Chapter 1:Sang Kyojin

1K 56 5
                                    

Di sebuah kampung bernama Taiko...

Kelihatan seorang remaja sedang sibuk bercucuk tanam di kebun. Dia terus saja meneruskan kerjanya pada panas terik cahaya matahari itu seorang diri. Dia mengelap peluhnya menggunakan tuala kecil yang berada pada bahunya. Dia berhenti seketika setelah beberapa jam melakukan kerjanya lalu duduk di bawah pokok yang besar tidak jauh dari kebun itu sambil minum sebotol air yang dibawanya.

Dia memandang ke arah langit yang membiru indah itu. Dia dapat melihat burung terbang sambil berkicauan bebas di udara. Setelah meneguk bekalan air minumannya sedikit, dia terus saja menutup bekas minumannya menggunakan penutup botolnya. Dia melepaskan lelahnya yang sudah beberapa jam bekerja di situ.

Penat sekali rasanya sehingga dia sudah tidak mampu bangun lagi. Cuba bayangkan yang dia bekerja dibawah tengah panas terik cahaya matahari seorang dirinya malah kebun yang dia kerjakan itu bukanlah kecil boleh dikatakan mencapai 1 hingga 2 hektar juga. Manusia manalah yang mampu tahan dengan kerja yang ekstrem macam tu. Lagi-lagi kalau seorang diri pulak tu.

Apalah nasib sangat remaja itu. Akibat kepenatan, sang remaja itu tanpa sedar, telah tertidur bersandar pada pokok itu. Dia sudah tidak mampu lagi untuk bangun mahupun memaksa dirinya. Nampaknya dia terpaksa juga membiarkan dirinya masuk ke alam gelap sebelum tiba ke alam mimpi.

Tiba-tiba, sang remaja itu terjatuh & terbangun dari tidurnya sebaik saja merasai sakit yang amat sangat pada pinggangnya akibat ditendang oleh seseorang. Dia bangun lalu memandang sosok seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40 tahun lebih itu. Lelaki itu hanya memandang sang remaja itu dengan muka yang bengis & penuh amarah.

"Siapa suruh kau tidur hah?!!"jerkah lelaki itu.

Sang remaja itu hanya menunduk kepalanya tanda maaf & merayu agar tidak disakiti. Dia tahu yang lelaki itu amat marah padanya tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa untuk keselamatan dirinya saja. Lelaki itu terus saja mebghukur cangkul kepada sang remaja itu dengan kasar sekali.

"Pergi buat kerja kau!!! Pastikan kau cangkul sayur-sayuran di sini dengan baik! Faham tak, kyojin!?"marah lelaki itu.

Sang remaja yang bergelar Kyojin itu hanya mengangguk lalu terus bangun dengan paksa & terus saja mencangkul sayuran di situ. Biarlah dia kepenatan, dia tidak kisah kerana dia sudah penat disakiti akibat hal itu. Cukuplah kalau dia berpenat & bersakit-sakit dalam melakukan kerjanya itu saja. Lelaki tadi hanya mendengus lalu berjalan pulang ke rumahnya.

Pada lewat jam 7 malam..

Kyojin berjalan pulang ke rumahnya dengan langkah yang longlai kerana terlalu penat tetapi terus saja dikuatkan agar mampu pulang dengan selamat.

Di hadapan pagar rumah...

Kyojin hanya memandang rumahnya itu lalu berjalan mendekati paip yang terletak dekat dengan sebuah telaga air di situ lalu terus saja membersihkan dirinya & bajunya yang comot dengan kotoran tanah. Setelah selesai, Kyojin tidak masuk ke rumah itu & dia sebaliknya, terus masuk ke dalam sebuah stor lam yang terletak di luar pagar rumahnya itu. Itulah tempat dia akan tinggal & tidur.

Dia hanya akan mendapat makanan sebaik saja dia pulang pada lewat jam 7 malam atau lebih daripada itu. Dia terus saja masuk ke dalam stor itu selepas selesai menyidai pakaiannya yang basah itu. Dia duduk lalu menyandarkan kepalanya pada dinding stor itu. Setelah berpenat lelah pada hari itu, akhirnya dia mampu berehat walaupun tidak lama.

