Chapter 3

23 2 0
                                    

MM HIGH SCHOOL (WEST)

    Maki, Hina, Yuumi dan Hozumi sebilik. Mereka melangkahkan kaki ke tingkat atas. Menuju ke bilik yang telahpun ditetapkan. Krekkkk. Engsel pintu berbunyi perlahan, angin sunyi dan dingin menghembus tepat ke muka mereka. Hina yang memang terkenal dengan sikap penakutnya, segera memeluk lengan Maki yang kebetulan sedang berdiri di sisinya.

    "Ish. Penakutlah kau ni. Kan cuma angjn je tu." Maki memarahi Hina kerana dia merasakan Hina terlalu penakut sehinggakan hembusan laluan angin pun nak ditakutinya. Yih. Maki menarik lengannya semula dengan kasar daripada pelukan Hina.

    Diselak langsir besar dan tebal yang menutupi tingkap bilik, cahaya menerobos masuk menerangi ruang bilik. Maki mencuba untuk membuka tingkap tetapi tidak dapat dibuka. Pelik. Namun tanpa ada rasa syak wasangka, Maki hanya membiarkan dan melangkah ke katil sebelum menghempaskan badannya ke atas tilam.

    Maki terasa tilam itu seperti beralun-alun dan agak keras namun dia hanya buat tidak tahu dan terus sahaja memejamkan matanya. Begnya dicampak ke tepi katil, tanpa menanggalkan kasut, Maki mula menggeliat sambil memejamkan mata. Rakan-rakan lain mula bising namun tak diendahkan dek Maki.

    "Maki! Letaklah beg tu elok-elok. Kasut tu kalau ya pun bukalah dulu. Kotor tilam ni nanti." Hozumi yang merupakan seorang yang pembersih dan perfectionist, mula membebel kepada Maki yang sudahpun kelihatan hampir lena dibuai mimpi. Yihh. Getusnya.

    Hina dan Yuumi memandang jelek. Jika tidak memikirkan bahawa Maki itu seorang anak bangsawan dan sering membelanja mereka, sumber kewangan mereka, pasti Maki sudahpun mendapat sumpah seranah daripada mereka. Hishh.

    Maki mendengus mendengar bebelan Hozumi. Tak suka apabila tidurnya diganggu. "Nantilah. Aku nak rehatlah. Penat tahu tak! Hishh!"

    Maki bosan dengan bebelan rakannya yang satu itu. Asyiklah nak membebel. Dibiarkan saja begnya terdampar di lantai kerana Maki tahu Hozumi pasti akan mengemaskan untuknya disebabkan sifat Hozumi yang tidak boleh untuk tahan jika barang bersepah-sepah.

    Nanti mesti kasutnya juga akan ditanggalkan oleh Hozumi. Maki yakin itu. Pasti. Tepat tekaannya apabila dia merasakan ada seseorang sedangpun menanggalkan kasutnya. Dia tersenyum kecil. Yihh annoying. Perangai Maki yang serupa saja dengan Helena, sikap mementingkan diri dan menjengkelkan, hanya buat tidak tahu dan dia kembali terlena.

    "Menyampah betullah. Hiiii." Getus Yuumi. Dia tahu jika Maki sudah terlelap, dia tidak akan sedar walau bising macam mana sekali keadaan pun.

    "Tahu tak apa, annoying betul." Tambah Hina. Mereka berdua memang tidak pernah suka dengan Maki. Mereka berkawan pun disebabkan wang perbelanjaan Maki tersangat banyak. Sementelah Maki turut sering belanja mereka dari segala aspek. Friends with benefit.

    "Dahlah. Korang pun tahu kan Maki punya perangai macam mana."

    Hozumi menepuk kedua bahu Yuumi dan Hina, menyuruh mereka untuk bersabar. Dia juga tidak berapa berkenan dengan perangai Maki namun mengenangkan yang Maki pernah menyelamatkan dirinya dari dibuli, maka Hozuki hanya mampu mendiamkan diri walau teruk macam mana sekalipun layanan Maki terhadapnya.

    Hozumi mengambil barang-barangnya dan masuk ke dalam tandas selepas dia memasang jam penggera kerana jam 11 pagi nanti mereka perlu berkumpul semula di dewan. Jika tidak pasang jam penggera, pasti mereka semua akan terlepas taklimat nanti.

    Yuumi dan Hina mencebik sebelum mereka berdua juga turut merebahkan badan bersebelahan Maki yang mana sebelum masing-masing akhirnya terlena.

    Lampu kecil halus berwarna merah berkelip-kelip tanpa henti merakam mereka berempat yang sedang lena melayan mimpi. Tidak tersedar dek sesiapapun di antara mereka ikutan lampu itu yang kecil. Sangat kecil. Halus. Sangat halus. Malahan nipis. Tersangat nipis.

ThirstyWhere stories live. Discover now