D U A

672 58 54
                                    

Seoul, South Korea

7.10 a.m.

" Aryana Airish! " 

Jeritan Amir Aryad Lee mengejutkan aku, cereal yang berada ditangan habis bertaburan di atas meja. Aku toleh belakang jelingan diberi khas untuk Amir Aryad yang tersengih memandang aku daripada pintu dapur.

" Apa Ayad ni, tengok habis dah berterabur cereal Riry! " Cereal  yang berterabur aku pandang sayu. Sorry cereal  tak ada rezeki kau nak masuk perut aku pagi ni.

" Alalala sorry baby~ " Pipi aku yang montel dicubit Amir Aryad. Aku tepis tangan dia laju. 

" Sakitlah ayam! " Aku tekup pipi. Ni kalau tengok cermin confirm  merah! Apa salah pipi aku asyik kena attack  je. 

Amir Aryad buat iklan colgate  dekat aku. Haih nasib kau kembar aku wahai Amir Aryad! Kalau tak mahu aku tendang kau sampai Australia biar kawan dengan kangaroo!

" Apa Ayad nak? Pagi-pagi dah jerit macam langsuir. " Mulut mengutuk kembar sendiri, tangan laju mengutip cereal yang berterabur tadi dan dibuang ke dalam tong sampah. Pagi-pagi dah membazir. Semua salah manusia yang dah pun megambil tempat disebelah aku.

" Ayad ada good news and bad news. Mana satu Riry nak dengar dulu? " Amir Aryad menyoal aku, tangannya menuangkan cereal  ke dalam mangkuk aku yang dibanjiri susu.

Aku mengumam terima kasih sebelum cereal digaul dengan susu sehingga tergelam.

" Good news dulu lah. " Aku menjawab sebelum satu sudu penuh aku sumbat dalam mulut. Amir Aryad menggeleng kepala tengok aku. What? Aku lapar okay.

" Good news, Kak ngah nak kahwin dah. " 

Muka aku berubah menjadi teruja. Akhirnya kak ngah nak tamatkan zaman bujangnya! Tengku Alina Zahra Tengku Shahriezal. Aku tahu yang kak ngah dah lama bertunang dengan seorang doktor. Doktor razif, aku kenal siapa dia. Doktor Razif pernah merawat aku suatu ketika dahulu. Sejak tu cinta berputik ya? Aku tersenyum. Rindu pula dekat satu-satunya kakak yang aku ada.

" Bad news pulak? " Aku menghabiskan cereal yang berbaki sambil menunggu Amir Aryad membuka mulut.

Amir Aryad mengeluh tanpa sedar.

" You have to be there. " Nasib aku sempat telan susu yang aku hirup daripada mangkuk. Kalau tak memang Aryad selamat mandi susu pagi ni.

" What? Why? " Mata aku membulat memandang Aryad. Dia buat lawak ke?

" Mama suruh Ayad datang. Kak ngah pun merayu suruh Ayad balik Malaysia datang majlis dia. You know masa along kahwin Ayad tak balik and now kak ngah kahwin tak akan Ayad tak datang lagi? " Aku faham. Masa along kahwin, Aryad tak dapat hadir kerana jaga aku demam panas. 

Aku rasa sebersalah. Aryad tak datang majlis along sebab aku. Aku mengeluh perlahan. Amir Aryad memang tidak akan sama sekali tinggalkan aku seorang diri dekat sini selepas kejadian 5 tahun lepas. Rumah Aryad kena pecah masuk, masa tu aku tinggal seorang dekat rumah besar ni kerana Aryad pergi outstation dekat New York. Nasib tak ada apa yang berlaku. Hello aku ni leader slighten kot! Silap rumah lah nak mencuri pun!

" Bila majlis kak ngah? " Lambat-lambat aku melontarkan soalan itu.

" 다음주" Aku anggguk. Eh kejap! Minggu depan?

" Sebelum pelancaran syarikat along. " Aku sengetkan kepala. Itu habit aku bila keliru.

" Kak ngah wedding's on Saturday and pelancaran syarikat along on Friday night. " terang Aryad. Mulut aku jadi bentuk 'o'. Aku tahu hari pelancaran Jewels, acah-acah tak tau depan Aryad. Kah!

BEGINWhere stories live. Discover now