Tak lama kemudian, sebuah ketukan kedengaran pada pintu stor itu lalu terus saja dibuka oleh Kyojin. Dia hanya tersenyum sambil memandang seorang budak lelaki yang sedang membawa sepinggan nasi, ikan goreng & segelas air suam. Dia terus saja mengusap kepala budak lelaki itu.

"Lambat abang pulang hari ni. Kata nak main dengan Ninji,"kata Ninjiro Ryuichi yang merupakan adik ke-2 kepada Kyojin.

"Maafkan abang, hari ni abang kerja lebih sikit & terima kasih sebab bawakan makanan untuk abang,"kata Kyojin sambil tersenyum.

Kyojin terus saja duduk lalu makan makanannya sambil diperhatikan oleh adiknya, Ninji. Adiknya kelihatan seperti muram saja ketika sedang memerhatikan dirinya itu.

"Kenapa ni, Ninji? Ada sesuatu tak kena ke?"tanya Kyojin yang risau.

"Takde, cuma Ninji tak suka cara pakcik & makcik layan abang. Kenapa dia buat abang macam ni?"rungut Ninji.

"Hide, tak baiklah cakap macam tu. Kamu patut bersyukur tau pakcik & makcik sudi jaga kita. Kalau tak mana kita akan tinggal nanti?"pesan Kyojin.

Kyojin tahu yang adiknya tidak suka dia diperlakukan seperti itu. Walaupun begitu, dia tidak kisah & yang paling penting baginya adalah adik-adik kesayangan itu dijaga dengan baik. Itu pun sudah memadai buat dirinya. Dia terus saja makan sehingga selesai. Setelah selesai, Ninji terus saja mengemas pinggan makanan milik abangnya itu kerana dia tahu yang abangnya takkan dibenarkan naik ke atas rumah.

Setelah itu, Ninji datang semula ke Kyojin. Abangnya hanya memandang Ninji yang baru berusia 15 tahun itu. Dia tau yang Ninji sama sekali tidak akan mendengar kata-katanya. Sang remaja itu hanya mahu memberontak saja tapi seringkali dilarang oleh Kyojin kerana risau Ninji akan dicederakan.

"Abang sebenarnya suka ke dengan kehidupan macam ni?"tanya Hide.

Kyojin hanya memandang Ninji. Dia tahu yang persoalan seperti ini agak sensitif & perlu dijawab dengan baik agar tidak menimbulkan kesalahfahaman berkaitan hal itu. Kyojin hanya terdiam & memikirkan cara untuk menukar topiknya itu agar dia tidak perlu menjawab pertanyaan itu.

"Oh ya! Abang dah hampir lupa pula. Macam mana dengan keadaan Miko?"tanya Kyojin.

"Dia baik-baik saja tapi cuma ada sesuatu masalah sikit je tadi,"jawab Ninji.

Miko atau nama sebenarnya Kimiko Ryuichi merupakan adik ke-3 nya malah merupakan kembar kepada Ninji. Kyojin seringkali menanyakan khabar adik perempuannya itu kerana Miko menderita masalah kesihatan & dia tidak mampu melihat adiknya itu kerana larangan makcik & pakciknya kerana sesebuah alasan yang dia sendiri tidak mahu ingat.

Dia ingat lagi waktu dimana dia teringin sekali mahu melawat Miko jadi dia mengambil keputusan untuk masuk ke rumah ketika mak cik & pak ciknya tiada di rumah. Pada ketika itu, dia duduk di sebelah katil Miko sambil mengusap-usap tangan adiknya yang sedang duduk di atas katil. Walaupun begitu, belum sempat dia keluar dari situ, mak cik & pak ciknya surah terlebih dahulu muncul lalu terus saja menghukumnya.

Sejak dari peristiwa itu, Kyojin tidak lagi berani memijak kakinya masuk ke dalam rumah & tambahan pula, pada waktu itu juga lah dia mendapat nama panggilannya itu, Kyojin yang sebenar bukan nama sebenarnya & nama itu membawa maksud raksasa dalam bahasa Jepun. Dia digelar dengan nama seperti itu kerana dia sering kali comot & berkotoran bekerja di kebun malah dia juga memiliki sebuah sumpahan.

Kyojin hanya memandang Ninji yang menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan Miko. Dia hanya mampu berharap agar dia mampu melihat Miko lagi selepas apa yang dia dengar dari Ninji.

Bersambung.....

Sumpahan Abadi HikaruWhere stories live. Discover now