3 a.m.

84 3 0
                                    

"..."

"..."

"Mie...sorry."

"Told ya, forgiven and forgotten, kan. Sup'?"

"Aku kira aku terlalu bergantung pada kau."

"Jangan, Kin. Bukan aku. Tidaklah kekuatan yang kau rasa ini melainkan aku pinjam daripada Dia. Aku cuma jambatan. Kau tahu ini, sayang kau cuma tidak sedar."

"Antara kita pun memang kau yang selalu kuat dan menguatkan. Kalau benar kau jambatan, kau memang mapan. Selalu aku sahaja yang gagal menongkah arus. Raghib aku sahaja yang meminta dihulurkan tangan dan aku dah cukup jerak dengan rasa ini."

"Ah, kau Kin selalu sahaja pesimis! You always want to be somebody else but you never knew what you need is just to appreciate yourself. Stop taking your life and yourself for granted. Just stop it, Kin."

"..."

"Kau kena berhenti buat benda bodoh dan mula ambil inisiatif untuk betulkan keadaan hidup kau. Kau...masih ambil candies tu lagi?"

"..."

"Kin, kau ambil candies tu lagi ke tak? Answer me please!"

"Aku tak boleh tidur, insomnia. Aku ambil sikit saja. Tak overdose pun."

"..."

"..."

"Serious, Kin? Sekali sekala, dua kali dua kala, tiga kali berkala-kala. By the end of time, kau takkan sedar kau terlalu depend on those bullshit candies. Tengok! Aku menyumpah dah!"

"Haha. LOL. Lama-lama macam aku bergantung kat kau. Pastu bila it's not helping anymore, aku cari yang lebih kick lagi."

"Kin, tolong...please la. Don't be stupid and doing reckless thing. Please. You always have me. Untuk kali ini, tak boleh ke kau fikirkan implikasi kerja kau ni. Kalau kau rasa kau dying, imagines what happens to those people who loved you. Tuhan tak uji kalau Dia tahu kau tak mampu. Tuhan tak uji kalau Dia tak sediakan jalan keluar."

"Aku rasa nak hujan. I wish I was just like you. Dapat rasa apa yang kau katakan manis hidup apabila kita tahu tujuannya. Apa yang aku rasakan sekarang ni nihil."

"Tuhan, kan ada. Tak pernah terlambat untuk kau kenal Dia yang memegang nyawa kau. Selagi belum senja, selagi itu kau ada peluang. Jangan ditanya berapa banyak yang tinggal, tanyakan berapa banyak yang kau boleh manfaatkan. Ya, Kin? Do something. Or we both akan mati."

"Mie, thanks. Night."

"Assalamualaikum, Kin. Morning."

| Saya cuba tulis dari hati saya sehingga kalau saya perlu mengalirkan air mata, maka itu yang saya rasa. Mehnah hidup adalah satu lumrah tapi jangan sesekali kita putus asa dan simply gave in as our life belong to us when the matter-of-fact is we own nothing and toward Allah Al-Mighty we return. Feel free to critic. You have your voice and use it with wisdom to know what to say, when and how. With blessed, assalam. |

DhuhaWhere stories live. Discover now