Di meja makan...
Hikaru terus saja duduk di meja bersama dengan yang lain & mulai memakan sarapannya. Pada masa yang sama, kelihatan Encik Fenri sedang membisikkan sesuatu pada Raiden.
Sang lelaki itu hanya menghelakan nafas sambil memandang Hikaru. Dia tidak menyangka sesuatu yang dibisikkan oleh Encik Fenri boleh dikatakan agak serius.
"Jadi, Hikaru, kamu nak ikut saya pergi ke tempat latihan kita?"tanya Raiden.
"Rasanya, boleh juga,"kata Hikaru sambil tersenyum.
"Nanti! Abang baru je sedar dari pengsan semalam. Abang sepatutnya banyak berehat & bukannya berlatih tahu?"kata Ninji sambil memandang Hikaru dengan penuh kerisauan.
"Ya, betul tu abang. Saya risau kalau hal yang sama berlaku,"kata Miko yang turut berasa risau.
"Jangan risau, abang takkan apa-apa. Lagipun, ia sudah menjadi tanggungjawab abang sebagai ketua untuk berlatih & berlawan bersama ahli kumpulan abang,"kata Hikaru sambil tersenyum ketika memandang kedua orang adiknya itu.
"Tapi, macam mana kalau keadaan abang makin teruk?"tanya Ninji yang semakin risau.
"Jangan risau, kalau abang rasa penat & tak sihat nanti, abang akan cepat-cepat balik & berehat ya?"kata Hikaru.
"Baiklah, jangan paksa diri abang sangat ya? Kalau tak, Ninji takkan benarkan abang pergi ke pertandingan tu lagi,"kata Ninji sambil berpeluk tubuh.
"Haih, nampaknya dia terlalu melindungi juga ya,"kata Raiden sambil memandang mereka.
Beberapa minit kemudian, di luar rumah...
Hikaru & Raiden yang sudah berada di luar rumah, terus saja berjalan mendekati kereta. Sebelum Hikaru menaiki kereta itu, Raiden sempat mengatakan sesuatu padanya sehingga menyebabkan sang remaja itu memberhentikan langkahnya.
"Dengar sini, Hikaru. Sekiranya kamu ada apa-apa masalah, sila maklum pada saya dengan segera. Saya risau dengan keadaan kamu lepas apa yang jadi. Jadi jangan terlalu memaksa diri sangat walaupun kamu ni seorang ketua yang bertanggungjawab,"kata Raiden.
"Baiklah, saya faham, Tuan. Terima kasih untuk peringatan tu,"kata Hikaru sambil memandang Raiden.
Di arena latihan...
Kelihatan pasukan Hikaru sedang mulai berlatih kecuali Okami yang hanya duduk di bangku kerana kecederaan yang dialaminya. Dia hanya menundukkan kepalanya kerana kecewa dengan kekalahannya dalam pertandingan itu.
"Jangan macam tu, Okami. Kau dah berusaha dengan baik untuk berlawan dengan bersungguh-sungguh masa tu. Jangan risau, aku pasti yang kau akan jadi lebih kuat nanti,"kata Shoji sambil memegang bahu Okami.
"Baiklah, terima kasih, Sho-kun,"kata Okami.
"Janganlah guna panggilan aku kat sini. Ia agak memalukan aku tahu?"kata Shoji sambil tersenyum segan.
Pada masa yang sama, kelihatan Raiden & Hikaru sedang berjalan mendekati mereka sebaik saja tiba di sana. Mereka semua hanya mengalihkan pandangan mereka terhadap mereka berdua & terus saja memberhentikan latihan mereka semua.
"Hikaru! Kau tak apa-apa ke? Aku risau sangat dengan apa yang jadi,"kata Shoji sambil memandang Hikaru.
"Jangan risau, saya tak apa-apa, Shoji-San. Terima kasih sebab ambil berat pasal saya,"kata Hikaru sambil tersenyum.
"Saya senang bila dapat tahu yang awak tak apa-apa, Hikaru. Saya berharap yang awak mampu buat yang lebih baik dalam pertandingan yang seterusnya,"kata Firlina.
"Baguslah, kau tak apa-apa. Aku ingatkan kau pun masuk hospital,"kata Natsume.
Tiba-tiba, sebuah pukulan yang maha hebat terus saja mendarat di atas kepalanya sehingga menyebabkan mukanya menghempap tanah.
"Kalau ya pun, cakap lah benda yang baik sikit! Cubalah bersyukur sikit yang dia ok!"marah Shoji sambil menggenggam penumbuk.
"Haih, budak ni kan, selalu je buat masalah & drama yang bukan-bukan,"kata Henna sambil menghelakan nafas.
