THE ROUND SCHOOLHOUSE
Hinako tersentak. Tubuhnya bagaikan terkena renjatan elektrik. Tubuhnya spontan menegak. Bulu romanya merinding. Kepalanya tertoleh sedikit. Helena?! Getus hatinya. Dia seolah-olah terdengar ada suara orang menjerit nyaring dan suara itu bagaikan milik Helena. Eish mustahil lah. Tak mungkin. Tak mungkin lah. Ish.
Meredakan hati sendiri, Hinako bermonolog. Memang mustahil sebab kan tadi Helena kan dah balik sebab dah tak nak join event ni. Lagipula suara tu kedengaran sangat sayup bagai nun di pelosok dunia. Mungkin aku yang salah dengar kot. Takkanlah. Perasaan aku je ni. Di geleng-gelengkan kepalanya. Tidak mahu berfikir yang bukan-bukan.
"Hinako, kau okay?" Kazuya menegur. Dia perasan akan sentakan tubuh badan Hinako. Hinako memandang sekilas wajah Kazuya sebelum menjawab, "yeah I'm okay."
Kazuya mengangguk sedikit. "Bosanlah. Jom keluar." Yamato memulakan perbualan. Ye lah takde apa yang nak dibuat sementara menunggu waktu malam tiba. Boring jugalah melepak je kat dalam dewan ni.
"Nak keluar ke mana?"
"Ronda-ronda dalam sekolah ni ke? Dari takde apa nak buat macam ni."
"Ke kau nak cari cik Kiriko kesayangan kau tu?!" Tatsuya mula menyakat. Yamato mengenyitkan sebelah matanya kepada Tatsuya. Mulutnya memuncung. Mereka yang lain pakat menggelakkan Yamato.
"Shh shh diam diam dah ahh."
"Patutnya tadi kau minta nombor dia." Tatsuya masih dalam mode menyakat member sendiri. Seronok pula dapat menyakat. Ye lah selalunya Yamato yang paling galak sekali menyakat mereka, kali ini giliran mereka pula untuk mengenakan Yamato. Hohoho.
Tiba-tiba, mereka berlima, tubuh masing-masing tersentak. Serentak. Bunyi jeritan yang sayup sekali lagi kedengaran. Mereka mula berpandangan sesama mereka. Tentangan mata silih berganti menatap satu sama lain.
"Korang dengar tak tadi?!"
Kazuya bertanya. Semuanya mengiyakan. Hinako yang sedari tadi diam, turut mengangguk. Dia tahu dia tidak silap mendengar. Memang telinganya dapat menangkap bunyi jeritan halus itu. Lalu Hinako pula bersuara, "macam suara Helena kan?!" namun dalam nada berbisik. Dia memberanikan dirinya untuk bertanya soalan sebegitu.
"Tapi Helena bukan dah balik ke?!" Kini giliran Akiko pula yang bersuara. Maklumlah Akiko ni memang seorang yang agak pendiam. Mendengarkan soalan yang terbit daripada mulut mulus Akiko, lalu mereka menoleh memandang Akiko seolah meminta penjelasan.
Akiko terkulat-kulat dibuatnya. Aku salah tanya soalan ke? Dan dia berterima kasih kepada Hinako selepas itu apabila Hinako pula yang bersuara selepasnya, "entah-entah Helena tak balik? Masih kat sini?"
"Hah?!"
"Maksud aku, kot-kot diorang ni tipu kita ke?"
"Tak faham. Jap. Jap."
"Ha'ah, maksud kau? Diorang tipu?"
"Ye lah, tipu. Sebabnya kita tak tahu yang Helena tu betul-betul balik ataupun tak. Entah-entah diorang sorokkan Helena tu, mana kita tahu. Kan?"
"Eish takkanlah."
"Kau ni Hinako, suka sangat tengok movie pelik pelik, hah tu fikiran pun pelik macam ni."
Rata-ratanya kurang bersetuju dengan andaian Hinako. Takkanlah. Kan?
Alah actually kan semuanya dah cuak, bertambah cuak apabila terdengar bunyi yang seakan-akan jeritan tapi sayup je dan bertambah-tambah cuak apabila Hinako pula bercakap sedemikian. Yihh.

YOU ARE READING
Thirsty
Mystery / ThrillerMengenai enam sekawan yang pergi bercuti bersama-sama semasa cuti persekolahan musim panas bermula. Namun rancangan bertukar hanya disebabkan kesilapan satu langkah oleh seseorang. Seorang demi seorang mula hilang jejak. Kejadian semakin lama menjad...