𝕋 𝕊 8 🍬

146 18 37
                                    

• •

-

"Ad accident!"

Langkah Insyee yang sedang jalan menuju ke arah meja solek itu terhenti. Seperti dunianya behenti berputar. Kali ini betul-betul smartphone miliknya jatuh menyembah bumi. Begitu juga dia.

Dia terduduk sambil air matanya jatuh tapi reaksnya masih tergamam.

Adrian....?

Tak, tak mungkin ini terjadi sekelip mata harini.

Dia menutup matanya dengan harapan ini semua hanya mimpi namun setelah dia membuka matanya kembali.... dia masih berada di tempat yang sama.

Dia menangis semahu-mahunya.

Tiba-tiba terdengar pintunya dibuka dengan terburu-buru.

"Insyee!"

Dia tahu itu suara siapa. Dia memandang gerangan itu.

"Kak Dayah..."

Suara Insyee kedengaran perlahan sahaja. Dayah berlari mendapatkan Insyee yang terduduk di lantai itu.

"Adrian..."

Dayah memeluk Insyee yang kelihatan lemah itu.

"Ye Kak Dayah tahu..."

Dayah cuba menenangkan Insyee yang menangis itu.

"Kak Dayah bawak Insyee pergi hospital tu okey?"

Pujuk Dayah. Insyee memandang Dayah dengan mata yang bersinar.

"Boleh?"

Soal Insyee. Dayah tersenyum lembut lalu mengangguk perlahan. Insyee mengelap air matanya lalu pantas bangun menuju ke bilik pakaian. Dayah mengambil telefon yang berada dilantai berhampiran dengannya.

Masih elok dan berfungsi. Di lock screennya terdapat gambar Insyee dan Adrian yang tersenyum gembira.

"Kak Dayah, jom"

Ujar Insyee setelah keluar dari bilik pakaian. Dayah mengangguk.

'Ad tunggu Syee datang tau'

-

[ SKIP - HOSPITAL ]

-

"Insyee!"

Sweeties dan yang lain menyambut kehadiran Insyee dan Dayah. Dayah kelihatan pergi ke arah Harriz yang sedang berbual bersama dengan seorang doktor perempuan.

"Ad macam mana?"

Soal Insyee yang berada dalam pelukan Sweeties. Matanya kelihatan kuyu akibat terlalu lama menangis.

"Doktor tak keluar lagi jadi kitorang taktahu"

Balas Rayyan sambil menggosok belakang lehernya.

Insyee memandang Firash yang sedang duduk di kerusi dihadapan bilik kecemasan dimana Adrian ditempatkan itu. Baju kemeja putihnya terdapat sedikit darah dibahagian lengan. Kepalanya dihadapkan di pintu bilik kecemasan itu dengan pandangan kosong. Kosong seperti hatinya.

"Firash yang jumpa Ad waktu Ad accident"

Jelas Ammar tanpa dipinta.

'Jadi-- itu darah Ad..?'

Insyee mendekati Firash.

"Firash--"

"Kau"

Kata-kata Insyee dipotong oleh Firash. Firash yang memandang kosong pintu tadi beralih kearah Insyee dengan pandangan dingin.

The Sweeties [ C ]Where stories live. Discover now