𝕋 𝕊 3 🍬

247 27 126
                                    

• • •

-

Sophea berjalan bersebelahan Ifti manakala Rania bersama Nayla. Mereka semua berada dibelakang Aleeyah dan Kyra yang sedang bertekak mengenai kejadian tadi.

Disebabkan Aleeyah tidak menyiapkan tugasannya, dia didenda berdiri diluar kelas sambil memegang suatu kertas yang bertulis

'saya malas mahu membuat kerja sekolah, jangan contohi saya'

Dan, dia perlu membuat semua itu selama sejam. Malu sia T _ T

"SIOT KAU TAHU TAK RAMAI BUDAK HENSEM LALU TADI?! MALU GILA SIAAA"

Aleeyah sedari tadi membebel memikirkan tentang betapa malangnya nasib dia pada hari itu. Kyra hanya mengangguk pasrah. Biar je lah budak tu nak meroyan. Kita layan jelah.

"Sudah-sudah lah tu meroyannya Aleeyah, bak kata cikgu, benda yang lepas jangan dikenang"

Bebel Ifti. Aleeyah membuat muka cemberut.

"Yelah tu cikgu nya, kalau cikgu cakap macam tu, kenapa cikgu masih ajar sejarah? Ha? Sejarah kan benda yang dah lama berlalu tapi yang masih dikenang jugak tu kenapa?!"

Mereka menepuk dahi mendengar jawapan Aleeyah. Budak ni lah kalau aku kejar bawak parang...

"Maruahku dipijak HUWAAAAAAAA HENSEM SIA BUDAK LELAKI TADII"

Mereka menggeleng pasrah. Nak dicampak, kawan. Tapi kalau dengar lagi dia punya meroyan tu boleh naik gila agaknya.

Mereka duduk di suatu pondok yang berdekatan koperasi. Malas mahu rehat di kantin, padat.

"Mana Syee eh? Bukan dia jaga koop?"

Soal Nayla pada mereka. Mereka hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Uit WEH WEH"

Panggil Rania tiba-tiba sedikit menjerit. Mereka memandangnya dengan pandangan tertanya.

"Tuuuuu-"

Mereka memandang.

Seorang pengawas lelaki yang memakai kemeja berwarna biru sedang sedikit bersandar di penghadang dihadapan koperasi. Bahagian lengannya dilipat hingga ke siku manakala tali lehernya pula dilonggarkan. Dilengannya disangkutkan kot berwarna biru pekat yang dilipat ala kadar. Rambut diserabaikan seketika lalu dibetulkan semula. Dibelakangnya terdapat sebuah beg kecil.

Dari gayanya seperti sedang menunggu seseorang.

"Hensem odoooee"

Sophea menggoncangkan lengan Nayla yang juga sedang teruja. Aleeyah dan Ifti memandang dengan mata yang tidak berkelip manakala Kyra dan Rania pula sudah merancang tentang pelamin mereka.

"Aku syak tu ketua pengawas doo"

Teka Kyra setelah melihat penampilan jejaka itu berkali-kali. Memandangkan mereka agak jauh dari koperasi, jejaka itu langsung tidak perasan kehadiran atau kelakuan mereka.

"WEH WEH ADA PEREMPUAN PERGI DEKAT DIA TU"

Jerit Ifti pada mereka. Kelihatan seorang gadis yang memakai baju kurung yang juga berwarna biru sedang menuju ke arah jejaka itu. Muka gadis itu tidak kelihatan kerana membelakangi mereka.

Si jejaka tersenyum melihat kehadiran si gadis lalu mereka berdua bergurau senda sebentara.

"Broken siaaaaaa"

The Sweeties [ C ]Where stories live. Discover now