𝕋 𝕊 1 1 🍬

106 17 70
                                    

• • •

-

Suasana disekolah itu tidak seceria selalu. Jika dulu keceriaan menemani, kini kesuraman yang hampiri. Kelas itu hanya riuh dari pelajar lain sahaja dan bukan Sweeties. Masing-masing termenung ke arah Insyeerah yang kelihatan seperti mayat hidup. Tiada tanda yang Adrian mahu sedar.

Sophea juga seperti itu. Dia berasa menyesal dengan apa yang terjadi. Kecil hatinya melihat Ammar yang menjadi dingin dengannya. Tambahan lagi hasutan Dayah untuk Ammar membenci Sophea.

Ifti dan Firash juga masih berhubungan dingin sejak kejadian di hospital itu namun mereka masih lagi bergelar pasangan kekasih.

Hanya hubungan Kyra, Aleeyah, Nayla sahaja yang berada di dalam keadaan yang agak baik.

Rania pula semakin berpegang kepada prinsipnya iaitu,

' SINGLE IS BETTER '

Insyee masih tidak membuka cerita tentang gambar yang dia terima. Baginya biarlah dia menyimpannya seorang buat masa sekarang.

"Ish, korang, dah lah tu. Tak baik la sedih-sedih kat sekolah ni"

Tegur Kyra tiba-tiba menyentakkan semua.

"Pergi panggil Insyee, duduk sini. Dia tak boleh duduk sorang-sorang dalam keadaan macam sekarang ni"

Arah Nayla pada Aleeyah. Aleeyah hanya menurut. Kelihatan Insyee juga hanya mengikut apa yang Aleeyah katakan padanya. Dia duduk menyertai sweeties. Insyee duduk berseorangan ditempatnya kerana Aisyah tidak hadir beberapa hari ini.

"Eh aku ada gosip ni"

Ujar Kyra dengan gembira untuk menceriakan suasana.

"Ha apadiaaa"

Sambut Nayla juga untuk menceriakan.

"Tadikan, aku dengar Cikgu Haziq kena prank siaaa"

Kata Kyra dengan semangat. Yang lain sudah menampakkan sedikit reaksi.

"Siapa pulak yang berani prank cikgu ni?"

Soal Aleeyah yang sudah lama menampakkan minatnya pada cerita itu.

"Alah, group badboy sekolah ni lah, yang mamat-mamat roti tu"

Terang Kyra merujuk pada pelajar lelaki yang berbadan 'athlete' . Paham paham je lah ye.

"Diorang buat apaaa"

Soal Ifti dengan teruja juga.

"Diorang letak julap dalam makanan cikgu tu beb!"

Pecah ketawa mereka mendengar apa yang Kyra katakan. Insyee dan Sophea juga sudah menampakkan reaksi mereka dengan tersenyum. Kyra berasa sedikit lega.

"Lepastu?"

Soal Rania teruja.

"Diorang kunci pulak tandas cikgu weh, tak pasal-pasal cikgu tu kena melepas kat tandas pelajar lelaki. Berbau jugak lah budak lelaki cakap"

The Sweeties [ C ]Where stories live. Discover now