𝕋ℍ𝔼 𝕊𝕎𝔼𝔼𝕋𝕀𝔼𝕊 𝕊ℙ𝔼ℂ𝕀𝔸𝕃 🍬

150 11 5
                                    

• • •

-

"PHEAAA"

Sophea tersenyum ke arah mereka yang baru sahaja masuk kedalam biliknya.

"Ya Allah kawan aku ni nak bertunang dahhhh"

Jerit Edna teruja. Begitu juga yang lain. Sophea tersenyum malu.

"Tulah, walaupun aku dengan Ad lagi lama tapi kau dengan sepupu aku yang tunang dulu"

Balas Insyee selamba membuatkan mereka tertawa.

"Suruh lah Ad buat tindakan jugak"

Balas Aleeyah sambil tersenyum jahat.

Makin bertambah tawa mereka. Sweeties semuanya memakai baju jenis yang sama memandangkan mereka tempah bersama khas untuk majlis pertunangan Sophea dan Ammar.

"Wah dah siap dah?"

Mereka serentak memandang pintu bilik itu.

"Kak Dayah!"

Mereka tersengih.

"Wah cantiknya bakal adik ipar kakak ni!"

Dayah memuji Sophea. Hubungan mereka juga sudah baik sejak hari perkahwinan Dayah. Ya, Dayah juga sudah bergelar isteri kepada Harriz.

Semuanya bahagia pada hari itu selepas Dayah meminta maaf kepada Sophea.

"Terima kasih Kak Dayah"

Ucap Sophea malu.

"Okeylah, korang sembang lah dulu, akak nak cari abang Harriz"

Pinta Dayah sambil tersenyum.

"Eleh pengantin baru ni, jauh sekejap pun tak boleh"

Sakat Insyee dan Sweeties. Merah padam muka Dayah.

"Dahlah korang ni, malas akak nak layan"

Dayah keluar dari bilik itu lalu bergerak ke balkoni berhampiran.

Buat seketika dia menarik nafas.

Adik aku dah nak bertunang..

Tiba-tiba dia teringat peristiwa Harriz mengugutnya untuk berjumpa pakar tentang penyakitnya.

-

"Saya nak awak jumpa doktor yang mummy cadangkan dulu"

Dayah terkedu.

"Apa yang awak cakap ni?"

Balas Dayah mengawal marahnya. Pantang dia mendengar orang menyuruhnya berjumpa pakar.

The Sweeties [ C ]Where stories live. Discover now