Luke menggeliat halus. Tubuh yang ada di sebelahnya dipeluknya. Erat sekali bagai tidak mahu dilepaskan walaupun seminit. Bau perempuan itu dihidunya. Ceruk leher Afina dicium beberapa kali membuatkan perempuan itu terjaga.
" Morning... Beauty."
Afina menggigil ketakutan bila bibirnya hangat dengan ciuman lelaki itu. Tak sempat dia proses apa-apa dalam kepalanya, lelaki itu sudah menciumnya. Kain gebar dibawa ke atas. Menutup setiap inci tubuhnya. Tak dapat ditahan lagi, airmata Afina laju menuruni pipi mulusnya bila dia menyedari tubuhnya tanpa seurat benang.
" Awak lelaki yang kejam! Tahu tak?! Sanggup awak buat saya macam ni. Saya tak kenal awak dan awak sewenangnya buat saya macam ni. Awak memang syaitan!"
Afina mencengkam kuat kain gebar. Mahu saja Afina meraung saat ini tapi mengenangkan meraung tidak mengubah apa-apa. Afina hanya menangis. Menangis meratapi hidupnya sebegini. Dia sudah tak ada apa-apa. Apa lagi yang ada untuknya?
" Shhh... Aku memang kejam. Aku dah cakap dekat kau yang aku akan jadikan kau milik aku selamanya... Kau dah lupa ke?"
Afina menepis kasar tangan Luke yang mengusap pipinya dari tadi. Luke sudah gila sampai sanggup buat dia sebegini. Ingat ni dekat Amerika ke?
" Awak ingat ni Amerika ke? Awak tak boleh buat saya ni macam perempuan yang awak jumpa dekat Amerika sana. Saya bukan perempuan macam tu!"
Susah payah Afina bangunkan tubuhnya. Tak sempat nak bangun, tangannya sudah ditarik kuat sehingga dia terbaring semula di atas katil. Afina mendengus geram.
" Lepaslah lelaki tak guna! Awak nak apa lagi?"
" I want you..." bisik Luke menggoda.
Afina tertawa kuat. Sinis sekali tawa itu bergema di dalam bilik mewah itu. Semua yang dikatakan Luke semestinya gila. Sama dengan lelaki kacak ini. Tampan tu ada tapi tak guna dan satu lagi lagi tertinggal, gila!
" Hey! Awak ingat saya perempuan murah ke?! Awak dengar sini... Saya akan laporkan pada polis atas perbuatan awak dekat saya. Awak ingat saya akan berdiam diri je? Saya bukan perempuan lembiklah macam orang lain!"
" I'm scared right now..." Luke acah-acah muka takut. Sinis sekali dilontarkan katanya.
Rambut Afina diusap lembut dengan senyuman sinis. Kali ini Luke tahu Afina akan tunduk dengannya dan dia akan pastikan waktu itu Afina sendiri serahkan seluruh jiwa dan raga padanya. Why not dia jadi kejam kan?
" Kalau kau berani buat... Jangan salahkan aku kalau mayat Mama kau ada depan mata kau." ugut Luke penuh makna.
Afina menelan air liur perlahan. Berkaca mata Luke ditatapnya. Afina menggeleng kuat kepalanya.
" Awak takkan berani buat macam tu..."
Luke melebarkan senyuman sinisnya. Tab kesayangannya dicapai di sisi meja. Dihidupkan tab. Usai tab sudah dibuka, terus video Mama yang sedang menanti di luar pintu menjengah penglihatannya.
" Awak takkan berani bunuh Mama saya kan?"
" I can do anything... " Mata berkaca Afina dilihat tanpa perasaan.
Rambut Afina diusapnya.
" Be mine. If not... Your mom mati."
Afina menekup mukanya dengan telapak tangan. Tak mungkin lelaki ini berkuasa ke atasnya. Afina tidak mahu mengikut setiap telunjuk lelaki itu. Bagai Afina seorang perempuan murah. Afina bukan macam tu. Ya Allah tolonglah aku... Apa yang patut aku lakukan?
" Awak tipu saya, awak ugut saya sajakan? Awak takkan sanggup bunuh Mama saya." Afina masih menindakkan ugutan lelaki itu.
" See..."
Luke zoom video bagi nampak kecil. Terbuntang mata Afina bila sudah ada seorang lelaki mengacukan pistol dari jauh. Makin lebat airmata Afina.
" No... Awak please jangan buat saya macam ni. Kalau betul awak nak bunuh, bunuhlah saya. Saya sanggup. Tapi jangan apa-apakan Mama saya. Tolonglah..." rayu Afina dengan deraian airmata.
Luke matikan tabnya. Telefon Afina dicapai dan dihulur pada Afina.
