𝕋 𝕊 2 0 🍬

197 17 41
                                    

• • •

Semua permulaan ada pengakhiran. Bezanya berakhir dengan bahagia atau sebaliknya.

; THESWEETIES

• • •

-

[ BEBERAPA BULAN BERLALU ]

-

Hari ini, hari terbahagia buat pelajar tingkatan 5, hari terakhir SPM buat mereka semua.

"Insyee! Nayla! Jom lah tangkap gambar cepat!"

Jerit Sophea dari pondok yang mereka selalu berehat. Mereka membuat keputusan untuk mengambil gambar di situ memandangkan tempat itu adalah tempat dimana mereka semua berjumpa buat pertama kalinya. Penuh dengan memori bahagia.

"Ad, kamera okey?"

Soal Haykal pada Adrian yang sedang membetulkan posisi kamera.

"Okey!"

Jawab Adrian.

"Eh tunggu lah!"

Jerit seseorang. Mereka memandang ke arah itu.

Yaana dan Wan.

Mereka tidak mengambil SPM disekolah itu memandangkan mereka sudah berdaftar di sekolah asal mereka.

Untung mereka habis semalam.

"Jom cepat!"

Pantas mereka masuk kedalam pondok itu. Mereka mengambil tempat bersebelahan pasangan mereka. Rania sahaja yang berada ditengah-tengah berseorangan.

#masihsinglelagi

Mereka membuat pelbagai gaya untuk gambar itu disimpan buat kenangan selamanya.

"Jangan kacaulah!"

Jerit Kyra apabila Rayyan mengacau tudungnya.

"Aduh sakitlah!"

Jerit Adrian apabila Insyee mencubitnya kerana mengganggu Insyee.

"Jangan pijak kasut orang lah! Ey dia ni"

Ifti mencubit telinga Firash kerana sengaja memijak kasutnya.

"Alah last sekolah kan"

"Eh orang tak kacau pun tau"

Balas Ammar selepas Sophea memandangnya tajam kerana merasa tudungnya ditarik.

"Wan ni, tunduklah sikit, dahla tinggi macam tiang bergerak"

Rungut Yaana selamba. Wan tergelak besar. Tiang pun tiang lah.

"Iman jom buat love"

Cadang Nayla sambil memandang Iman dengan mata yang bersinar.

"Jom jom jom"

Iman hanya melayan kehendaknya.

"Kal, jangan main ketinggian orang boleh tak?"

Balas Aleeyah menyampah apabila Haykal meletakkan tangannya diatas kepala Aleeyah bagai memerli. Haykal tergelak nakal.

Berbagai karenah mereka pada hari bersejarah itu. Rania hanya kekal senyap ditengah itu. Haih, aku nak gaduh ngan siapa? Semut? Semut pun aku tak nampak kat mana.

The Sweeties [ C ]Where stories live. Discover now