Han River, South Korea.
9 Years later.
Seorang gadis sedang duduk dibangku mengambil nafas selepas penat berjogging sepanjang Han River. Air mineral botol kecil yang dibawa bersama dibuka dan diteguk rakus. Jaket adidas yang tersarung kemas dibadan dibuka dan dililit kemas disekitar pinggang. Matanya dipejam menikmati angin sepoi yang menampar mukanya. Lagu Growing Pains by Super Junior D&E berkumandang melalui earpod yang dipakainya serta merta memori 9 tahun lalu bermain diruang minda bagai pita rosak.
Keluhan terlepas keluar. Apa yang terjadi 9 tahun lalu semuanya masih tersemat kemas di kotak fikirannya. Dulu, dia sering persoalkan takdir kenapa dia yang harus menempuh dugaan itu. Tapi, selepas beberapa tahun berlalu, dia sudah dapat menerima takdirnya. Apa yang berlaku semuanya diambil sebagai pengajaran dan langkah baru untuk dia meneruskan kehidupannya yang sekarang.
Gadis itu tersentak apabila Iphone 7+ miliknya bergetar bagai tiada hari esok. Nama si pemanggil di pandang sekilas sebelum dia menjawab panggilan tersebut.
Kira-kira 🧮
" Woi manaaaa! Kata keluar jogging sekejap je ni dah nak pukul 10 tak balik-balik lagi "
Terus phone dijauhkan daripada telinganya. The chicken! Boleh pekak telinga aku!
" Woi bangkai pekak telinga aku! Apa jerit-jerit ni! "
" Dasar anak ayam pelupa! Kau ada meeting dengan Sligten Blue pukul 10 nanti kan makcik? " Muka aku masam mencuka apabila dipanggil anak ayam dan makcik. Fikir dia muda ke? Dia lagi tua daripada aku okay suka-suki je panggil orang makcik!
Aku menjeling sekilas jam avengers di pergelangan tangan.
9:34 a.m.
What? Jam Avengers ni anak saudara Talia, Aimin bagi aku ambil terus. Semalam keluarga abang Talia datang melawat lepastu aku ternampak jam avengers dia comel je. Aimin kata dia ada banyak lagi dekat rumah. Jangan salahkan aku okay, aku memang minat cerita avengers.
Aku berjalan menuju ke arah kereta Rolls-Royce miliknya. Kereta itu adalah pemberian Amir semperna hari jadi aku yang ke 20. Tapi aku tetap rindu kereta Lamborghini Aventador warna putih yang jauh nun di Malaysia. Punat unlock ditekan dan pintu sebelah pemandu dibuka.
" Girl are you there? "
" Yes, I'm here. I'm on my way. Chiow! "
Enjin kereta dihidupkan. Earpod ditelinga dicabut dan disimpan semula didalam kotaknya. Pedal minyak ditekan dan kereta Rolls-royce laju membelah jalan raya.
***
" What are you guys doing here? " Terkejut aku sebaik sahaja masuk perkarangan rumah milik Amir tengok banyak kereta, dan semua kereta itu milik ahli Slighten Gold. Aku dah haramkan Slighten Blue datang rumah Amir kerana tidak mahu melibatkan Amir dalam dunia mereka. Nasib baik Amir dah pergi ofis awal pagi kerana ada mesyuarat kalau tak mati aku nak jawab soalan dia.
Semua tunduk kepala menikus tidak berani bertentang mata dengan aku. Aku mengeluh. Alahai datang sini pandai, berani tapi bila aku tanya tak nak jawab. Ada yang aku seligi kepala tu kejap lagi. Mata aku meliar mencari si kepala.
" Chillex Ry, aku yang suruh dia orang datang sini " Rai berjalan santai sambil membawa segelas air oren. Ambil dekat dapur lah tu. Dasar tak malu! Rai memang selalu datang sini tanpa diundang.
Aku menggolekkan bola mata. Mamat ni kalau aku tumbuk sia-sia je kau. Dia mana takut kalau aku gertak pun.
" Apa kau buat dekat sini mangkuk! Aku dah kata jangan muncul dekat rumah abang kembar aku kan? " Aku berjalan mendekati Rai yang berdiri di penjuru ruang tamu berdekatan dengan dapur.
YOU ARE READING
BEGIN
Action[Long Hiatus] 1st DEVILS RULES 2nd BEGIN Highest Ranking; [ 1 in action] [ 1 in lovers] [ 1 in jiwa] " It's time ! Let's reveal the truth ! The war has started, Let's Begin ! " " I will protect my family, beloved one with my life at all cost ! Even...