" Call your Mom and bagitahu yang kau tidur rumah kawan kau seminggu."
" Saya tak nak. Saya nak balik." Afina yang mahu melarikan diri dipeluk erat.
Luke angkat kening sinis. Telefonnya diambil. Bersedia mahu mengugut Afina. Susah sangat nak ikut arahan dia kan? Aku buat betul-betul baru kau tahu!
" Kalau aku call anak buah aku untuk satu arahan menembak Mama kau... Aku jamin Mama kau terus mati agaknya apa pendapat kau? Okay tak?"
Afina mengemam rapat bibirnya. Tangisannya pecah lagi. Kini dia buntu. Andai memilih menipu Mama, pastinya dia akan terus menjadi perempuan murah bila disentuh lelaki itu tanpa batas dan andai dia buat keputusan sendiri, maka Mamanya akan menjadi mangsa akan kekejaman lelaki ini.
" Sa-saya tak tahu..."
" Nah. Call your mom."
Terketar-ketar tangan Afina menyambut telefonnya dari Luke. Muka tampan tanpa perasaan itu ditatap dengan seribu perasaan yang bercampur baur yang tak dapat Afina jelaskan. Geramnya pada Luke.
" Sa-saya nak masuk bilik air."
" Tak payah. Aku tahu kau nak lari." halang Luke.
Afina mengetap kuat giginya. Nafasnya dihembus berat. Bila telefonnya dihidup, terus nama Mama dan abangnya menghiasi skrin telefon. Ya Allah... Pasti Mama risaukan dia kan?
Jarinya berat menaip nama Mamanya. Hanya nama dilihatnya tanpa ditekan. Tak sanggup nak menipu Mama.
" Asal susah sangat kau ni? Aku suruh call je kan? Aku bukannya suruh buat benda susah."
Tanpa apa-apa isyarat, Luke sudah menekan nama Mama. Luke menekapkan telefon ditelinga Afina. Bila talian sudah bersambung, automatik suara Mamanya sudah kedengaran.
" Ya Allah Fina... Fina pergi mana? Dari semalam tak balik-balik. Mama risau tau."
Afina menahan tangisannya. Bibirnya digigit. Dalam hati Afina memohon kekuatan dari Allah agar kuatkan dia. Sungguh Afina lemah sangat saat ini. Rasa nak jatuh je telefon tapi tangan besar itu hangat menindih tangan kecil. Tak bagi telefonnya jatuh.
" Fi-fina tidur rumah kawan Fina Mama. Sorry tak bagitahu Mama awal-awal."
Luke tersenyum sinis. Akhirnya rancangannya menjadi. Mahu saja dicium Afina kerana perasaan bahagianya saat ini tapi mengenangkan Afina masih bercakap dalam telefon. Tak jadilah!
" Lain kali Fina bagitahu Mama tau, Mama risau. Takut jadi apa-apa dekat Fina."
" Bagitahu kau akan tidur seminggu." bisik Luke perlahan betul-betul di tepi telinga Afina.
Afina menggeleng. Luke buat mata ke atas. Telefonnya diambil dan acah-acah mahu menelefon anak buahnya.
" Fi-fina tidur rumah kawan Fina seminggu. Jadi Mama jangan risau ya." Afina mengetap kuat giginya. Sayu anak matanya pandang ke dalam anak mata Luke.
" Kenapa sampai seminggu?"
" Se-sebab kawan Fina sakit." Hanya itu jawapan yang diberi Fina. Nak korek dekat mana lagi jawapan sedangkan hanya itu yang ada dalam fikirannya.
" Kalau macam tu, Mama izinkan. Mama tahu si Nadia akan jaga Fina baik-baik. Kirim salam buat Nadia. Mama tutup dulu. Assalamualaikum"
" Waalaikummusalam."
Tut.
Mati saja talian, airmata Afina terus berkerja keras menuruni setiap ceruk pipi Afina. Tak dapat ditahan lagi, berdosa dirasai bila dia sudah menipu Mamanya.
" Shhh... Don't cry beauty..."
Luke tersenyum sinis dalam dakapan Afina. Kepala Afina sesekali diciumnya. Sayang pada Afina makin menggebu dan Luke tahu yang dia kian obsess dengan perempuan ini. Tepisan dari Afina dibiarkan saja. Lihat saja, Luke akan pastikan dia berkuasa diatas Afina. HAHAHAHA
YOU ARE READING
My Obsession Is You ( COMPLETE )✔️
RomanceBook 16 [ αfiπα & Luk€ ] " Lepaslah lelaki tak guna! Awak nak apa lagi?" " I want you..." bisik Luke menggoda. Afina tertawa kuat. Sinis sekali tawa itu bergema di dalam bilik mewah itu. Semua yang dikatakan Luke semestinya gila...