𝕋 𝕊 1 5 🍬

247 17 39
                                    

• • •

-

Harini Sweeties berkumpul kembali di Mall dimana Nayla berpakaian pijama kesini dahulu kerana kata Yaana ada benda yang perlu dijelaskan.

Aleeyah yang datang keseorangan itu berjalan pantas untuk ke kedai yang mereka janjikan.

Bagai diulang semula kejadian itu, dia terjumpa pasangan itu.

Haykal, dan seorang gadis.

Sejak kejadian itu, Aleeyah hanya mendiamkan diri dari Haykal. Bila ditanya dia hanya mengelak. Dia mahu jejaka itu berterus terang. Sweeties jugak tidak tahu menahu tentang ini.

Pantas dia berselindung di sebalik penghalang berhampiran mereka. Terdengar gelak tawa mereka membuatkan hati perempuannya menggelak. Ada yang jadi gelanggang kat sini saklagi. Takguna punya lelaki.

Tiba-tiba dia terlihat gadis itu bangun dan beredar. Dia mengikuti gadis itu. Ko nak gaduh kan? Sini ko

Dia mengikuti gadis itu memasuki tandas perempuan.

Dia ikut memasuki tandas itu. Dia berbuat biasa sahaja memerhati gadis itu membetulkan solekannya.

Eh minah ni, dahlah rampas boyfriend aku.

"Apa hubungan kau dengan lelaki tu?"

Soalnya terus pada gadis itu. Untung hanya mereka berdua disitu.

"Saya?"

Soal gadis itu dah terkejut. Dah kenapa aku kena serang ni?

"Ada kau sorang je dalam tandas ni"

Balas Aleeyah menyampah.

"Maksud awak, Abang Haykal?"

Soal gadis itu. Menggelegak hati Aleeyah mendengar panggilan itu.

"Abang Haykal? Eh eh budak ni, kau menggedik dengan dia eh? Kau dah rampas boyfriend aku lepastu kau berani panggil dia 'abang' eh? Kau kalau aku cili mulut kau ni-"

"Dia abang kandung saya kak Aleeyah"

Aleeyah tersentak. Abang kandung? Kak Aleeyah? Eh mana dia tahu nama aku ni?

"Kak Aleeyah kan? Abang banyak cerita pasal akak and tunjuk gambar akak"

Gadis itu tersenyum. Aleeyah masih terkaku. Pantas dia melutup mulutnya. Weh dah banyak aku carut dia tadi...

Pantas dia menutup mulutnya. Gadis itu tergelak.

"Mesti abang tak cerita kan yang dia ada adik? Mamat tu memang, selalu tak mengaku"

Balas gadis itu apabila melihat Aleeyah diserang rasa malu.

"Sorryyyyyy"

Itu sahaja yang keluar dari Aleeyah selepas mendengar penjelasan gadis bernama Dania itu. Dania tergelak kecil.

"Tak apa, Dania faham"

Merah padam muka Aleeyah menahan malu.

"Nanti kita jumpa lagi tau"

Ujar Dania lalu mereka berpecah. Sempat mereka bertukar nombor sebelum berpecah.

-

'LOVESICK GIRL~'

-

Pantas Aleeyah mengangkat panggilan itu.

"NYAH KAU KAT MANA"

Pantas Aleeyah menjauhkan telefon dari telinganya. Boleh pekak aku macam ni.

"On the way lah ni nak pergi kedai tu, asal?"

The Sweeties [ C ]Where stories live. Discover now