Chapter 25: Pertandingan Perlawanan Nightvore (Part 4)

446 54 2
                                    

Di Medan Perlawanan..

Hikaru hanya memandang Nero tanpa berkata apa-apa. Yang lain hanya memerhatikan perlawanan mereka tanpa kedengaran sebarang suara sekalipun. Debaran mulai dirasai oleh Hikaru sehingga membuatkan dirinya mulai dibasahi peluh dingin.

Sebaik saja bunyi tembakan dibunyikan, Nero terus saja muncul dihadapan Hikaru & melibas tombaknya ke arahnya. Walaupun begitu, Hikaru jauh lebih pantas & sempat mengelak serangan itu & menendang tombak Nero dengan kuat sehingga pihak lawannya terundur ke belakang.

"Boleh tahan tapi tu belum cukup lagi,"kata Nero laku terus saja muncul dibelakang Hikaru.

Walaupun begitu, Hikaru bertindak pantas lalu terus saja melompat menjauhi Nero kerana dia tidak mahu menggunakan senjata terasnya, serangannya menjadi sedikit susah untuk mengenai Nero yang juga tangkas hampir sepertinya.

"Hikaru! Gunakan senjata teras kau!!"jerit Shoji.

Walaupun begitu, Hikaru tidak mengendahkan jeritan Shoji & terus saja mempertahankan dirinya malah mengelak setiap serangan yang dilakukan oleh Nero. Semua orang terkaku dengan kekuatan kedua-dua orang ketua daripada 2 pasukan yang berbeza sedang berlawan dengan sangat sengit & luar biasa.

"Tak sangka dia masih mampu bertahan walaupun dia belum gunakan senjata teras dia,"kata Natsume.

Walaupun begitu, Hikaru tanpa sengaja telah tersilap langkah kerana memberhentikan langkahnya kerana merasai satu kesakitan pada badannya.

Nero yang melihat peluang keemasan itu terus saja menendang Hikaru dengan kuat.

"Hikaru!!!"jerit ahli kumpulannya.

Hikaru hanya mengerang kesakitan & terus saja meluru ke arah Nero. Pihak lawannya terus saja meluru ke arah Hikaru untuk menyerangnya tetapi dielak oleh Hikaru & memberikan peluang untuk sang remaja itu untuk menumbuk perut Nero sehingga dia terpelanting keluar dari medan pertarungan & mendarat di atas kawasan tempat duduk penonton.

"Nampaknya, perlawanan menjadi semakin sengit!! Siapakah yang akan bertahan dalam perlawanan kita yang terakhir pada hari ini?! Adakah ia Nero Zaidel dari Pasukan The Flame's Knight atau Hikaru Ryuichi daripada Pasukan Guardian Of The Light's Shield?! Siapakah yang bakal bertahan??"kata Lorenzo.

Nero terus saja melompat masuk ke dalam medan pertarungan & merenung Hikaru dengan sebuah renungan yang tajam.

Mereka berdua hanya melepaskan lelah sambil bersiap sedia untuk membuka langkah malah merancang strategi serangan yang bakal mereka lakukan.

"Mereka berdua memang hebat. Aku harap Hikaru mampu kalahkan dia,"kata Natsume.

"Saya pun berharap macam tu juga,"kata Firlina.

"Aku rasa ada sesuatu tak kena tentang semua ni,"kata Henna.

Pada saat itu, Shoji yang sedang memerhatikan perlawanan itu, ternampak sesuatu yang sangat mencurigakan pada Nero. Dia hanya terkaku & terus saja menjerit kepada Hikaru.

"Hikaru!!! Hati-hati!!!"jerit Shoji.

Walaupun begitu, sudah terlambat untuk Hikaru mendengar jeritan Shoji. Tanpa sedar, Nero terus saja meluru ke arah Hikaru. Sang remaja yang tidak sedar akan bahaya yang sedang menantinya itu telah jatuh ke dalam perangkap Nero.

Ketika Nero sedang meluru ke arahnya, Hikaru hanya menyangka yang sang remaja itu hendak menyerangnya & dia segera cuba mengelak. Walaupun begitu, ia adalah sebuah kesempatan yang besar untuknya menjatuhkan Hikaru.

Nero hanya tersenyum sinis lalu terus saja mencampakkan beberapa buah bebola bom kecil ke arah Hikaru sehingga mengenainya & menghasilkan sebuah letupan yang mengeluarkan sebuah gas yang beracun.

Hikaru terjatuh & terguling-guling sehingga terkeluar daripada medan pertarungan & terlanggar dinding arena. Sang remaja itu terus saja bangun & terbatuk-batuk tanpa henti akibat terkesan dengan gas beracun itu.

