Kazuya dan Akiko beriringan berpimpin tangan. Mengambil angin sementara untuk meredakan rasa marah yang berbuku. Akiko menoleh memandang teman lelakinya yang sedari tadi keluar dari kedai hanya diam seribu bahasa."You janganlah diam je macam ni." Akiko menggoyangkan lengan Kazuya sambil memulakan perbualan dengan nada manja. Ditambah pula dengan suaranya yang tersedia lunak, lagi sengaja dimanjakan untuk meraih perhatian Kazuya.
"No lah sayang. I geram dengan Helena tu. Tak pernah nak berubah. Sampai sekarang perangai sama je."
Kazuya merungut. Geram. Dia dan Helena sudah kenal sejak mereka kecil kerana mereka pernah berjiran. Tetapi apabila perangai dan sikapnya yang tidak mahu berubah sejak dari kecil sehinggalah sudah berada di menengah atas, masih di takuk lama, menjadikan dia marah.
Akiko memeluk erat lengan Kazuya, "dah, dah, stop. Tak mahu marah-marah. Tak handsome dah my man ni." Ujar Akiko manja. Dikucup pipi Kazuya. Kazuya memeluk pinggang Akiko, mereka bertentang berhadapan menghadap sesama mereka sebelum bercumbu mesra.
"Jom, you ada nak kemana-mana ke?" Kazuya menyoal sebaik sahaja dia melepaskan bibir Akiko dengan lembut dari bibirnya.
"Pergi ke rumah you je lah." Akiko melirik manja dan menggoda sebelum dilentikkan tubuhnya yang memang tersedia cantik dan menggiurkan itu dengan sengaja di hadapan Kazuya.
Kazuya merupakan seorang anak yatim piatu. Dia kehilangan kedua orang tuanya sewaktu dia masih bersekolah lagi. Ini menyebabkan Kazuya terpaksa menyara hidupnya sendiri. Kazuya yang tinggal berseorangan memudahkan untuk dia dan Akiko bersama. Banyak waktu mereka meluangkan bersama terutamanya pada waktu cuti sekolah.
Kazuya yang masih bersekolah tetapi tetap diterima bekerja atas ehsan pemilik restoran di tempat dia bekerja. Namun Kazuya hanya bekerja pada sebelah malam kerana pada waktu siang dia perlu hadir ke sekolah.
Mata mereka bertatapan lama. Membiarkan bicara yang bisu hanya melalui renungan mata. Biasanya benda ni untuk pasangan hangat bercinta je lah berkesan. Kalau tak hangat bercinta nak bicara melalui mata biasanya makan penampar. Okay back to the story. Kazuya mengenyitkan matanya sebelum mengangguk setuju atas permintaan teman wanita tersayang.
TASIK YYYY
Helena berjalan bersendirian. Fikirannya menerawang. Dia memang hendak sangat menyertai yang mana dia juga tidak tahu mengapa dia terlalu berminat terhadap acara itu. Helena mahu kesemua rakannya untuk turut serta kerana hanya mereka itulah rakan yang dia ada. Tu lah siapa suruh begik sangat. Kan dah mendapat.
Hatinya dipagut rasa sunyi dan sedih. Terngiang-ngiang butir bicara rakan-rakan yang lain di gegendang telinga. Helena mengeluh.
Kakinya melangkah sayu menyusuri tasik buatan yang cantik di tengah taman. Helena melabuhkan punggung di sebuah kerusi dan kembali merenung ke dalam tasik.
Air tasik yang tenang ditambah pula dengan cuaca yang redup membuatkan Helena mampu berfikir secara waras. Melampau sangat ke aku ni? Aku cuma nak pergi bercuti ramai-ramai je, tapi salah ke tindakan aku ni?
Monolog. Dia mendongak ke langit dan mendepangkan kedua tangannya, menarik nafas sehabis mungkin dan menghembusnya kuat.
"Arghhhh"
Dia menjerit. Alah sebenarnya benda tu hal kecil je tapi biasalah Helena kan, memang suka memperbesarkan hal yang remeh lepas tu serabut sorang sorang tension sorang sorang. Lepas tu sibuk nak salahkan orang lain. Yih.
Punggungnya dikalih dari kerusi, menggeliat beberapa saat sebelum dia kembali menyusuri tasik melalui laluan pejalan kaki yang dibina khas untuk rakyat Jepun seperti dirinya sekarang.
YOU ARE READING
Thirsty
Mystery / ThrillerMengenai enam sekawan yang pergi bercuti bersama-sama semasa cuti persekolahan musim panas bermula. Namun rancangan bertukar hanya disebabkan kesilapan satu langkah oleh seseorang. Seorang demi seorang mula hilang jejak. Kejadian semakin lama menjad...