Aku akan hidup sebagai Cordelia, kononnya.
Lihatlah aku sekarang ini. Terperap di dalam bilik tidur sendiri hampir seminggu! Ada banyak sebab mengapa aku masih tidak berganjak keluar dari bilik ini.
Pertama sekali!
Aku dipaksa untuk berehat dalam bilik memandangkan aku baru sahaja sedar dari tidur yang lama sejak kejadian Cordelia jatuh lemas di dalam tasik.
Pasal itu aku tidak berapa kisah sangat. Lagipun aku seorang yang introvert jadi agak mengambil masa untuk aku menyesuaikan diri di dunia baharu ini.
Yang kedua!
Aku baru teringat, bahawa aku merupakan anak kepada antagonist yang bakal membelot kerabat diraja. Sejujurnya, aku masih takut untuk berhadapan dengan lelaki yang bergelar ayah aku itu.
Masih lagi aku ingat hari di mana kami makan malam buat kali pertama aku berada di dunia ini. Pada mulanya aku bercadang untuk cepat-cepat menghabiskan sesi makan malam keluarga ini. Akan tetapi sepasang anak mata emerald itu merenung tajam ke arah aku, sehingga hampir terpelanting stik daging yang dipotong aku.
Dan perkara itu berterusan sehinggalah Duke itu selesai menghabiskan makanan di dalam pinggannya itu.
Ugh, masih meremang bulu roma aku sampai sekarang.
Dan ketiga!
Aku tidak tahu pula Cordelia merupakan puteri lilin! Masih lagi aku ingat akan perbualan antara aku dan Luna, nanny yang menjaga Cordelia sejak kecil lagi.
.
.
"Luna, bila saya sudah pulih nanti apa kata kita mengembara ke satu kediaman Ronencia ini!"
"Eh..? L-lady hendak keluar bersiar-siar ke?" Luna menyoal hairan. Sempat dia mengelap sisa makanan yang melekat di bibir aku ini.
Tangan aku yang sedari tadi berada di udara dek kerana keterujaan yang melampau, diturun perlahan.
"...Tak boleh ke?" Aku menayangkan wajah yang blur.
Tadi aku ada salah cakapkah?
"Ah, maafkan saya Lady. Sudah tentu Lady dialu-alukan untuk keluar mengambil angin nanti!" Luna cepat-cepat menayang senyuman selepas kalut seketika.
YOU ARE READING
Song Of The Sea
Fantasy[ 𝟐𝐧𝐝 𝐅𝐚𝐢𝐫𝐲𝐭𝐚𝐥𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] ─𝐀 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐅𝐚𝐢𝐫𝐲𝐓𝐚𝐥𝐞 𝐎𝐟 𝐒𝐰𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬─ Sebuah kemalangan tragis berlaku di mana tiada siapa pun menyedarinya. Aku seorang remaja berumur 16 tahun, merupakan mangsa yang malan...