T I G A

680 56 57
                                    

KLIA, MALAYSIA.

9.05 P.M

" Home sweet home! " Rai berkata separa menjerit. Semua menoleh memandang kami.

Aku dah berjalan mendahului mereka semua. Buat malu je!

Yang lain turut menjauhi Rai.

" I don't know him " Hanz memberitahu pengunjung yang sedang memerhatikan kami.

Muka Akira dah merah. Aku rasa tak lama lagi Rai kena lah tu dengan Kira. 

" Sakitlah gila! "

" Kau jangan malukan kitorang boleh tak? " 

 Aku terdengar suara Kira memarahi Rai. Aku toleh belakang, Rai sedang menggosok kepalanya. Aku geleng kepala. Baru cakap dah kena. Aku tak faham kenapa lah dia orang berdua ni asyik nak gaduh je. Jangan gaduh-gaduh nanti suka!

Aku terasa getaran kecil di poket seluar jeans. Aku mengeluarkan telefon, lalu melihat skrin.

' Ayad dah sediakan kereta '

Aku senyum. Thank you Aryad!

" Guys enough! Come on. Let's go! Lambat korang tidur lah sini. " Aku terus mengheret luggage roda empat meninggalkan mereka semua.

Terkocoh-kocoh mereka mengejar langkah aku yang sudah jauh ke hadapan.

***

Villa Daisy.

10.35 p.m.

Setelah selesai membersihkan diri dan menyusun pakaian di dalam walk-in-closet aku melangkah ke ruang tamu apabila terdengar bunyi muzik yang teramat kuat sehingga bergema seluruh villa.

Dasar anak ayam!

Membulat mata aku melihat dia orang semua. Rai, Darel dan Farel berdiri di atas sofa acah-acah buat konsert. Batang mop, remote Tv dan botol air mineral dijadikan mic. Liam dan Ken baling popcorn ke arah mereka bertiga. Hanz dan Emriz menjadi guitaris, batang penyapu dijadikan guitar. Alfie menjadi Dj mereka semua. Mana dia orang jumpa penyapu dengan mop pun aku tak tahu lah!

Plastik makanan dan kotak minuman bersepah atas meja. Mentang-mentang villa ni jauh daripada rumah orang boleh pula dia orang buat konsert dekat sini.

"  What the hell ! " Suara Alexa menghentikan konsert tak berbayar mereka. Aku berjalan mendekati Rai, Darel dan Farel sebelum punggung mereka bertiga aku tendang kuat sehingga mereka jatuh tersungkur daripada sofa.

Mereka bertiga menjerit kesakitan. Padan muka!

Talia matikan suis Tv dan speaker.

" Korang kemas sekarang! Aku tak nak ada satu habuk pun dekat atas lantai dengan meja! " Akira menyinga. 

" Aku jumpa sampah, korang aku tibai. " Aiko menyampuk.

" Now! " Aku bersuara tegas. Terus mereka bergerak melakukan kerja mengemas. Berani nak bantah? Aku sepak sekor-sekor karang.

Selepas 20 minit kini ruang tamu villa Daisy sudah bersih di kemas. 

Aku campak botol air mineral 500ml dekat dia orang semua sebelum mengambil tempat di sebelah Talia. Penutup botol dibuka dan diteguk rakus. Amboi! Haus naw.

" Mula-mula kenal korang aku ingatkan gangster sangat. Muka serius je. Bila dah lama-lama pergh rasa nak sumbat sekor-sekor dalam zoo! " Alexa mengutuk Slighten Vio. Talia mengangguk setuju.

BEGINWhere stories live. Discover now