Di arena latihan...
Natsume hanya terkaku sambil memandang Hikaru yang sedang berada di hadapannya itu. Perlahan-lahan, cecair berwarna merah mulai mengalir dari tombaknya sehingga menitik ke atas tanah.
"Aaaa!!! Hikaru!!!"jerit Firlina sebaik saja berasa gerun melihat pertarungan itu.
"Hikaru!!!!"jerit Raiden sambil berlari menuju ke arah mereka berdua.
"H...Hikaru,"kata Natsume perlahan sambil memandang Hikaru yang masih berdiri dihadapannya.
Hikaru hanya mampu menahan kesakitan sambil memandang tangannya yang tertikam dengan tombak Natsume akibat bayangan lelaki itu. Dia sedar akan kesilapannya kerana telah menyebabkan Natsume terjebak ke dalam masalahnya itu.
Beberapa minit kemudian....
Yang lain hanya terdiam sambil memerhatikan Hikaru yang sedang dirawat oleh Shoji setelah kemalangan itu berlaku. Mereka bagaikan tidak mempercayai apa yang telah berlaku pada saat itu.
"Hikaru, kau memang ok ke? Kalau kau masih penat, kau boleh je berehat. Tak perlulah paksa diri kau demi pertandingan ni,"kata Shoji yang baru saja selesai membalut luka di lengan sang remaja itu.
"Maaf sebab timbulkan masalah, semua. Saya tak sangka benda macam ni akan terjadi,"kata Hikaru sambil memandang mereka terutamanya Natsume.
"Tak, ia bukan salah kau, Hikaru. Ianya salah aku sebab tak sempat menghentikan serangan tu sebelum menyebabkan kau jadi macam ni. Maafkan aku,"kata Natsume sambil menundukkan kepalanya.
"Janganlah cakap macam tu, Natsume-san. Awak tak bersalah dalam hal ni. Mungkin saya silap kerana terlalu memaksa diri,"kata Hikaru yang cuba menenangkan Natsume daripada rasa bersalah.
"Mungkin apa yang Hikaru katakan tu mungkin betul, Natsume. Mungkin awak patut balik & berehat saja ya, Hikaru. Saya risau kalau keadaan bertambah teruk selepas apa yang terjadi,"kata Firlina sambil memandang Hikaru.
"Baiklah, saya faham,"kata Hikaru sambil memandang mereka.
Akhirnya, mereka semua mengambil keputusan untuk pulang lebih awal daripada kebiasaan. Pada saat sedang dalam perjalanan pulang, Raiden hanya memandu keretanya sementara Hikaru hanya terdiam sambil memandang lengannya yang tercedera itu.
"Tuan Raiden, tuan rasa saya ni menyusahkan tuan ke selama ni?"tanya Hikaru sambil memandang ke luar tingkap.
"Mestilah tidak. Kenapa kamu tanya soalan yang macam tu? Ada sesuatu yang membuatkan kamu rasa macam tu?"tanya Raiden.
"Sebenarnya, sejak saya tinggal dengan tuan, saya rasa macam saya dah timbulkan banyak masalah je. Saya rasa bersalah dengan apa yang jadi sejak kebelakangan ni,"kata Hikaru.
Raiden terus saja memberhentikan keretanya di hadapan sebuah taman yang ada di bandar. Dia terdiam & terus saja mengusap kepala sang remaja itu.
"Dengar sini, Hikaru. Berhenti mempersalahkan diri kamu. Setelah apa yang jadi, saya faham yang kamu ada masa yang sukar untuk melupakan segalanya. Walaupun begitu, kamu seorang yang kuat kerana mampu menghadapi segala perkara bagi melindungi orang yang kamu sayangi. Saya pasti yang kamu mampu jadi jauh lebih baik daripada yang lain. Tak salah kalau kamu nak luahkan masalah kamu kepada sesiapa,"kata Raiden sambil mengusap-usap kepala Hikaru.
Hikaru hanya terdiam sambil memandang Raiden. Perlahan-lahan, air matanya mulai mengalir tanpa dia sedari. Raiden hanya terdiam sambil memandang sang remaja itu.
"Kenapa ni, Hikaru? Ia makin sakit ke? Saya boleh bawa kamu ke klinik kalau ia semakin teruk,"kata Raiden yang risau akan hal itu.
"Tak, i..ia cuma.. rasanya sakit di tempat yang lain tapi rasanya lebih baik bila saya mula luahkannya dengan tuan,"kata Hikaru sambil menangis malah tersenyum.
