Shortcoming

84 4 0
                                    

"Mie, kenapa kau pergi?"

"Ke mana aku pergi, Kin? Aku sentiasa ada dekat sini."

"Kali ni kau bohong dan cukup salah. Kau takda kat sini dekat dengan aku."

"Kin, I'm always here. As in here."

"..."

"Ihhhh Kin, hujan ke kat sana?"

"..."

"Kin?"

"..."

"Kin? Jangan la macam ni. Dekat itu bukan yang selalu di depan mata dan tercapai dek tangan. Ada sahaja yang jaraknya dekat tapi cukup tak terjangkau untuk kita. Dekat aku dan kau bagi aku cukup dekat dalam ingatan dan doa aku."

"..."

"..."

"Mie, kau selalu tahu apa nak cakap dengan aku. Cukup tahu bagaimana nak menangkan perasaan aku. Kau selalu faham aku. Sangat membunuh aku apabila aku dapat tahu kau pindah, jauh dari aku."

"Oh, Kin. You such a sweet-creepy-nothing. Aku tak jauh, aku akan usahakan supaya aku sentiasa ada apabila kau perlukan aku. After all, I'm your wonder wall eh~"

"Hmm."

"How's life? Kau ada ponteng?"

"Hidup macam tu la. Bernafas lagi."

"Aku tahu la hidup, bernafas. Hidup yang as in hidup macam mana? Kang aku quote Buya Hamka dekat engkau baru engkau tahu."

"Jangan la samakan aku dengan binatang. Ya, ya, tak, tak dan ya."

"Sungguh? Isnin dah ponteng? Ya to the power of two? Kau buat apa ni, Kin?"

"Aku tak tahan. Sekolah pun dah mula jadi macam hell hole. They all like vultures waiting to strike on me with their stupid question, judgement, verdict and so on. Ia membunuh setiap rasa aku apabila aku palsukan setiap senyuman aku untuk tutup pekung aku sedaya upaya."

"Kin, semua orang ada jerangkung dalam almari masing-masing. Let them be. As long as it doesn't kill you, don't let them lead you into insanity. Plus, what doesn't kill you supposedly to make you stronger."

"Easy said than done, Mie. Look at me. I'm already broken when you found me. People hardly even try to fix me. They said I barely be mended anymore. It was you the only one dare enough to try fixing me. And now that you're not to be seen with naked eyes."

"Kin, we all broken in our own way. Ini semua proses kehidupan. Kita ada klimaks hidup kita. Fluctuation in our life. What do you expect, happily ever after without pain to suffer, of course a daydreaming if that's how it worked."

"Tapi the pain is too much to bear. Dulu masa kau ada cukup mudah untuk aku lalui crap yang orang lontarkan kat aku termasuk ayah aku sendiri. Aku tahu kau dekat tapi aku rasa tak cukup. Baliklah ke sini semula, Mie."

"Aku tak boleh, Kin. Kau cukup tahu situasi ni."

"Aku tak faham. Kau tak boleh atau kau tak nak?"

"Kin, jangan suruh aku berulang-ulang memahamkan sesuatu yang kau tak mahu faham. Dah tak ada tempat untuk aku kat sana. Kalau aku berterusan kat situ, aku yang akan mati. Mati. Nihil dan bukan kau."

"..."

"..."

"Mie, sorry and night."

"Kin, forgiven and forgotten. Pagi sayang, kurang dua jam dari subuh. Salam."

DhuhaWhere stories live. Discover now