Mati

123 4 0
                                    

2 a.m.

"Mie?"

"Huarghh. Assalamualaikum, Kin."

"Aku kacau waktu kau tidurkah?"

"Aku baru sahaja jumpa bantal. Kenapa?"

"Mie, kenapa manusia mati?"

"Oh, crap. Soalan kau.. Hmm, kenapa kau mati?"

"Sungguh? Aku tanya kau, kau tanya aku balik?"

"Tak la. Kau la kan nak mati sangat. Reason."

"Aku bukan nak mati sangat. Aku takda pilihan. Aku macam dah habis pencarian aku."

"Dah habis pencarian atau kau dah berhenti mencari? Kalau dah tamat dah pencarian kau selama ni maksudnya kau dah temukan apa yang kau cari, bukan? Sudah kau temukannya? Atau kau sekadar berhenti mencari. Boleh jadi kau sudah jumpa atau kelam."

"..."

"Kin?"

"Kau selalu betul. Aku rasa aku dah berhenti mencari."

"Kau tahu tak, ada orang kata hidup kita hanya bermula di sana. Bukan di sini."

"Tapi kita akan mati."

"Semua orang akan mati, Kin. It's all a matter of time before we run out."

"No way. Don't tell me you just quote Paramore!"

"Hah.Ha. Apa yang terkejut sangat ni? I'm the same me."

"Said the old-skol-wannabe-hipster~"

"I'm nobody. Isu dia kat sini adalah kenapa kau mati sebelum matter of time? Kenapa kau berhenti?"

"Sebab aku rasa nak berhenti, jadi aku berhentilah."

"Rugilah sebab kau mati sebelum mati sekadar melepasi masa sebelum senjamu, alangkah ruginya mukmin kerana badannya sekadar penjara."

"..."

"..."

"..."

"..."

"Mie...selamat malam."

"Kin, it's  almost 4 a.m.. Selamat pagi and salam."

DhuhaWhere stories live. Discover now