Chapter 4

15 2 0
                                    

NICHITSU GHOST TOWN CLINIC

    Seorang pelajar perempuan termengah-mengah berlari sepantas yang boleh. Sambil dia berlari sambil dia kerap menoleh ke belakang. Dirinya sedang dikejar oleh seorang lelaki. Lelaki yang mempunyai tubuh yang tegap itu hanya memakai apron tanpa berpakaian, cuma berseluar dalam sahaja. Namun lelaki itu tidak berlari, hanya berjalan pantas mengikuti gadis itu dan terdapat sebilah pedang samurai tergenggam kemas di tangannya.

    Pelajar tersebut sudah menangis, ketakutan. Sampai di satu pintu, dia membuka, namun kecewa kerana bilik itu tiada ruang untuk dia menyembunyikan dirinya. Oleh itu, dia berlari dan terus berlari tanpa henti. Otaknya ligat berputar untuk mencari jalan keluar. Andai tersilap langkah, just say goodbye.

    Di dalam hati gadis itu, dia tidak berhenti berdoa semoga dia didatangkan pertolongan. Tercungap-cungap dia berlari ke tingkat atas yang mana acap kali dia toleh lelaki itu masih setia mengikutinya.

    Tiba sahaja di tingkat satu, dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Matanya meliar serata, sebelum dia mengambil langkah ke kanan. Dia buntu! Tiada langsung tempat untuk dia berlindung. Klinik lama yang sudah terbiar yang terletak di hujung perkampungan Nichitsu yang hanya mempunyai dua tingkat itu amat sunyi dan menakutkan walau pada waktu siang begini.

    Masih tiada tempat untuk dia bersembunyi. Dia menoleh kebelakang dengan kerap apabila telinganya menangkap derapan tapak kaki lelaki itu yang turut mendaki tangga. Laju dia masuk ke dalam bilik yang mana hakikatnya bukan lagi bilik kerana tiada dinding pemisah. Malahan dinding pemisah yang masih ada disitu juga sudah banyak yang pecah dan bukannya lagi berupa dinding. Hatinya bertambah cuak.

    Gadis itu berlari masuk ke dalam ruang-ruang bilik tinggal. Namun langkahannya terpaksa diperlahankan arakian lantainya mudah pecah dan barang-barang tinggalan bersepah di serata tempat. Berhati-hati dia melalui setiap bilik. Turut terbongkok-bongkok badannya untuk mengelakkan dari dilihat dengan jelas.

    Pada satu ruang, gadis itu terlihat ada satu anak patung Pikachu yang bersaiz sederhana. Dicuba untuk menyorok di sebalik patung itu namun sia-sia kerana masih belum dapat menutup keseluruhan tubuhnya. Segera dia berlari dan melihat lelaki yang masih mengikutinya sudah semakin mendekat. Dia ternampak di hujung koridor ada satu bilik bertutup dan pintunya masih kelihatan elok. Dikuak pintu dan dengan pantas dia mengunci dari dalam.

    Di dalam bilik itu, penuh degan koleksi ubat-ubatan dan organ manusia yang telah diawet dan disimpan didalam balang yang tidak dapat dikenal pasti apakah organ berkenaan. Wajahnya berkerut. Kening hampir bercantum dek kerutan wajahnya. Jijik. Sehinggakan otak manusia juga ada. Yuck!

    Hatinya gundah. Masih tiada ruang baginya untuk bersembunyi. Diperhatikan sekeliling bilik, hanya terdapat sebuah meja dan almari yang mana pintunya terjatuh sebelah termasuk sebuah katil yang bertutup dengan langsir. Arakian matanya tertancap kepada peralatan perubatan yang agak banyak seperti gunting, picagari, pisau bedah dan lain-lain.

    Walaupun semua itu sudah berkarat, dia tidak peduli. Tanpa melengahkan lebih masa, gadis itu mencapai sebilah gunting, beberapa bilah pisau bedah lantas menyisipkan ke dalam saku kain pakaian seragam sekolahnya dan juga beberapa peralatan yang lain yang dirasakan boleh untuk dijadikan senjata.

    Pantas gadis itu melompat naik ke atas katil dan menyorok di sebalik langsir yang sudah berbau hapak. Hidungnya dikepit. Ish busuknya. Telinganya menangkap bunyi gendangan pada pintu. Gadis itu menarik nafas panjang, bersiap sedia untuk berlawan. Ini antara hidup dan mati. Do-or-die.

    Lelaki itu dengan sekuat hati menendang pintu yang sememangnya sudah tidak kukuh lagi kerana sudah terlalu usang. Lelaki itu sudahpun berada di dalam bilik yang sama. Diimbas sekeliling bilik yang hening. Kedua bebola matanya bersinar-sinar sebaik sahaja dia terpandangkan skirt di bawah meja yang sedikit terkeluar. Dia mengukir senyuman sinis. Perlahan dia berjingkit menapak ke arah meja, mengangkat pedang samurai setinggi mungkin dan dengan pantas dia memotong meja. Meja itu terbelah dua. Dia terkejut. Gadis itu tiada. Hanya skirt sahaja yang terdampar di atas lantai.

ThirstyWhere stories live. Discover now