Perlahan-lahan, penglihatannya mulai kabur. Hikaru hanya memegang kepalanya & cuba untuk tetap bertahan. Hal itu benar-benar menyebabkan dia semakin terdesak.

"Seperti yang aku cakapkan. Kau takkan mampu kalahkan aku. Lebih baik kau mengalah sajalah, Budak lemah. Kau takkan dapat menahan kesan gas beracun aku tu,"kata Nero laku terus saja  muncul dihadapan Hikaru lalu menariknya & mencampakkannya masuk ke dalam medan pertarungan semula.

Hikaru hanya terbaring di atas medan pertarungan itu sambil diperhatikan oleh semua orang. Pada saat itu, perlahan suasa mulai berubah menjadi gelap & dia hanya mampu mendengar suara-suara ahli kumpulannya yang sedang menjerit-jerit namanya.

"Hikaru!!! Bangunlah!! Aku tahu kau mampu!! Tolonglah!!!"jerit Natsume.

"Hikaru!! Tolonglah!! Bertahan!!"jerit Shoji.

"Budak tak guna!! Kau sepatutnya buktikan yang kau ni kuat!! Cepat bangun & lawan dia!!"jerit Henna.

"Hikaru! Tolonglah bertahan & terus bertahan dalam perlawanan ni! Jangan mempersia-siakan latihan kita!"jerit Firlina.

"Mengalah sajalah, kau dah kalah, budak lemah. Anggap sajalah yang ni perlawanan terakhir kau pada hari ni,"kata Nero sambil berjalan keluar dari medan pertarungan.

Walaupun begitu, Hikaru tetap saja tidak bangun & terbaring di situ. Semua orang hanya tetap saja menanti beberapa saat lagi agar sang remaja itu bangun tetapi hampa.

"Tidak, ini tak mungkin. Adakah Hikaru pun kalah dalam perlawanan ni?"kata Natsume.

"Nampaknya, itulah apa yang kita lihat. Hikaru dah kalah. Nampaknya dia takkan dapat bertahan dengan apa yang terjadi. Apatahlagi kalau kita sendiri yang alaminya,"kata Shoji yang kecewa dengan hal itu.

"Ini tak sepatutnya terjadi. Dia pasti akan menang kalau dia tak berdegil untuk tak gunakan senjata teras dia tu!! Dasar budak degil!! Kau memang cari masalah tahu tak?!!"jerit Henna yang benar-benar marah akan tindakan Hikaru yang degil & keras kepala itu.

"Kalau Hikaru gunakan senjata dia, mungkin dia mampu kalahkan Nero tadi,"kata Firlina.

Tiba-tiba, Nero memberhentikan langkahnya sebaik saja menyedari ada sesuatu yang masih belum selesai. Dia terus saja berpaling & terkaku sebaik saja terpandang Hikaru yang mulai bangun perlahan-lahan malah tetap cuba untuk berdiri.

"Saya bagaikan tidak mempercayai apa yang telah saya lihat sekarang, puan-puan & tuan-tuan sekalian!! Lihatlah! Hikaru Ryuichi mulai berdiri semula setelah menerima serangan yang sangat dahsyat daripada Nero! Sungguh luar biasa!!"kata Lorenzo.

"T...tak mungkin!! Aku dah gunakan gas beracun paling kuat untuk jatuhkan kau!!  Tapi macam mana kau masih boleh teruskan perlawanan ni?!"marah Nero.

Hikaru hanya mengelap darah yang ada di bibirnya & merenung Nero. Dia tahu yang pihak lawannya kelihatan tidak berpuas hati dengan kebangkitannya itu. Walaupun begitu, dia hanya tetap saja terus berdiri walaupun dalam keadaan yang lemah pada ketika itu.

"S..saya masih boleh berdiri kerana.. sokongan daripada ahli pasukan saya & juga daripada sahabat saya. T..tanpa mereka, saya takkan..berada di sini & sebab itulah..s..saya takkan mempersia-siakan..l..latihan kami!!!"kata Hikaru lalu terus saja mengangkat tangannya ke atas.

"Jangan kau berani!!!"jerit Nero laku terus saja meluru ke arah Hikaru sambil mengeluarkan tombaknya untuk menghalang Hikaru daripada menyeru senjata terasnya..

Pada waktu itu, hanya masa & nasib bakal menentukan siapa yang bakal bertahan didalam perlawanan itu.

Mampukah Hikaru memenangi perlawanan itu & adakah Nero sempat menghalangnya daripada menyeru senjata terasnya?

Siapakah yang bakal menang & bertahan dalam perlawanan ini?

Bersambung....

Sumpahan Abadi HikaruWhere stories live. Discover now