THE ROUND SCHOOLHOUSE
Kebingitan dan kebisingan para pelajar, memenuhi sunyi seluruh dewan. Sebaik sahaja Helena melarikan diri ke dalam hutan tebal itu dan Kurozakuro diarahkan untuk mendapatkan semula Helena, mereka digesa semula untuk masuk ke dalam dewan. Mereka harus menunggu di dalam dewan sehinggalah Helena dijumpai. Ini kerana mereka tidak arif akan kawasan disitu, maka mereka serahkan pada yang pakar.
Kazuya dan rakan yang lain pastinya sudah mula berdesis di sana dan sini. Pening dengan perangai Helena yang terlalu mementingkan diri dan mengikut emosi. Saiko-san juga sudah lama menghilang sebaik sahaja mereka selamat masuk ke dalam dewan. Alasannya untuk mencari Helena. Bimbang jika terjadi apa-apa pada Helena.
Sosehan masih kedengaran di ruang dewan. Inilah peluang untuk mereka mengata. Tajuk utama? Pastinya Helena yang berperangai tidak semenggah itu. Kazuya memerhati sekeliling. Petugas yang tinggal di dalam dewan itu bersama mereka hanyalah Razen dan Ume.
Namun mereka berdua tersangatlah pendiam apatah lagi si Ume yang mana mulutnya berjahit. Tak dapat dikenalpasti sama ada benar-benar berjahit atau hanya solekan. Razen dan Ume tidak bersuara tidak bertanya, hanya memerhati gerak geri pelajar dan menanti kemunculan petugas lain.
"Aku geram betullah dengan Helena." Tatsuya memulakan perbualan yang sedari tadi hanya sunyi yang menyapa diantara mereka. Mereka yang lain mula memandang Tatsuya. Tatsuya kembali berbicara, "taklah, korang tengoklah sebabkan dia, tergendala rancangan kita. Padahal patutnya kita dah habis pusing dah sekolah ni."
Yamato menyampuk, "betul betul betul. Kita dahlah tak familiar dengan kawasan sini, dia nak ikut kepala dia je, jadi apa-apa kan ke naya."
Pada rencana yang sudah disiapkan, mereka sepatutnya dibawa mengelilingi satu kawasan sekolah ini disebabkan mereka baru di situ, untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, sebelum acara mencabar keberanian bermula pada waktu malam.
Sayangnya disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Helena. Seorang gadis yang amat mementingkan diri sendiri tahap dewa petala langit. Dia punya kekwat lain macam. Disebabkan dia seorang, habis semua yang lain tidak dapat meneruskan aktiviti mereka.
Akiko dan Hinako hanya berdiam. Diam di mulut tapi di hati sebenarnya dah menyumpah seranah dah tu. Siapa tak hangin dapat kawan perangai macam tu. Kazuya tak kurang marahnya tetapi dia lebih memilih untuk berdiam diri. Kalau marah lagi bagus diam, kalau tak lain jadinya.
"Takpelah. Kita tunggu je diorang cari Helena tu. Nanti kalau dia balik, tahulah aku marah dia macam mana."
Kazuya meluah bicara yang kedengaran tidak kurang dari pasrah. Dia bukan pasrah. Tapi dia sudah putus asa dengan sikap Helena. Nak marah pun, Helena bukannya anak kecil. Tapi bila ditegur, tidak mahu menerima teguran pula. Sudahnya menyusahkan semua orang. Haihhhh.
Setelah menunggu agak lama, Saiko-san muncul di muka pintu. Kemunculan bersama wajah yang sugul. Perlahan dia berjalan menuju ke pentas dan menapak menaiki satu per satu anak tangga sebelum dirinya berdiri tegak betul-betul di tengah atas pentas. Para pelajar yang tadinya rancak berbual, mula berdiam memandang Saiko-san. Suasana yang tadinya bingit perlahan-lahan beransur reda.
"Para pelajar sekalian, saya ada berita buruk yang hendak saya sampaikan."
Saiko-san memula bicara. Suaranya kedengaran sayu. Wajahnya ditundukkan sedikit beberapa detik sebelum dia memanggung kepalanya kembali memandang semua pelajar yang sedang menanti butir bicara seterusnya.
"Helena sudah pun menarik diri untuk meneruskan penyertaan ini."
"WHAT??!!"
Kazuya dan rakan yang lain sudah pun menjerit. Terkejut dengan berita yang baru didengarinya. Mereka berlima memandang sesama mereka silih berganti. Okay Helena ni dah main kasar ni. Dia yang beria sangat nak join event ni lepas tu dia yang tarik diri? Wah wah wah.

YOU ARE READING
Thirsty
Mystery / ThrillerMengenai enam sekawan yang pergi bercuti bersama-sama semasa cuti persekolahan musim panas bermula. Namun rancangan bertukar hanya disebabkan kesilapan satu langkah oleh seseorang. Seorang demi seorang mula hilang jejak. Kejadian semakin lama menjad...