●Beware●
Too much self-promote, hambar and cringe sampai boleh termuntah readers membaca lol ni baru part 1─ 3 minggu sebelum kemalangan ─
"Charlotte!"
Langkah aku terhenti sebaik sahaja nama aku diseru. Pantas kepala aku ditoleh ke belakang untuk melihat gerangan manusia tersebut.
"Saera, kau dah kenapa tercungap-cungap ni?"
Soalan aku itu dibalas dengan satu pukulan di kepala aku ini. Aku menggosok kepala aku yang menjadi mangsa pukulannya itu sebelum menjeling ke arah gadis itu.
"Kaulah dari tadi aku panggil tak dengar-dengar. Huh!" sempat Saera membongkok sedikit untuk menenangkan jantungnya yang mengepam laju kerana berlari.
"Nah. Madam Jane beri tadi."
Sekeping sampul coklat yang kelihatan gemuk dan berisi itu diserahkan kepada aku. Melihat sampul itu sahaja sudah cukup bagi aku mengetahui kandungan di dalamnya.
"Thanks!" aku menyimpan sampul coklat tersebut di dalam totebag kitar semula milik aku.
"Takda hal. Anyway, macam mana dengan hujung minggu ini? Kau pasti kau tak mahu sertai parti sempena anniversary Cafe Janespresso?" sedaya upaya Saera cuba memujuk aku.
Bukan apa, aku ada sebab tersendiri kenapa aku tidak dapat menghadiri parti tersebut. Sebab utamanya ialah aku tidak mempunyai masa. Sehari selepas parti tersebut diadakan, kelas aku akan membuat pop quiz jadi aku tidak boleh senang-senang leka untuk perkara tersebut.
Sebab kedua pula, aku mempunyai masalah kewangan.
Aku seorang anak yatim piatu yang tinggal bersendirian dengan menyara hidup seorang diri. Memandangkan aku telah mencapai usia remaja, para menjaga di pusat anak yatim terpaksa melepaskan aku pergi ke dunia luar ini dan hidup berseorangan.
Lagipun hanya tinggal aku seorang sahaja yang masih tiada siapa ingin mengambil aku sebagai anak angkat. Malahan aku faham situasi mereka kerana rumah anak yatim mempunyai tanggungan yang banyak untuk menyara kanak-kanak yang lain.
Jadi aku tidak mahulah merampas satu-satunya peluang bagi kanak-kanak yatim piatu yang lain untuk mendapatkan perlindungan mereka. Lagipun, aku sudah cukup besar dan kuat untuk menyara diri.
Aku mampu menyewa sebuah tempat perlindungan untuk diri aku sendiri. Makan minum aku juga terjaga walaupun kadang-kadang aku terpaksa mengikat perut. Hal sekolah pula, aku sudah cukup bersyukur kerana pihak sekolah menawarkan biasiswa kepada aku.
Sebab itulah aku tidak boleh mencacatkan keputusan ujian aku, kerana mendapat top 3 dalam tingkatan membolehkan aku mendapat duit sebagai hadiah daripada pihak sekolah.
YOU ARE READING
Song Of The Sea
Fantasy[ 𝟐𝐧𝐝 𝐅𝐚𝐢𝐫𝐲𝐭𝐚𝐥𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] ─𝐀 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐅𝐚𝐢𝐫𝐲𝐓𝐚𝐥𝐞 𝐎𝐟 𝐒𝐰𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬─ Sebuah kemalangan tragis berlaku di mana tiada siapa pun menyedarinya. Aku seorang remaja berumur 16 tahun, merupakan mangsa yang malan...