THE ROUND SCHOOLHOUSE
Para pelajar sudah mula berkumpul memenuhi ruang dewan. Riuh rendah suasana di situ. Saiko dan pengendali acara yang lain juga berada di dalam dewan yang sama, sedang menunggu kehadiran semua pelajar.
Saiko yang tetap dengan senyuman, mula bersuara, "okay, hi guys. Semua dah cukup rehat?" Lembut dia bertanya. Pelajar-pelajar yang berada di dalam dewan, mengangguk. "Baiklah, semua dipersilakan duduk mengikut sekolah masing-masing ya." Arahnya lagi.
Masing-masing mula mengambil tempat. Suasana di dalam dewan tidak lekang dari kebisingan. Para pengendali yang berada di atas pentas dewan, hany memerhatikan gerak-geri mereka. Saiko menoleh dan menganggukkan kepalanya kepada petugas-petugas lain. Mereka yang faham akan arahan Saiko, turun dari pentas dan menghulurkan sekeping kertas kecil yang keras dan bercetak kepada setiap pelajar.
"Baiklah semua. Dengar sini."
Suasana mulai hening. Para pelajar memandang Saiko yang sudah memberi arahan menggunakan pembesar suara. Mereka semakin teruja. Tidak sabar untuk bermain permainan yang akan berlangsung sebentar lagi.
"Semua ada dapat sekeping kertas kan? Kertas itu kalian kena simpan dengan baik ya. Kerana itu untuk permainan kita nanti. Ah, lagi satu, jangan tunjuk kepada yang lain ya. Sendiri simpan sendiri."
Saiko kembali mengutarakan arahan-arahan yang berkaitan untuk permainan mereka. "Tapi sebelum acara bermula, mari kita perkenalkan diri masing-masing."
Mereka mula memperkenalkan diri masing-masing. "Hai guys. My name is Makimura Daichi. Saya dari XX High School. Nice to meet you guys."
"Hello semua. Saya Ishihara Satsuki. Saya pun dari XX High School juga. Selamat berkenalan." Gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Satsuki, melambaikan kedua tangan dengan sopan, melemparkan senyuman manis dan kembali duduk.
Berterusan sesi suai kenal mereka. Masing-masing sibuk dengan memperkenalkan diri kerana ini juga satu acara yang bagus, semakin ramai kenalan semakin meriah suasana. Bak kata pepatah, the more the merrier. Namun tidak kurang juga ada yang memperkenalkan diri mereka dalam nada angkuhan. Selesai satu kumpulan, satu kumpulan dari sekolah yang berlainan pula yang memperkenalkan diri mereka.
"Saya Sawada Maki. Dari MM High School. Saya berumur 17 tahun. Tahun depan saya akan jadi Director di company milik keluarga saya iaitu Sawada Corporation. Oh and one more thing, make sure all the games created ni best lah because actually saya tak nak pun join, tapi sebab dah kena paksa kan, so tak boleh nak buat apa."
"Okay, next."
Ucapan Maki dihentikan begitu sahaja oleh Saiko. "Kita di sini nak kenalkan diri ya miss Sawada, tidak perlu untuk awak cakap perkara yang tidak berkaitan."
Selamba sahaja Saiko berkata bersama senyuman yang setia terukir di bibirnya. Namun matanya tajam merenung tepat ke dalam mata Maki sehingga terbit sedikit perasaan takut di dalam diri Maki. Pelik. Hanya itu yang terlintas di fikiran Maki. Dia merengus kecil.
Mereka masih meneruskan pengenalan mereka sehinggalah tiba giliran dari OO high school. Akan tetapi pengenalan mereka begitu pendek dan ringkas. Cukup sekadar memberitahu info ringkas. Tidak perlu hendak memberitahu latar belakang masing-masing.
"Hello semua. Saya Nishihara Kazuya. 17 tahun. OO High School. Selamat berkenalan semua."
"Hi guys. Saya Honda Akiko. 17 tahun. OO High School juga. Selamat berkenalan."
Setiap kali seorang demi seorang dari mereka selesai berucap, masing-masing bertepuk tangan. Setelah selesai semua pelajar memperkenalkan diri mereka, Saiko mula memberitahu tentang permainan mereka. Cara dan juga rules untuk mereka.
YOU ARE READING
Thirsty
Mystery / ThrillerMengenai enam sekawan yang pergi bercuti bersama-sama semasa cuti persekolahan musim panas bermula. Namun rancangan bertukar hanya disebabkan kesilapan satu langkah oleh seseorang. Seorang demi seorang mula hilang jejak. Kejadian semakin lama menjad...