"Okami-San, macam mana dengan keadaan awak? Semuanya baik-baik saja ke?"tanya Hikaru yang kelihatan risau dengan keadaan senior nya itu.
"Jangan risau, aku ok. Ia cuma kecederaan biasa saja,"kata Okami sambil mengangguk.
"Syukurlah, saya gembira sangat yang awak selamat,"kata Hikaru sambil tersenyum.
"Baiklah, kamu semua teruskan latihan seperti biasa & jangan lengah-lengahkan masa yang ada. Lagipun kita cuma ada masa yang singkat saja untuk berlatih sebelum pertandingan yang seterusnya,"kata Raiden dengan tegas.
"Baiklah, Tuan!"kata mereka semua serentak.
Mereka semua mulai pergi ke tempat masing-masing seperti kebiasaan & mulai berlatih. Walaupun begitu, keadaan Hikaru masih menjadi kerisauan semua orang yang ada di situ.
"Kau pasti kau boleh berlatih ni, Hikaru?"tanya Natsume.
"Jangan risau, saya mampu je buat latihan ni,"kata Hikaru dengan penuh bersemangat.
Mereka semua mulai melakukan latihan mereka sambil diperhatikan oleh Okami & diawasi oleh Raiden. Seperti kebiasaan, mereka akan melakukan pelbagai latihan sama ada secara bersendirian atau secara berkumpulan bagi meningkatkan lagi stamina & kecergasan mereka. Sama ada melalui fizikal, mental mahupun teras kuasa mereka.
Beberapa jam kemudian...
Ketika Hikaru sedang berlatih dengan Natsume, Raiden hanya memerhatikan mereka berdua & mulai merasa sesuatu yang kurang menyenangkan hatinya.
"Hikaru, kamu pasti yang kamu masih larat untuk berlatih? Lagipun kamu dah melakukan banyak latihan sebelum ni,"kata Raiden.
"Huh, jangan risau, Tuan! Saya masih larat!"kata Hikaru.
"Kau tak nak gunakan senjata teras kau ke?"tanya Natsume.
"Tak, aku lebih suka guna cara biasa,"kata Hikaru.
Natsume hanya merenung Hikaru & terus saja menyerang sang remaja itu. Hikaru terus saja mengelak setiap serangan Natsume lalu terus saja menendang kaki sang remaja itu sehingga membuatkannya terjatuh.
"Belum lagi!! Rasakan ni!"kata Natsume lalu terus saja melompat bangun & melibas tombaknya ke arah Hikaru.
Hikaru terus saja melompat menjauhi Natsume. Dia hanya memandang Natsume yang mulai meluru ke arahnya untuk menyerang. Ketika dia mahu mengelak serangan itu, tiba-tiba saja langkahnya mulai terhenti sehingga membuatkan dirinya terkaku.
"K..kenapa aku tak boleh bergerak?"tanya Hikaru pada dirinya sendiri.
Pada saat itu juga, suasana disekelilingnya terasa terhenti sehingga membuatkan dirinya mulai berasa bingung. Tiba-tiba, bayangan lelaki yang sebelum ini mulai muncul di hadapannya.
"Hikaru, kau lupa bagi aku makan. Akibatnya, ia membuatkan aku perlu dapatkan makanan tu sendiri. Maafkan aku, aku tak tahan lagi,"kata bayangan lelaki itu sebelum lenyap.
Sebaik saja lelaki itu lenyap, masa mulai bergerak semula sehingga menyebabkan hal yang tidak dijangka berlaku. Semua orang terus saja memberhentikan latihan mereka sebaik saja melihat pertarungan Hikaru & Natsume.
Natsume hanya terkaku sambil memandang Hikaru yang sedang berada di hadapannya itu. Perlahan-lahan, cecair berwarna merah mulai mengalir dari tombaknya sehingga menitik ke atas tanah.
"Aaaa!!! Hikaru!!!"jerit Firlina sebaik saja berasa gerun melihat pertarungan itu.
"Hikaru!!!!"jerit Raiden sambil berlari menuju ke arah mereka berdua.
"H...Hikaru,"kata Natsume perlahan sambil memandang Hikaru yang masih berdiri dihadapannya.
Bersambung....
YOU ARE READING
Sumpahan Abadi Hikaru
FantasyHikaru Ryuichi merupakan seorang remaja yang memiliki kuasa yang sangat luar biasa atau overpowered. Walaupun begitu, dia memiliki sebuah kisah yang menyedihkan yang disembunyikan disebalik keceriaan dirinya itu. Hidupnya tidak seindah yang orang la...