan berat dilepaskan. Benarkah keputusannya menerima Luke. Memang Luke dah masuk islam. Tapi sebab dia ke?

" Menungkan apa tu?" sergah Luke secara tiba-tiba.

Afina berdehem kecil. Kepalanya dipanggung beberapa minit sebelum ditunduk ke bawah. Malu bila Luke sudah ada di sebelahnya. Tak tahu malu sebab apa tapi yang penting Afina memang tengah malu.

" Janganlah pergi. Saya nak bercakap dengan awak sekejap. Duduklah dulu. Please..." Separuh merayu Luke meminta.

Afina serba salah. Dia yang tadi berura-ura nak larikan diri mula melabuhkan punggung duduk di sebelah Luke tapi masih ada jarak di antara mereka berdua. Terkedu Afina apabila Luke menggunakan kata panggilan saya-awak. Begitu lembut di dengari. Buat tulang rusuk perempuannya bergetar tatkala panggilan lembut itu disuarakan.

" Ada apa?" malas-malas Afina bertanya.

" Saya rindu awak."

Gulp!

Air liur diteguk kasar. Luahan kalimah rindu dari Luke buat jantungnya tak henti berdegup. Yang paling parah apabila setiap degupan jantung itu sudah tersedia nama Luke. Memang habis!

" Habistu awak nak saya buat apa?" Afina berpura-pura bersuara malas sedangkan dalam hatinya sudah penuh dengan bunga-bunga cinta dari lelaki itu.

" Saya nak awak mencintai saya kerana Allah. Boleh?"

Terkedu Afina dengan permintaan Luke. Tadinya dia tidak berani bertentang mata dengan Luke tapi kini Afina sudah bersedia. Setia anak mata Luke ditatapnya. Nak tahu niat sebenar lelaki itu.

Tak sampai berapa minit, matanya dialih ke lain. Tak sanggup nak tengok mata cantik Luke. Tadi cakap sedia, ni lain pualk? Adeh!

Boleh pulak Afina cair. Tapi sempat Afina lihat ke dalam anak mata itu. Begitu ikhlas menuturkan kata itu.

" Awak masuk islam sebab saya ke?" suara Afina kedengaran serius. Soalan yang dia nak keluarkan untuk lelaki itu sejak tadi.

" Tak. Saya masuk islam sebab Allah."

" Jangan..."

" Dengar dulu." tegas Luke lembut.

Luke menarik nafas panjang dan hembus lembut. Bersedia mahu menceritakan hal sebenar di sebalik dia menjadi seorang yang beragama islam mengikut jejak Papanya.

" Lepas saya balik bertemu awak tempoh hari. Saya hati saya terus terbuka nak kenal Allah. Dalam fikiran saya tak henti memikirkan apa itu Allah. Awak ingat tak yang awak suruh saya kenal Allah?" Afina mengangguk. Terkedu dan tergamam sebenarya bila Afina nampak senyuman manis dari Luke. Sangat handsome! 

" Mulanya, saya tak tahu apa itu Allah. Tapi lepas saya tanya Papa. Everything Papa cakap dekat saya."

Luke tersenyum. Teringat kenangan dia minta Papanya bercerita tentang Allah dan akhirnya beginilah dia. Menjadi seorang yang berpegang teguh dengan agama islam. Alhamdulillah...

" Papa cakap, Allah sentiasa ada. Walaupun kita tak nampak tapi dia ada. Nampak semua perbuatan yang kita lakukan. Lepastu bila saya menegas tak nak percaya, boleh pulak Papa tampar saya."

Luke tertawa kecil. Kelakar teringat kejadian yang begitu dahsyat baginya. Tak ada salah apa-apa tiba-tiba kena tampar. Memang dahsyat!

" Papa tanya, sakit tak? Saya angguk. Dari situ Papa membuktikan saya yang Allah wujud. Disoal pula kenapa bila pipi ditampar saya rasa sakit sedangkan tak ada nampak kesan apa-apa dan begitulah dengan Allah. Kita tahu dia ada tapi tak tahu dia ada dekat mana. Yang kita tahu. Dia sentiasa ada. Sama juga dengan sakit. Kita tak nampak kesan tapi kita rasa sakit." Panjang lebar Luke menceritakan hal sebenar.

My Obsession Is You ( COMPLETE )✔️Where stories live. Discover now