❝ The twilight goes west and falls where the sea meets the sky, sinking into the deep sea. ❞
──⭒─✯─⭒──
Cordelia Esmeralda De Ronencia.
Itulah nama gadis kepada tubuh badan ini yang berumur hampir genap 16 tahun dan kini dijajahi oleh roh aku. Dan aku bukannya seorang Cordelia.
Aku cumalah seorang remaja perempuan yang berumur 16 tahun. Sekolah yang dimasuki aku sebelum ini merupakan sekolah menengah yang berprestij tinggi, di mana hanya pelajar yang genius dan berada sahaja mampu memasuki sekolah elit itu. Setiap manusia pasti ada kekurangan di sebalik kelebihan yang mereka ada.
Walaupun aku berjaya memasuki sekolah elit itu dan berjaya mendapatkan top 3 dalam setiap peperiksaan, aku hanyalah seorang anak yatim piatu sejak aku lahir lagi. Aku dibesarkan di sebuah rumah anak yatim dan mendapat biasiswa untuk memasuki sekolah elit tersebut.
Rancangan aku yang pada awalnya untuk meneruskan pengajian aku sehingga ke menara gading dan mendapatkan pekerjaan yang tetap menjadi punah, sebaik sahaja aku disahkan meninggal dunia.
Bila diingatkan semula, kematian aku amat tragis kerana aku terjatuh dari kapal persiaran mewah untuk rombongan lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Hah.
Pasti tiada sesiapa dapat menemui mayat aku yang sudah tenggelam di dasar lautan itu.
Tetapi bukan itu masalah aku untuk sekarang ini. Pandangan aku secara tidak sengaja bertembung dengan mata emerald milik lelaki itu. Sempat aku tersenyum kekok padanya.
"Doktor, sila jelaskan apa yang berlaku."
Lelaki yang menggelarkan dirinya 'papa' itu menayangkan riak wajah yang menyeramkan sebelum menggoncang kuat lengan doktor yang merawat aku itu. Entah kenapa aku rasa dia agak dramatik betul.
"My Lord, saya rasa Lady Cordelia mungkin mengalami hentakan yang kuat pada bahagian kepalanya sewaktu terjatuh ke dalam tasik." lelaki yang bergelar doktor itu meneliti semula maklumat yang tertulis dalam helaian kertas yang dipegangnya itu.
Aku sudah mengerutkan dahi. Aku jatuh tasik? Bukan aku jatuh dalam laut ke?
Rambut brunette aku yang berjuntai dan sungguh panjang sehingga paras pinggang aku itu merimaskan pandangan aku. Tidak lupa juga dengan anak rambut aku yang menutupi dahi aku ini menambahkan rasa tidak selesa. Bukan apa, sebelum ini rambut aku boleh dikira pendek sehingga paras bahu. Lagipun aku sering mengikat rambut jadi agak peliklah juga dengan perubahan drastik pada badan yang aku tidak kenal siapa ini.
Secara tiba-tiba rambut aku yang serabai itu disisir perlahan menggunakan jari. Aku tersentak dengan perbuatan itu lalu aku menoleh ke arah insan yang melakukannya.
YOU ARE READING
Song Of The Sea
Fantasy[ 𝟐𝐧𝐝 𝐅𝐚𝐢𝐫𝐲𝐭𝐚𝐥𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] ─𝐀 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐅𝐚𝐢𝐫𝐲𝐓𝐚𝐥𝐞 𝐎𝐟 𝐒𝐰𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬─ Sebuah kemalangan tragis berlaku di mana tiada siapa pun menyedarinya. Aku seorang remaja berumur 16 tahun, merupakan mangsa yang malan...