Langit

76 3 0
                                    

"Mie..."

"..."

"..."

"Kin, apanya? Jangan biar tergantung ayatnya."

"LOL. Tengah nak masuk mode corny ni."

"..."

"Kau kat hujung dunia sana boleh nampak tak bulan mengambang kat atas sana tu?"

"Aku tak kat hujung dunia, Kin. Gambarkan kepada aku bulan itu."

"Aku kira bulan itu membunuh kerlipan bintang- bintang di sekitarnya."

"Aneh. Itu pula interpretasi kau terhadap bulan. Aku kira langit malam ni indah. Maaf, bulan tak keterlihatan di sini."

"Langit? Indah? Kau yang aneh. Belum lagi aku dengar langit yang hitam itu dikatakan indah. As in indah. Aku kira bulan itu membunuh kerdipan bintang-bintang di sekitarnya. Kau lihat, bintang-bintang itu semua membakar diri masing-masing, sayangnya cahaya mereka sirna kerana si bulan. Dan aku rasa, aku adalah si langit. Yang selalu orang ghaflah."

"Kau tak mahu jadi bintang? Kau tak mahu jadi bulan? Tapi kau, Kin pada aku memang seorang langit."

"Jelas, bukan? Reality struck it right and hard. Kalau tak kerana bulan dan bintang, tiada siapa akan pandang langit. Langit terlalu kosong. Macam aku. Terlalu tipikal untuk dua kali pandangan."

"Setiap ciptaan datang dengan manfaatnya. Kau langit, bersyukurlah. Kerana keterwujudan kau, Kin bulan dan bintang berlaman. Apa yang kau selalu lihat lebihnya pada orang lain sebab itu kau tak pernah merasa cukup. Hiduplah semula, Kin. Ingat, hati yang mati takkan mampu menghidupkan hati mati yang lain. Cukuplah kau tahu kau langit aku dan kerana kau, aku masih hidup."

"Wow, Mie. Aku memang terharu kau puji aku tapi aku tak pernah faham situasi I'm you shining armor. Apa yang aku tahu, kau tak pernah judge aku macam manusia lain selalu buat."

"Don't let people murder you, Kin. Kau kena selalu ingat, bercakap tentang tuhan, tak menjadikan kau tuhan, tetapi bercakap tentang manusia, cukup menjadikan kau tuhan."

"And yet that's what people chase for."

"Indeed. Padahal all we are worshipers, nothing more nothing less."

"At the end of it, aku jugak yang terbunuh."

"Belum, Kin. Belum. Malam yang menyinggah bukan takkan berlalu pergi. Cukup masa, Tuhan suruh matahari menjengah. Dan kau langit aku, akan bersinar."

"Thanks, Mie. Pagi. Haha."

"Lol, Kin. Assalamualaikum."

DhuhaWhere stories live. Discover now