"Takpe, Hikaru. Lepaskan apa yang kamu pendam selama ni. Kamu cuma perlukan masa & banyak perhatian untuk sembuhkan semua kesakitan tu,"kata Raiden sambil mengusap lembut kepala sang remaja itu.
"T..Terima kasih untuk segalanya, Tuan Raiden. Hisk, t..terima kasih & maafkan saya kerana telah menimbulkan banyak masalah,"kata Hikaru sambil mengesat air matanya.
Ini adalah kali pertamanya dia menangis sambil meluahkan perasaannya kepada seseorang setelah sekian lamanya dia menderita & terseksa selama tinggal dengan Makcik malah pakcik nya.
Menyembuhkan sebuah luka lama yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar & bukanlah mudah malah mungkin ambil masa yang jauh lebih lama.
Walaupun begitu, dengan usaha & kasih sayang, pasti luka itu akan perlahan-lahan mulai sembuh malah mulai menghilang dengan sendirinya.
Di rumah, di ruang tamu....
Kelihatan Ninji hanya menonton tv bersama dengan Miko. Pada masa yang sama, kelihatan Hikaru sedang berjalan ke arah mereka lalu terus saja duduk di sisi Miko. Ninji hanya memandang abangnya yang memakai baju berlengan panjang berwarna kelabu & berseluar panjang berwarna hitam itu.
"Abang nampak penat saja. Macam mana dengan latihan abang?"tanya Ninji sambil memandang Hikaru.
"Semuanya baik-baik saja. Abang ok. Jadi, tak perlulah risau tentang abang,"kata Hikaru sambil cuba menyembunyikan hal yang sebenar.
"Baguslah kalau macam tu. Abang, kenapa mata abang sembab? Abang menangis ke?"tanya Miko.
"Sebenarnya adalah sikit. Abang terharu sangat bila tengok semangat kawan abang masa berlatih,"kata Hikaru sambil tersenyum kelat.
Tiba-tiba, Miko menarik lembut Hikaru agar abangnya membaringkan kepalanya ke atas pangkuannya lalu dia mengusap lembut kepala abangnya itu agar dapat membuatkan abangnya itu merasa lebih baik.
"Miko senang mendengarnya, abang. Sekiranya abang ada masalah, abang boleh kongsikannya dengan Miko,"kata Miko sambil mengusap-usap kepala Hikaru.
Hikaru hanya tersenyum sambil memejamkan matanya & hanya menikmati usapan adik perempuannya itu. Dia senang bila adiknya memperlakukan dirinya dengan baik termasuklah Ninji yang seringkali mengambil berat tentang dirinya.
"Abang nak makan apa-apa tak? Ninji boleh ambilkan makanan kat dapur,"kata Ninji sambil memandang Hikaru.
"Boleh ambilkan epal, Ninji? Miko nak makan epal,"kata Miko.
"Takpe, abang tak nak apa-apa. Kamu tolong ambilkan epal untuk Miko je,"kata Hikaru.
Ninji hanya mengangguk lalu terus saja pergi ke dapur. Hikaru mulai berasa tenang setelah adiknya mulai berasa di sisinya. Baginya, melihat kesenangan & kebahagiaan orang tersayangnya pun, sudah memadai untuk membuatkan segala masalah malah kesengsaraan nya hilang.
"Abang gembira yang kita semua masih dapat bersama sampai sekarang,"kata Hikaru sambil tersenyum.
"Miko pun sama, abang. Miko berharap sangat yang kita semua akan bahagia bersama seperti ini selama yang mungkin,"kata Miko sambil tersenyum.
"Ini dia, Miko. Abang dah bawakan potongan epal untuk kamu,"kata Ninji sambil menghulurkan semangkuk penuh berisi potongan epal.
"Terima kasih, Ninji,"kata Miko sambil memandang abang kembarnya itu.
"Sama-sama,"kata Ninji sambil memakan sebiji epal.
Hikaru hanya tersenyum sambil melihat kedua orang adiknya itu. Dia senang melihat mereka berdua tetap saja berada di sisinya setelah dia kehilangan kedua ibubapanya. Baginya, mereka berdua adalah harta tak ternilai harganya yang tetap saja dia mahu miliki malah takut akan kehilangannya.
Bersambung....
YOU ARE READING
Sumpahan Abadi Hikaru
FantasíaHikaru Ryuichi merupakan seorang remaja yang memiliki kuasa yang sangat luar biasa atau overpowered. Walaupun begitu, dia memiliki sebuah kisah yang menyedihkan yang disembunyikan disebalik keceriaan dirinya itu. Hidupnya tidak seindah yang orang la...